Isnin, 12 Mei 2014

NAZI GORENG (MONSOON BOOK) – MALAYSIA


Novel ini pernah dinobat sebagai local bestseller oleh toko buku tempatan untuk beberapa ketika, dan ia masih menjadi perbualan bagi individu-individu yang asing dan tidak pernah mengetahui langsung mengenai pergerakan muzik underground. Marco Ferrarese, penulis buku ini adalah seorang pelajar yang sedang menyiapkan tesis beliau mengenai pertembungan dua budaya underground metal dan akidah remaja Melayu. Marco seorang yang berpengalaman luas, pernah menetap di Amerika Syarikat, menjadi guru di China, menjelajah Australia dan kini menjadi ‘mamak’ Penang. Marco seorang yang aktif ber blog, suka berkongsi pendapat, dan juga seorang pemuzik yang kini menyumbangkan keringatnya pada kumpulan punk, Weot Skam. Marco juga orang yang berusaha memperkenalkan ‘Taqwacore’, pergerakan hardcore muslim dari Amerika Syarikat ke Malaysia.

Nazi Goreng mengisahkan seorang remaja bernama Asrul dari Alor Setar yang berhijrah ke Penang setelah terjerumus dengan pergerakan neo-Nazi skinhead yang melaungkan api perkauman dan ketuanan Melayu. Ia lebih dikenali sebagai “Malay Power”. Bagi mereka-mereka yang hanya mengetahui kisah-kisah ini melalui tulisan Marco ini, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah benar wujud puak berhaluan sebegini? Iya, memang wujud dan masih ada kumpulan-kumpulan sebegini walaupun tidak ektrim seperti suatu ketika dahulu. Saya sendiri mempunyai rakan-rakan dari zaman sekolah dahulu yang meperjuangan ideologi ini walaupun asasnya fahaman ini disemai dari trend dan muzik. Hakikatnya neo-Nazi skinhead lebih mengutamakan falsafah dari muzik berteknikal. Mereka pernah menjadi suatu kuasa pemberontakan yang menjadi perbualan anak-anak muda seperti saya suatu ketika dahulu.

Walaubagaimanapun, perjuangan berlandaskan amarah dan jenayah sebegini pasti akan pincang jua akhirnya. Begitulah juga “Malay Power” yang akhirnya hanya menjadi mitos dan jenaka seperti kisah-kisah pertubuhan-pertubuhan samseng Melayu yang kita dengar hari ini. Malah pada waktu itu pun, neo-Nazi skinhead dan pertubuhan-pertubuhan ini tidak sependapat dan bercakaran. Saya mempunyai seorang rakan sekelas yang dibunuh kerana sengketa dua entiti yang kononnya memperjuangkan ketuanan Melayu ini.


Remaja lebih suka acuan skinhead yang berfesyen, bebas tanpa akujanji, dan raja jalanan. Watak Malik dan Asrul digarap dengan warna-warni kebudayaan Malaysia dan drama-drama bagi diselaraskan dengan konteks masa kini. Kadang-kadang bila membaca pulp novel ini saya terfikir juga, siapakah yang menceritakan kisah-kisah lama ini kepada Marco? Marco juga bijak mengadaptasi kisah-kisah tersebut untuk dibukukan dan dijual maka sehubungan dengan itulah novel ini diletakkan dalam kategori ‘fiksyen tempatan’. Tetapi bagi sebuah novel tempatan, harga RM39.90 kelihatan agak tamak. Kan?

Dapatkan novel ini melalui Marco atau kedai-kedai buku berdekatan dan beri sokongan pada setiap projek Marco Ferrarese, seorang manusia bijak dan berbakat.

www.monkeyrockworld.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan