Sabtu, 4 Oktober 2014

APA ITU MUZIK AMBIENT?



Pengertian;
Sejenis muzik lembut yang memanfaatkan pengunaan instrumen elektronik tanpa rentak yang terancang dan diciptakan untuk membangkitkan mood dan atmosfera. Ia juga dipanggil muzik instrumental apabila fokus utamanya adalah kepada bentuk bunyi bukan dari aspek melodinya kerana tujuannya adalah untuk membangunkan atmosfera tertentu dan ketenangan jiwa.

Muzik ambient seringkali dihasilkan lebih panjang dari muzik pop komersil yang anda dengar di radio. Satu-satu lagu boleh mencapai 30 minit atau lebih.

Muzik ambient masih lagi satu genre yang asing di Malaysia dan hanya diketengahkan oleh pemuzik-pemuzik jauh di bawah tanah yang kebanyakan adalah pemuzik metal dipengaruhi oleh kejayaan dua album BURZUM “Dauði Baldrs” dan “Hliðskjálf”. Muzik ambient dari sejarahnya berasal dari United Kingdom apabila alat muzik alaf baru seperti synthesizer diperkenalkan. Muzik ambient dimulakan pada era 70-an oleh nama-nama seperti Mike Oldfield, Jean Michel Jarre dan Vangelis, namun Robert Fripp dan Brain Eno mempopularkan muzik ambient pada tahun 1972 dengan ujikaji teknik tape looping. Akhirnya THE ORB dan APHEX TWIN meletup di pasaran komersil di era 90-an.

Sebenarnya pada abad ke 20, komposer Perancis Erik Satie telah memperkenalkan konsep muzikal seperti muzik latar ‘background music’ atau ‘furniture music’ sebelum wujud ambient lagi. Furniture music dimainkan ketika makan malam bagi membangkitkan selera dan atmosfera unik sewaktu menikmati hidangan. Hinggalah pada tahun 1970-an ambient telah diketengahkan dengan kacukan idea alaf baru ‘New Age’digabungkan dengan synthesizer yang baru sahaja dicipta. Dan kebanyakan artis dihaluan ini menamakan Brian Eno sebagai bapa muzik ambient. 

Brian Eno dahulu
Brian Eno kini

Muzik ambient adalah sebuah stail muzik yang terbuka kepada banyak genre lain, oleh itu kebanyakan pemuziknya meminjam elemen dari muzik industrial, dub, house, dan new age. Ia tidak terikat pada rentak yang tetap, susunan melodi atau matematik. Apa yang penting adalah penghasilan mood dan atmosfera.

Bagi yang cuba untuk terjun ke pemujaan muzik ini, anda harus faham bahawa muzik ambient adalah satu haluan muzik yang SUKAR untuk dikomersilkan. Muzik ambient juga dikritik sebagai membosankan dan muzik orang ‘terlebih bijak’. Bagaimanapun ia tetap mendapat pengiktirafan dan mula mengembangkan ‘cult’ pada 1990-an.

Pada tahun 1990-an juga, lahirnya stail yang bertentangan dari idea asal Brain Eno diketengahkan oleh THE ORB yang panggil dark ambient. Ia boleh dikenali melalui campuran elemen industrial, muzik metal, rentak yang janggal, sampling bunyi yang menyeramkan dan pengunaan kesan bunyi gadjet gitar. Kumpulan rock seperti PINK FLOYD juga dianggap sebagai pengerak nadi perkembangan muzik ambient.

Sehingga hari ini perkembangan muzik ambient telah menjadi begitu luas dan dikaitkan dengan terma lain seperti muzik latar, muzik ujikaji, muzik mood, muzik drone, muzik space dan muzik elevator.

SIAPAKAH BRIAN ENO?

Nama penuhnya Brian Peter George St. John le Baptiste de la Salle Eno. Dilahirkan pada 15 Mei 1948 di England dan merupakan seorang guru, pemuzik dan penerbit. Terma “Muzik Ambient” diilhamkan oleh beliau ketika terlantar disebabkan kemalangan pada tahun 1975. Dan album beliau berjudul ‘Ambient 1: Music for Airports” pada 1978 telah mempromosikan genre ini.

Eno tidak mengelarkan dirinya sebagai pemuzik dan menyatakan ujikaji bunyinya itu sebagai ‘rawatan’ bukan persembahan. Eno mengetengahkan perkataan ambient untuk merujuk kepada muzik yang membangkitkan atmosfera dan membawa pendengar melayang ke lembah ketenangan jiwa. Ambient dipetik dari perkataan Latin “Ambire” bermaksud ‘ mengelilingi’.

“Muzik ambient adalah bertujuan untuk memberi ketenangan dan ruang untuk berfikir” – Brian Eno.

6 ulasan:

  1. Apa pendapat penulis terhadap muzik dari band Sunn O))

    BalasPadam
    Balasan

    1. Bagi saya Sunn O))) dark ambient tetapi masih menepati idea Brian Eno yang mana masih takda ketetapan tempo, rentak, dan focus utama atmosfera. Namun bukan peaceful, ia haunting dan eerie. itulah dark ambient rasanya bila.. adanya campurtangan distorsi guitar. tetapi sekarang ni depa label drone metal plak.. aish! macam-macam.

      Padam
  2. Penah baca pasal ambient music ni..mmg muzik untuk org kaya kot..heheh..pasal selalu nya dengar kat lobi hotel 5 star even pakar bedah professional pun guna music ni sewaktu nak bedah org..hehe

    BalasPadam
  3. masih mencari masa dan ketenangan utk mendengar secara detail alunan album yang ada dalam simpanan ni... thx info sedikit pengetahuan yang dapat aku belajar dari entri ini..

    BalasPadam