Isnin, 26 November 2012

KEMARUK ARTIS DAN AUTOGRAF

photo dari e-bay
Adakah anda mempunyai apa-apa kaset, cd, piring hitam yang ditandatangani? Jujur aku beritahu di sini, aku takda langsung apa-apa koleksi yang mempunyai autograph. Tahun lalu, apabila NUNSLAUGHTER ( lagenda Punk/Thrasher dari USA) datang menjelajah Asia Tenggara dan singgah di Kota Kinabalu. Ingin sekali aku bawa piring hitam “Unholy Hell” yang aku lukis ilustrasi kulit depan LP tersebut untuk ditandatangankan oleh ahli-ahli Nunslaughter. Tetapi aku tidak jadi membawanya. Aku fikir ia perkara yang sia-sia dan ia hanya ikutan yang tiada sebarang makna bagi aku. Bagi aku dapat bergambar dan berbual-bual seketika dengan mereka sudah cukup nostalgia.

Beberapa penyokong tegar BLACKFIRE memohon agar aku tandatangankan LP “Lahir dari Api”. Aku turutkan. Begitu juga beberapa rakan-rakan yang membeli cd-cd AU REVOIR meminta agar aku turunkan tandatangan pada cd tersebut sebelum diposkan kepada mereka. Aku turuti dan tiada sebarang masalah bagi aku. Bila aku bertanya kenapa perlu diturunkan autograph? Kata mereka, nilai cd atau LP atau kaset tersebut akan meningkat nanti bila kami dah bersara atau aku dah mati. Hehehe.

Rupanya kau beli stuffs aku untuk berniaga suatu hari nanti lah ya? Hehehe. Bagus. Wawasan 2020.

Aku sebenarnya sependapat dengan Jeff Hanneman dalam soal kumpul autograph ini. Aku hormati minat orang lain tetapi tidak semestinya aku perlu turut dan paksa diri aku untuk buat benda sama. Aku selongkar majalah-majalah lama dan akhirnya jumpa Ancient Ceremonies isu 4 tahun 1999, memaparkan temubual Chris Horton (Spastik Death) bersama Jeff Hanneman dalam bas semasa tour Canada;


Chris Horton: Slayer don’t tend to do many interviews. Are you media friendly band?
Jeff Hanneman: I usually don’t like interviews. Sometimes you’re in the mood and you do them. Maybe it’s because I don’t read a lot of interviews? If I’m into band, it’s because of their music. I don’t care what they do in their spare time, or what their politics are. 

Chris Horton: So you’ve got that same attitude, pretty much, with Slayer?
Jeff Hanneman: Yes. It’s like with autographs, I don’t mind signing them for kids, but I don’t understand it, because I have sport heroes, and when I was growing up I have bands that I worshiped, but I never wanted an autograph. 

Chris Horton: You just wanted to see them?
Jeff Hanneman: Yes, I wanted to hear the music and have a good time. It’s not so much that I hate interviews, it’s just that it’s not what I’m into. 

Chris Horton: My best explaination of it is everytime I go to a show, I like to have souvenir of it, whether it be a signed ticket stub, T-shirt, or a photograph with the band. Something that says yes, I was there, I saw this band. There’s a lot of people who don’t have that.
Jeff Hanneman: I don’t put people down for it, but that’s not the way I am….

Begitulah aku pun. Aku tidak faham dari mana datangnya kemaruk peminat-peminat muzik yang sanggup berhempas pulas, mengheret LP, cd, kaset ke sana kemari hanya untuk mencari tandatangan. Bagaimanapun, kita harus sedar setiap manusia ada hobi dan kemaruk tertentu. Ada yang minat curi seluar dalam wanita dan kumpul buat koleksi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...