Anita Yusuf, ibu kepada 2 orang anak, seorang veterean rock chick (pernah menganggotai kumpulan SHEROX suatu ketika dahulu), pengemar sukan lasak, backpacking, bekas guru pendidikan jasmani dan kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah menjadi perbualan dan lagenda dari mulut ke mulut dalam scene permotoraan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Anita Yusuf bukan sahaja meletakkan Malaysia big and super bikers ditempat yang kerdil, malah membingungkan riders lelaki-lelaki kacak dan tampan yang HANYA berani berkonvoi dan menjelajah dalam kumpulan yang ramai dan radius yang selesa.
Pengembaraan Anita ke Stans atau Asia Tengah atau dimaksudkan adalah Uzbekistan, Kazakhztan, Tajikistan, Afghanistan dan Turkmenistan ini dinobatkan sebagai antara pengembaraan yang terhebat di dalam Malaysian Book of Records kerana beliaulah satu-satunya wanita tunggal yang menjelajah 5 negara Asia Tengah tersebut dengan menaiki motorsikal. Menjelajah negara-negara yang pernah berada dibawah Kesatuan Soviet, yang sejarahnya ditulis dari darah jutaan manusia melalui perang saudara yang panjang dan masyarakatnya yang sangat asing dari segi budaya dan bahasa walaupun kebanyakan mereka Islam adalah sesuatu yang mengkagumkan. Ia bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kajian, perincian, wang dan yang paling besar adalah kekuatan jiwa.
Anita sebenarnya dipengaruhi oleh 2 orang pengembara Malaysia, iaitu Zahariz Khuzaimah dan Hadi Hussein dan melalui tunjuk ajar dan pedoman dari mereka jugalah Anita memutuskan untuk menulis sejarah hidupnya sebegini.
Buku ini ditulis dengan gaya yang santai, ia jurnal yang dirasakan segar seolah-olah dipetik dari dairi beliau. Ia ditulis tanpa puitis tetapi jujur dan terus dari rasa hati, mungkin penulisan beliau dipengaruhi oleh bloggers-bloggers yang diikuti beliau. Buku ini diterjermahkan oleh Anita sebagai ‘suatu analisis..” jadi ia lengkap dengan proses awal, persiapan gajet dan seragam, persiapan jentera beliau iaitu sebuah motorsikal Yamaha FZ, permohonan Visa dan urusan-urusan diplomatik, persiapan kemahiran berbahasa dan kewangan, catatan penting disetiap hentian dan stesen, catatan permasalahan, catatan kejutan budaya dan kenangan indah keseluruhanya.
Saya paling suka membaca bahagian sosial dan budaya masyarakat setempat. Ia agak menyedihkan kerana dibahagian-bahagian pergunungan dan kampung, kebanyakan negara Stans masih tidak menemui sinar dan hanya Islam dari turun-temurun. Mereka mengabaikan soal kebersihan, begitu juga kerajaan yang hanya menumpukan pembangunan dikawasan kepentingan pemerintah, ada kebenarnya jika anda pernah menonton filem sarkastik Yahudi mengenai Asia Tengah seperti Borat dan Dictator.
Apa yang menjejaskan mood dalam buku ini adalah, kualiti foto yang dimuatkan kurang memuaskan. Semuanya dalam resolusi yang rendah mungkin 72 sahaja. Hairan juga, bila membaca buku ini Anita mengatakan beliau minat dalam fotografi dan seorang yang mementingkan foto-foto berkualiti. Malah beliau turut membawa beberapa kamera (3 buah saya kalau tidak silap) untuk siri jelajah ini. Jadi mengapa foto-foto dalam buku ini kurang memuaskan? Buku jurnal pengembaraan seharusnya mempunyai foto yang lebih hebat dari kuali foto dari buku resipi.
Anita mengembara ke negara Stans dengan hanya pengalaman menunggang motorsikal selama setahun, dengan membuat kajian selama 6 bulan, kos keseluruhan sebanyak RM30,000, hampir 2 bulan menunggang motorsikal dengan jarak 100-600 km sehari, 10 kali jatuh motorsikal, dan menghadapi berbagai cabaran kelaparan, kepanasan haba serta ragam manusia secara bersendirian.
Saya perlu mengakui Anita Yusof seorang wanita yang cekal, mungkin … mungkin tiada lagi wanita secekal dia yang berani mengharungi Stans. Jika ada, Anita adalah pemula bagi segalanya kerana apa yang saya lihat, dia telah memberi inspirasi kepada banyak penunggang baru dan lama, atau pengembara secara amnya untuk mencabar diri lebih lagi, untuk sentiasa bersedia menghadapi risiko, dan gigih untuk bangun semula dari jatuh. Anita walaupun bukan seorang yang ternama, beliau adalah seorang lagenda kegigihan yang datang dari kalangan masyarakat biasa. Pujian dan penghormatan harus diberikan.
Globalwomenwhoride.com
Blog Anita Yusoff
Globalwomenwhoride.com
Blog Anita Yusoff
Am inspired.. frm 1 lady biker to anthr.. frm 1 traveller to anthr .. n frm smbdy yg juge d lahirkn d batu pahat.. sy kagum n at d sametime inspired to challenge myself. X semua org mampu buat ape yg kak anita buat (lelaki atau perempuan).. am at a crossroad in my life where am still confuse which path to take.. am now excited to venture into d nxt chapter of my very own "once a upon a time...".. thanks kak anita
BalasPadamFrm : cik katek yg menunggang
Cik Katek, sila baca juga interview saya bersama Anita di link dibawah:
Padamhttp://faithcraftmobile.blogspot.my/2015/02/interview-bersama-anita-yusof.html
Suami dia fancy gitaris Band Sofea ke?
BalasPadamTajuk yang kurang tepat. Semestinya "Sebuah kembara menguji kecekalan dan ketabahan".
BalasPadamTajuk yang kurang tepat. Semestinya "Sebuah kembara menguji kecekalan dan ketabahan".
BalasPadam