Dikala dunia telah menjadi pincang dengan perbalahan sunnah dan syiah, disemarakan lagi benih kebencian dari Yahudi yang setia menanti di air keroh. Buku ini seperti sebuah pembelian yang tepat walaupun saya telah membelinya kira-kira tiga bulan yang lalu. Namun disebabkan kekangan masa. Saya tidak sempat membacanya. Saya membelinya dari seorang aktivis Kukoq Nyok.
Ia buku yang nipis 60 mukasurat, dengan teks Garamond yang jelas dan merupakan bab pertama dari buku berjudul “Revival and Reform in Islam” karangan Fazlur Rahman iaitu bab “Early Sects and Formation of Sunni Orthodoxy”. Diterjemahkan oleh Khairul Annam Che Menteri dan dicetak oleh Institut Kajian Dasar pada tahun 2006.
Fazlur Rahman adalah salah seorang penulis dan tokoh akedemik tersohor dari Pakistan yang mengegar dunia pada zaman 60-an. Dibesarkan dalm susun galur keturunan yang menitikberat falsafah dan asas Islam tradisional. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Punjab sehingga memperolehi ijazah sarjana. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford pada 1946, menjadi pensyarah di Universiti Durham, UK kemudiannya pensyarah di Universiti McGill, Kanada. Cita-citanya untuk menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran negara semasa pemerintahan Jeneral Ayyub Khan gagal menyebabkan beliau kembali ke dunia akademik dan mengajar di Universiti California, USA, kemudian berhijrah ke Universiti Chicago pada tahun 1969 di sana beliau dianugerahkan oleh Barat dengan kerusi berprestij Harold H.Swift Distinguished Professor of Islamic Thought sehinggalah meninggal dunia pada 1988.
B uku ini mengupas mengenai titik pertumbuhan fahaman sunnah yang boleh diterjemahkan sebagai ‘ketulenan’ Islam dari segi cara berfikir terawal umat Islam di saat Nabi meninggalkannya. Penulis turut membuat tinjuan terhadap perpecahan awal yang terjadi akibat perbezaan fahaman mengenai tauhid, menyelami arus pemberontakan pertama Khawarij pada 38/658. Tercetusnya teori kafir-mengkafir dan tafsiran al Quran yang berbeza mengenai hukum hudud, hukum qada-qadar dan akhirnya menjadi konflik politik.
Bagi saya asas tauhid perlu ada untuk memahami apa yang penulis sedang ceritakan di dalam buku ini bimbang nanti anda tercicir di mana-mana daerah ilmu atau fitnah.
Sebuah buku yang padat dengan isi penting dan fakta sejarah serta buah fikiran dan ilmuan yang telah tiada lagi di dunia ini.
www.jalantelawi.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan