Saya jumpa gula-gula ‘sekolah lama’ ini disebuah kedai perkakasan pertukangan di dalam Mid Valley, KL. Saya memang seorang yang meminati kerja-kerja pertukangan. Jadi, apabila menjumpai gula-gula yang dijual dalam kedai pertukangan seperti ACE Hardware ini menimbulkan satu persoalan. Mungkin Claeys adalah gula-gula kegemaran tukang-tukang kayu & besi dan tukang paip di Amerika, siapa tahu? Hahaha. Ataupun, mungkin anda boleh bertukang dengan lebih baik lagi dengan memakan Claeys Candies? Hahaha.
Menurut maklumat yang tertera, Claeys
Candies dicipta pada tahun 1919 dan rasanya kekal sama hingga ke hari ini.
Pihak Claeys Candies sanggup mengantikan semula gula-gula mereka jika tidak
segar dan tidak enak dengan syarat anda memulangkan semula baki gula-gula,
bungkusan, maklumat bila dan tempat anda beli gula-gula tersebut. Amboi.
Hanya ada perisa Root Beer dan Natural
Lemon di Ace Hardware ini. Saya memilih Root Beer, walaupun tiada tanda halal
JAKIM kerana ia di import dari USA, saya
yakin kerana setelah meneliti kandungannya hanya sugar, sirap jagung, perisa
tiruan, dan pewarna caramel. Sifar garam, lemak tepu, lemak trans, kolestrol
dan serat.
Gula-gula ini dengan sengaja tidak dibentuk
dengan sempurna kerana ingin mengekalkan bentuk tradisionalnya. Ia kelihatan
seperti gula batu dengan warna gelap. Ia lambat larut dimulut, rasa root beer
nya sangat tebal dan jika pada awal tahun 90-an anda pernah makan gula-gula
produk tempatan perisa cola. Ia tidak banyak beza dengan Claeys Candies ini.
baru perasan...dah pindah sini eh?...yang lama dah tak pakai ker?...
BalasPadambukan bro., blog Faithcraft Productions nak khaskan untuk aktiviti muzik aja. Kat sini semua boleh taruk! :)
Padam