Selasa, 31 Disember 2013

UNBEATABLE (2013)



Filem aksi harus tonton bagi tahun 2013 selain Homefront (tulisan dan arahan Sly)yang bakal menjadi antara filem aksi klasik Hong Kong suatu hari nanti. Seperti juga Homefront kebangkitan watak hero, Sleazy atau Scumbag Fai lakonan Nick Cheung dijana oleh watak kanak-kanak perempuan malang. Apa yang saya sukakan mengenai cerita jenayah dan aksi dari Hong Kong adalah kejujuran dalam menonjolkan sosio-budaya masyarakat Cina di sana.

Yang mana di dalam Unbeatable turut dimuatkan kepincangan masyarakat yang disebabkan kegilaan pada perjudian dan ketagihan alcohol. Unbeatable memaparkan 4 kisah insan yang mempunyai konflik diri diolah menjadi sebuah epic perjuangan yang bukan sahaja melalui pertarungan fizikal malah pertarungan emosi. Hebat!

Homefront meletupkan bar, gudang dadah, motor chopper dan beberapa buah kereta. Manakala Unbeatable hanya membakar sebuah teksi buruk. Tetapi aksi dan drama di dalam Unbeatable tidak mungkin ditewaskan oleh Jason Statham kali ini.

Manakala pengemar filem bertarung seperti saya atau mungkin anda. Kita seronok, kenyang dan gembira melihat babak-babak serangan kombat, regim latihan dan campuran seni mempertahankan diri. Tiada pertarungan yang membabitkan akrobatik dalam filem ini. Ia realistik, seperti menonton perlawanan MMA sebenar. Saya beberapa kali menumbuk lantai ketika Si Qi, lakonan Eddie Peng (aktor Taiwan) teruk dibelasah lawan. Percaya atau tidak saya lakukan tekan tubi, weight lifting, abs crunch dan terus berlatih tinju sebelum tidur selepas menonton filem ini?. Hahaha!

Sinematografi memang cantik dan hebat. Kareografi pertempuran pula harus dijadikan rujukan oleh pengarah-pengarah filem tempatan. Runut bunyi juga best! Emiliana Torrini memang best.


Sleazy Fai adalah seorang pemandu teksi berusia 40 tahun. Kehidupan beliau sengsara disebabkan tabiat beliau yang suka berjudi. Namun dalam lipatan sejarah, beliau pernah bergelar juara boxing dunia pada tahun 1988 tetapi disebabkan beliau seorang yang mata duitan, beliau menipu dalam perlawanan dan hilang status itu. Tabiatnya yang sering mengatur perlawanan, terlibat dengan kongsi gelap dan hutang menjadikan hidupnya sukar.

Si Qi seorang pemuda yang leka dengan aktiviti sendiri tanpa menghiraukan tanggungjawab pada keluarganya yang merupakan hartawan. Namun terpaksa melalui kepayahan hidup setelah mendapat tahu keluarganya jatuh muflis. Si Qi berkerja buruh dan akhirnya bercadang untuk bertanding dalam MMA memandangkan hadiah yang lumayan disamping inin membuktikan pada ayahnya beliau seorang yang tabah dan kuat semangat.


Lin Yuang Xing adalah seorang taikun yang jatuh muflis, bapa kepada Si Qi. Hidup merempat, kaki mabuk dan putus asa dalam hidup. Yuang Xing kecewa melihat Si Qi yang leka dalam hidup dan gagal membantu keluarga.

Gwen Wong lakonan Mei Ting seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak gadis bernama Dani dilakonkan aktress kanak-kanak dari Malaysia, Crystal Lee. Gwen mempunyai kisah hitam apabila ditinggalkan suaminya, beliau menjadi pemabuk. Akibatnya seorang anaknya mati di dalam tab mandi ketika Gwen sedang mabuk. Gwen dimasukkan ke hospital mental, manakala Dani dihantar ke rumah kebajikan. Apabila kesihatan mental Gwen pulih, dia diberikan hak penjagaan anaknya kembali oleh jabatan kebajikan.

Kisahnya bermula apabila Ah Long membakar teksi Sleazy Fai menyebabkan Fai hilang punca pendapatan. Akhirnya Fai menemui rakan lama yang bersetuju membantunya memberi kerja di gym tempat beliau berguru sewaktu bergelar juara tinju. Di situ Fai mula tahu, tinju tidak lagi mahsyur sebaliknya MMA yang mempunyai banyak tumpuan gerakan Muay Thai dan Judo lebih popular kini. Fai bertugas sebagai pencuci dan guru senamrobik warga emas.

Suatu hari Si Qi datang mendaftar diri di gym untuk persedian MMA, berdasarkan Qi pernah berlajar Teakwando selama setahun. Beliau diuji dan gagal untuk latihan pertempuran. Sebaliknya Qi disuruh berlajar dari awal. Menumbuk punch bag.

Terdesak untuk memasuki pertandingan MMA yang semakin hampir. Qi memohon Sleazy Fai untuk melatihnya setelah melihat kemahiran tumbukan Fai membelasah ayahnya yang mabuk dan menganggu ketenteraman orang ramai. Fai setuju apabila memikirkan hadiah yang lumayan. Fai juga terdesak ketika itu kerana menyewa bilik di dalam satu rumah yang dihuni Gwen dan Dani. Hubungan mereka juga makin akrab, tetapi Fai mula mengetahui rahsia gelap dua beranak tersebut. Namun Fai simpati dan sering membantu mereka.


Si Qi akhirnya berjaya menjadi Ringmaster untuk satu perlawanan namun tewas teruk dalam perlawanan menentang lawan seterusnya yang menguasai musim pertama itu. Qi tewas TKO, dan patah tengkok, namun dalam temubual sebelum perlawanan itu Qi telah memberi ucapan yang menyentuh perasaan bapanya. Qi dapat diselamatkan dan hubungan dua beranak itu kembali akrab.

Manakala drama Sleazy Fai bermula apabila Ah Long akhirnya berjaya mengesan rumah flatnya. Mereka cuba membunuh Gwen dan Dani yang disangka ahli keluarga Fai. Dani cedera parah jatuh tangga, manakala Gwen membunuh salah seorang penjenayah. Namun kenyataan Fai kepada Polis telah menyelamatkan Gwen.

Sleazy Fai memutuskan untuk bertarung dalam MMA. Walaupun telah dinasihat, Fai mahu membuktikan pada semua, anak muridnya, Dani, mendiang gurunya, bahawa beliau bukan manusia yang tidak berguna dan tidak lagi takut untuk mati.

Sleazy Fai berjaya menumpaskan juara yang membelasah anak muridnya dan berjaya menguasai gelanggang selama 3 perlawanan dan tewas dengan kepuasan. Beliau turut berjaya melunaskan hutang pada Ah Long.

P/S: awek kedai DVD ni tumbuk bahu aku 2x bila disuruh prebiu skit aksi bertarung? pelik!?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan