Sebenarnya kami terjumpa pasar malam Sadao ini secara kebetulan semasa pulang dari Hatyai beberapa bulan yang lalu. Setelah melihat suasana yang agak happening, aku buat temujanji semula dengan Duha untuk ke Sadao pada hari ini, Rabu. Pasar malam Kangar pun memang setiap hari Rabu tetapi dah bosan. Apa salahnya kita ke tanah seberang. Lawatan sambil belajar.
Sadao ini terletak kira-kira 10 km dari pekan Ban Da Nok atau Danok yang begitu popular pada orang Malaysia kerana industri hiburan yang disediakan untuk para pelancong. Sebenarnya tiada apa yang istimewa di Danok. Kelebihan pekan ini adalah padat dengan pusat penyundalan dan urutan, selebihnya hotel dan motel memenuhi setiap lorong dan jalan. Inilah tarikan terulung di sini.
Dua dengan aksi Aquaman |
Aku sendiri
sejak berkurun lama menetap bersebelahan dengan negara hiburan ini. Pada
13.3.2013 lalu adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Danok
ini. Itu pun setelah gitaris aku, Zizie Row yang kemaruk sangat mahu ke
sana sebaik tiba dari Kuching.
Pertamanya, ini
adalah kali pertama aku masuk ke Thai melalui Bukit Kayu Hitam dan
isytihar kenderaan di situ dan kena maki kerana salah tempat
tandatangan.
Ok. Sekarang aku kongsikan sebuah analisis, kenapa
pegawai-pegawai kerajaan Thailand cenderung bersikap sombong dan
pembengis tanpa musabab berbanding orang awam Thai yang sering kita baca
dalam media-media lembut budi bicara dan mesra?
Cuba lihat bagaimana korupsi menguasai jabatan kerajaan di sana. Setiap kali anda berurusan di kaunter immigresin Thai jarang sekali anda terlepas dari memberi tips. Ya ‘tips’ jika bukan duit tip RM1 tersebut pasti anda perolehi resit untuk urusan kerajaan atau dicop ‘PAID’ dapa dokumen tertentu. Ia hanya duit tips. Tetapi andai kata anda terlupa memberinya atau sengaja pura-pura tidak memberinya. Jarang sekali anda terlepas! Pasti disergahnya ‘seringgit’!
Pernah mereka ucap terima kasih?
Jika anda ucap terima kasih atau thank you. Pernah mereka balas ‘welcome’?
Pandang muka anda pun belum tentu. Oleh itu, orang Malaysia kita lebih berbudi bahasa dan baik budi bicara secara MAJORITI nya.
Ok. Anda tahu mengapa kebanyakan pegawai-pegawai kejaan dan golongan berpendidikan membenci kita? Sebabnya jika kita sendiri pun ditempat mereka sudah pasti kita membenci ‘bangsa pemusnah’ yang datang ke negara mereka untuk melampiaskan syahwat, mengomol wanita-wanita mereka walaupun itu adalah pendapatan negara. Dari segi maruahnya. Mereka terhina.
Maka dengan hal itulah, kita lebih lagi yang lelakinya sering dicemuh oleh golongan ini. Dan silap hari akan menerima nasib yang malang ketika di sana.
Ok, kita teruskan ke pekan Sadao. Ia sebuah pasar malam kecil dikuasai peniaga baju dan kasut bundle dari Pattani. Nasib kami kurang baik pada senja ini kerana hujan renyai yang turun memaksa kebanyakkan peniaga berkemas dan pulang awal.
Kami pulang dengan sedikit kecewa. Kami singgah sebentar di Ban Da Nok untuk makan pulut ayam dan roti canai. Datang ke Thailand semestinya tidak lengkap jika anda tidak singgah di 7 Eleven. Mengapa? Ratusan jenis minuman di situ. Hehehe. Sila cuba.

Ok, Analisis aku yang ke dua. Bagaimana ingin mengetahui status ekonomi sesebuah negara berjiran itu lebih hebat melalui masakan? Hahaha. Ok, begini. Negara yang lebih maju mampu membawa menu dan masakan dari negara jirannya ke negaranya tanpa hilang keasliannya. Mungkin juga sebijik seperti asli. Mari kita lihat, berapa banyak masakan Thai, Tom Yam, Som Tam, Pulut Ayam, dan sebagainya yang hanya boleh di dapati berhampiran dengan rumah kita.
Ok, mari kita lihat roti canai. Ya.. kadang-kadang kita boleh jumpa beberapa kedai di Thailand yang menyediakan roti canai, malah ketika di pekan Krabi tempoh hari kami mencubanya. Tetapi mereka gagal. Hahaha! Penah anda jumpa laksa? Satay? Roti jala? Hehehe.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan