Isnin, 29 September 2014

KUNJUNGAN SULUNG KE DARUSSYIFA’

Pusat Rawatan Darussyifa’ Negeri Perlis, terletak di No.324 Batu 13/4, Kampung Santan Kota, Jalan Santan, 01000 Kangar, Perlis ini dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din pada 29/12/2013. - Foto Darussyifa' Negeri Perlis Wordpress

Boleh dikatakan hampir semua orang pernah mendengar perkhidmatan yang diberikan Pusat Rawatan Darussyifa’ yang mempunyai cawangan hampir disetiap pelusuk negeri termasuk Sabah, Sarawak dan juga negara Brunei. Hakikatnya, kami orang Perlis sendiri masih asing dengannya. Percaya atau tidak hampir separuh dari kenalan saya hanya pernah dengar nama Darussyifa’ tetapi langsung tidak tahu apa mereka lakukan untuk memakmurkan masyarakat.

Seorang rakan saya mempunyai penyakit yang agak pelik, berlarutan dan tidak boleh dirungkai dengan perubatan moden. Dari ceritanya, saya dapati ada unsur mistik ( bukan band MISTIK, tetapi sesuatu yang tidak dapat dijelaskan secara logikal). Oleh kerana dari suatu kunjungan saya bertemu pengamal perubatan Islam terkemuka, Ustaz Sharhan suatu ketika dahulu saya menyakinkan rakan saya untuk mencuba kaedah ruqyah. Saya muak dengan kaedah bomoh Melayu yang lebih terarah kepada paganism.

Malam ini setelah berhubung dengan Ustaz Abdul Sattar, saya membawa rakan saya bagi mendapatkan rawatan penyakitnya. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Pusat Rawatan Darussyifa’ Negeri Perlis walaupun hampir setiap hari saya mengunakan jalan yang sama untuk ke rumah ibu saya.


Saya sampai jam 8.40 malam, ruang parkir hadapan banglow yang diubahsuai sebagai klinik ruqyah ini penuh dengan kereta-kereta mewah dengan no plat dari berbagai-bagai negeri. Pesakit juga sudah memenuhi ruang tamu rumah. Kami mengambil nombor giliran dengan mengisi buku daftar. Dan menunggu dipanggil untuk rawatan. Bagi setiap malam rawatan, kira-kira 7-10 orang ustaz/ustazah akan bertugas merawat segala macam penyakit dari demam, gout, insomnia hingga ke santau, saka dan gangguan jin.

Kaedah rawatannya terbuka, ahli keluarga boleh melihat rawatan yang diberikan dengan pesakit duduk diatas kerusi berdepan dengan perawat. Tiada pengunaan bahan-bahan pelik dan unik. Hanya bacaan ayat-ayat ruqyah dihembuskan pada anggota yang sakit dan umbun-umbun kepala. Tiada bayaran dan tiada ikat janji yang meragukan. Namun terdapat sebuah tabung derma diletakkan ditepi pintu untuk pesakit-pesakit menghulurkan sumbangan bagi perkembangan Darussyifa’ jika mempunyai hajat untuk bersedekah.

Rakan saya bersyukur kerana dimaklumkan penyakitnya tiada kaitan dengan sihir dan makhluk halus. Namun air penawar yang telah diruqyah diberikan padanya untuk kegunaan minum dan mandi.

PENGERTIAN RUQYAH:

Pada dasarnya ruqyah sama seperti doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT bagi menyembuhkan penyakit, baik fizikal mahu pun batin. Karena erti ruqyah sendiri secara bahasa adalah jampi atau mentera.

Akan tetapi doa-doa untuk penyembuhan tersebut tidak boleh sembarangan melainkan yang sesuai dengan syariat Islam, yakni bacaan yang terdiri dari ayat Al Qur'an, Asmaul Husna serta doa-doa yang dicontohkan Nabi SAW berdasarkan hadits yang sahih.

Jika ada orang yang menyebut ruqyah namun secara praktikalnya menyimpang, tentulah ia bertentangan dengan ruqyah yang diperbolehkan oleh Nabi SAW.

Sebab di zaman sekarang ini begitu ramai dukun yang mengaku mempraktikkan perubatan Islam namun kenyataannya bertentangan dengan apa yang pernah diajarkan oleh Nabi. Tujuan mereka hanya untuk mengaut wang sahaja.

Lebih mengerikan, bila ruqyah yang dilakukan itu mengandung kesyirikan, seperti menyandarkan diri selain Allah SWT, pemujaan kepada jin atau syaitan, meyakini kesembuhan dari benda-benda tertentu dan sebagainya.

Atas alasan inilah yang membuat Rasulullah SAW pernah melarang para sahabat untuk melakukan ruqyah, karena ruqyah waktu itu lebih kental dengan nuansa syiriknya, padahal Islam datang untuk memusnahkan segala bentuk kesyirikan.

DEMONOLOGY DAN EXORCISM

Demonologi (kajian mengenai syaitan), Exorcize (serapah menghalau kerasukan jin)

Bagi mereka yang pernah menonton filem-filem seram Hollywood pasti arif dengan subjek-subjek demonology dan exorcism. Tahukah anda bahawa tiada bab exorcism dalam agama Kristian? Bahagian-bahagian tersebut dipinjam oleh paderi dari kaedah dan kepercayaan orang Yahudi.

Berbalik kepada demonology, tahukah anda dalam Islam kita percaya syaitan adalah panggilan kepada jin yang jahat menganut berbagai-bagai agama dan mempunyai teknologi yang beribu tahun mendahului manusia?

MAKLUMAN PENTING TENTANG AIR BERJENAMA DARUSSYIFA’

Adalah dimaklumkan bahawa air minuman yang dijual didalam botol yang berjenama Darussyifa’ adalah belum di “Ruqyah” kan (belum dibacakan doa & ayat-ayat al-Quran ke atas air tersebut). Justeru itu bagi orang ramai yang membeli air yang berjenama Darussyifa’, hendaklah membawa air tersebut kepada mana-mana perawat Darussyifa’ untuk di “Ruqyah” kan supaya mendapat manfaat untuk kesembuhan pesakit. Air yang berjenama Darussyifa’ yang dibotolkan dengan botol bersaiz 1.5 liter tidak boleh dijual melebihi RM2.50 sebotol. Jika orang ramai membelinya melebihi harga tersebut hendaklah dilaporkan kepada Darussyifa’ Bangi dengan menghubungi Ustaz Halim di no tel. 013-2124817 supaya siasatan boleh dibuat dan tindakan diambil kepada penjual tersebut.

5 ulasan:

  1. Penah sekali teman member pegi pusat rawatan Islam kat gombak.baru nak tanya tentang cara2 perubatan,lelaki bekopiah tu dengan riaknya tunjuk pakej perubatan..pakej dia mcm menu kat McDonalds,Untuk rawatan separuh sembuh dan 100 peratus sembuh harganya lain2..lepas tu dengan riaknya dia tunjuk gamba2 artis yg penah dtg berubat dgn dia.. Paling tak bole blah,dia punya riak tu siap cakap kat situ je org dtg boleh sembuh penyakit..mcm dia pulak yg lagi bekuasa dari Allah..last2 aku ckp kat member aku sebelum kita tesesat baik kita angkat kaki dulu..heheh..lagi siap suruh like page dia kat Facebook!

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu Dajjal tu... bukan membantu orang tu. Aku dengar bro cita pun dah menyampah.

      Padam
    2. Saya rasa mcm tahu pusat rawatan mane tu...haha

      Padam
  2. apa lagi.... kasi ubat itu GHOUT!!! hahahaahaha!!

    BalasPadam