Ini adalah majalah Islamik alternatif kepada berbagai-bagai majalah fesyen/remaja merapu masa kini, dan ini adalah kali ke-2 saya membelinya dan perlu saya beritahu di sini yang tidak mempunyai sebarang majalah kegemaran (tidak pernah melanggan sebarang majalah setiap bulan) termasuk juga majalah muzik. Saya hanya akan membeli sesebuah majalah yang memaparkan fokus atau cover story yang saya minat sahaja.
Saya tertarik dengan fokus Majalah I bulan ini iaitu ‘Indahnya Memaafkan’ kerana saya ingin menjadi seorang yang pemaaf. Saya sedang mencuba ke arah itu walaupun hakikatnya saya seorang yang sangat pendendam. Saya sering kagum bagaimana Rasullulah saw dan ahli iman yang mempunyai sifat sabar dan pemaaf yang tinggi. Kisah-kisah mereka membuat saya sebak.
Panel-panel penulis juga terdiri dari ilmuan-ilmuan yang mempunyai latarbelakang yang hebat-hebat belaka. Antara kupasan lain yang menarik adalah Siapa lelaki dayus?, Apakah terlarang bercinta sebelum kahwin?, Minda saintifik lawan minda tahyul, 4 mazhab satu keluarga, dan banyak lagi huraian yang walaupun ringkas tetapi jitu.
Majalah dini dicetak dengan warna penuh dan mempunyai reka letak yang kemas. RM5 yang sangat-sangat berbaloi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan