Ahad, 10 Jun 2012

VARES: THE KISS OF DEATH



Pencarian saya untuk menonton filem dari negara yang menguasai tahta Heavy/Rock/Gothic Metal dunia telah menemukan saya dengan filem Vares yang mengunakan bahasa Finland sepenuhnya. Jussi Vares adalah nama seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh sebuah keluarga untuk membongkar kes pembunuhan seorang remaja perempuan yang membawa kepada penemuan yang lebih unik. Kes ini pada mulanya ditafsirkan sebagai jenayah seksual apabila semakin banyak mangsa remaja wanita ditemui mati dalam keadaan mengandung. Akhirnya kes ini terbongkar juga apabila Vares menjejaki bapa saudara remaja wanita itu dan mendapati beliau seorang yang heteroseksual menjalinkan hubungan seks dengan ramai remaja-remaja perempuan termasuk ahli keluarga sendiri. Apabila perkara ini diketahui oleh isterinya, beliau bertindak dengan membunuh setiap remaja yang menjalinkan hubungan dengan suaminya. Yang hebatnya Vares, beliau sempat juga meniduri si pembunuh tersebut.

Filem ini biasa sahaja. Dan saya lihat banyak filem-filem Eropah terarah kepada genre penyiasatan yang melibatkan jenayah seksual. Filem ini juga mirip kepada filem Sweden yang telah difilemkan semula dalam versi Inggeris dan dilakonkan semula oleh Daniel Craig dan Rooney Mara iaitu The Girl With The Dragon Tatoo. Akan tetapi filemThe Girl With The Dragon Tatoo lebih tulen karyanya, lebih gelap, lebih aksi-aksi ghairah, lebih misteri dan lebih menarik plot serta jalan penceritaannya.

Bagi mereka yang mengemari filem penyiasatan dan misteri. Anda boleh mencuba Vares, tetapi jika anda telah melihat The Girl With The Dragon Tatoo pasti anda menganggap filem ini hanya karya biasa sahaja. Namun Vares mempunyai beberapa siri lagi yang mungkin lebih menarik dari yang ini?

bintang: 3/5