Selasa, 15 Januari 2013

JURANG ANTARA MUZIK BAWAH TANAH DAN ARUS PERDANA



What is underground musically? I say, it’s called underground music when you can still write or record your shit without good equipments or skills. You don’t need to worry about how to get commercial or how to get more listeners” – Barbarossa, WRECKÄR
Location: The Wall, Johor, 14th Oct 2012

Ahad, 13 Januari 2013

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Beberapa post tahun-tahun yang lalu aku asyik mengajak orang-orang muslim Melayu agar terbuka untuk berdakwah dengan mengajak ke jalan tauhid yang utama. Iaitu memperkenalkan kepada sekelian manusia disekeliling anda bahawa, Allah adalah tuhan mereka. Biarlah usaha memperbetulkan akidah, memperjelaskan tauhid yang luhur menjadi cabaran ke-dua bagi kita wahai sahabat. Biarlah ia menjadi cabaran kepada guru-guru pondok, ulama-ulama, pendakwah dan kita sendiri. Apa yang pasti hidayah bukan datang dari kita, bukan milik kita. Malah bukan pemberian nabi-nabi.

Malaysia adalah sebuah negara Islam nusantara yang pelik kerana, ada terdapat 2 perkara esklusif yang tidak diriwayatkan dari sebarang hadis tetapi kita Melayu memperjuangkan habis-habisan. Pertamanya, setiap bangsa lain (Cina ataupun India) yang ingin memeluk Islam, kita hapuskan nama keluarganya, malah kita hapuskan kehormatan hubungan kekeluargaan mereka dengan memadamkan nama bapanya. Kita Melayu-kan mereka. Jika tidak mereka bukan muslim secara rasminya. Kedua, kita merasakan Allah adalah tuhan untuk bangsa Melayu secara rasmi. Kita tidak mahu terima Allah telah wujud dan disembah sebelum Muhammad lahir dan dilantik menjadi nabi. Kita membutakan mata hati bahawa nabi-nabi lain itu berbangsa Israel dan mentauhidkan Allah.

Kita hanya mahu tahu Allah dan Islam dari versi tradisi dan dongengan Melayu.

Petikan khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr Yusuf Al-Qaradhawi (ulama’ yang diiktiraf oleh ulama’-ulama’ seluruh dunia hendaklah di hormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau ) berkata: “Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim. Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.

Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …) Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.

Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “
Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya: “Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”..

Firman Allah: (maksudnya) "iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (nama dan sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-‘Araf :157)

Kita sering tersalah dengan beranggapan neraka adalah kesudahan bagi seorang kafir. Manakala syurga adalah kesudahan mutlak bagi anda. Tetapi anda lupa, bahawa segalanya hanya pada pengetahuan Allah. Dimana kedudukan anda sebelum menghembuskan nafas terakhir?. Berdoalah agar tidak digugurkan hidayah Nya dari hati anda.