Jumaat, 25 Julai 2014

MENJEJAKI METAL ZONE DISTRO

Kesempatan untuk berkumpul dan iftar bersama rakan-rakan lama, Editor UG metal zine pertama di Perlis THANATOPSIS ZINE Dr. Noorwan (kini menetap di New Zealand), Cikgu Diken, Chainsore (DEVASTATOR, WRECKÄR) di Nasi Kandar Sultan, kini Nana Rest membawa kami untuk kembara ziarah distro paling aktif di Kedah selain Thrashing Fist. Iaitu METAL ZONE DISTRO. 


Berbanding Thrashing Fist yang terletak di tengah pusat bandar Alor Setar, jalan ke kedai milik Abdul Aziz ini agak sulit, apatah lagi pada malam hari. Jadi ada baiknya jika anda berhajat untuk ke sini, buat temujanji bersama beliau terlebih dahulu ( tel: 017-5258101). Kalau malam hari, kedai Abdul Aziz mungkin agak mengerunkan, jalannya tidak berturap, gelap gulita dan agak tersembunyi seperti mahu ke markas pemberontak. Mungkin keadaan berbeza di siang hari.

Metal Zone Distro terletak di dalam premis kedai runcit kepunyaan Abdul Aziz yang di asingkan khas untuk kerja-kerja khas beliau dalam dunia UG. Jadi anda tidak perlu gusar, orang awam yang mahu membeli kicap, bawang, rempah kari Linggam’s, atau asam gelugur tidak akan berebut CD, LP, Kaset atau T-shirt metal dengan anda. Lebih lagi pelanggan barang-barang runcit beliau telah kenal Abdul Aziz sebagai metalhead












Metal Zone Distro banyak mengedarkan CD, LP, EP, kaset kumpulan-kumpulan metal bawah tanah kebanyakan dari negara-negara cerok seperti Amerika latin dan Eropah (seperti Peru, Colombia, Ukraine, Poland, Czech). Terdapat juga stuffs kumpulan-kumpulan metal popular dan lagenda. Anda boleh membuat pre-order barang-barang yang anda hajati melalui facebook beliau, dan beliau akan berusaha untuk mendapatkannya melalui kenalan-kenalan luar negara beliau.

Metal Zone Distro juga aktif menerbitkan album-album kumpulan tempatan dan luar negara yang berpotensi dan memberi kerjasama yang baik.

1 ulasan:

  1. insya allah jika ada rezeki mahu saja saya kesana membeli kari Linggam's dan bawang Krisiun hahaha!

    BalasPadam