Diisytihar pemerintah sebagai 'Musuh Masyarakat No. 1" |
Dalam buku Red Star of Malaya Resistance mengenai perjuangan komunis oleh ahli akedemik Universiti Sains Malaysia, Prof. Cheah Boon Kheng. Ia mengupas tentang konflik selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan bagaimana Lai Tek meninggalkan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PKM seterusnya menjadi agen Jepun serta British semasa Perang Dunia Kedua. Parti Komunis Malaya (PKM) dan Kesatuan Buruh Am Malaya adalah pertubuhan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Komunis Antarabangsa (COMINTERN) pada April 1930.
Chin Peng seterusnya mengantikan Lai Tek bagi jawatan itu dan melancarkan perang gerila ke atas anggota pasukan keselamatan British, askar dan polis. Dilaporkan lebih 10,000 orang terbunuh akibat kekejaman PKM. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim turut mati ditembak komunis pada tahun 1974. Chin Peng akhirnya menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.
Dahulu zaman aku kanak-kanak, apa yang aku tahu komunis itu adalah penjahat atau penganas. Aku tidak tahu mengapa mereka menganas? Kerana itulah yang dilabel oleh pemerintah dan ditulis dalam buku-buku teks sekolah. Kini ada rakyat Malaysia malah ramai yang menyokong komunis terang-terangan? Rakan-rakan sendiri pun tidak takut lagi memperagakan lambang-lambang komunis malah mengaku datuk nenek dahulu penyokong komunis?
Aku sendiri tidak faham?
Hakikat yang kita harus faham. Siapa pun Chin Peng, tidak boleh dinafikan beliau seorang pejuang. Seseorang itu harus dinilai melalui apakah objektif perjuangannya dan diberi kesaksamaan dalam memberi hujah tentang apa yang diperjuangkan. Ini kerana seseorang tokoh itu dinilai berbeza dari kaca mata penyokong dan penentang. Bagi penyokong seringkali mereka ini diangkat sebagai wira, patriot, negarawan atau syuhada. Tetapi bagi penentang, mereka ini dianggap sebagai pembelot, penganas dan pengkhianat. Lihat sendiri bagaimana Israel melabelkan tokoh seperti Ahmed Yassin sebagai penganas, tetapi bagi rakyat palestin dia adalah wira dan negarawan. Lihat sendiri bagaimana Yahudi menganggap Hitler sebagai diktator yang kejam, manakala golongan Nazi Jerman menganggapnya negarawan dan pembela bangsa. Lihat bagaimana Amerika menanggap Ahmedinejad sebagai diktator dan manusia yang tamak kuasa, tetapi rakyat Iran dan sebilangan besar umat Islam (mahupun golongan Sunnah) menganggap beliau sebagai seorang yang sangat merendah diri, budiman dan negarawan. Begitulah juga Tok Gajah, Mat Kilau dan banyak lagi tokoh yang kita anggap pahlawan Melayu, patriot dan ulama, tetapi bagi British di arkib muzium dan buku sejarah mereka. Tokoh tersebut dianggap penganas dan penjahat.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak meninggal dunia di usia 88 tahun di Hospital Antarabangsa Bumrungrad, Bangkok pada 16 September 2013 selepas bertarung dengan penyakit barah yang dihidapinya.
Di negara kita, Chin Peng akan diingati sebagai pengganas yang gagal menubuhkan negara komunis yang diharapkan boleh memberi keadilan sosial dan ekonomi kepada penduduk Malaya sejak 1940.

Chin Peng bersama beberapa anggota PKM di Lee Garden Hotel, Hatyai pada 3 Disember 1989 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan