Ahad, 4 Januari 2015

ULANG TAHUN KE-11 PEPERANGAN DI PATANI DARUSSALAM


Saya percaya ramai yang kurang ambil pusing tentang penindasan ke atas saudara-saudara di Chechen dan Pattani yang sejak sekian lama. Bahkan, pencabulan kemerdekaan orang-orang Melayu Pattani bukanlah bermula pada 4 hari bulan Januari 2004. Jika dirujuk semula jauh dalam fakta sejarah, Kerajaan Islam Pattani yang mempunyai sistem pentadbiran sendiri itu cuba dijajah Thai sejak abad ke-19 sehinggalah kejatuhannya pada tahun 1785 dengan bantuan British.

Sekian lama, Barisan Revolusi Nasional telah melancarkan kempen pembebasan secara tersembunyi yang diwarisi dari generasi ke generasi dengan wadah yang jelas demi menuntut hak mereka yang dirampas. Hak tersebut adalah pemerintahan sendiri yang berdaulat.

Pada 4 Januari 2004, konflik orang Melayu Pattani dan Kerajaan Thailand memuncak apabila pejuang pembebasan berhasil merampas 413 senjata dari kem battalion tentera Thai sekaligus memberi petanda pengistiharan perang menuntut kembali hak ketuanan Melayu dinegeri tersebut telah meletus. Barisan Revolusi Nasional yang bergerak secara gerila telah mengusarkan kerajaan Thai yang sebelum ini mendakwa mempunyai pasukan tentera yang terkuat di dunia.

Sepanjang 11 tahun cetusan gerakan bersenjata oleh orang Melayu Pattani telah menyaksikan 6286 orang terkorban dan 11366 orang cedera akibat peperangan tersebut sehinggalah Barisan Revolusi Nasional akhirnya diumumkan sebagai organisasi rasmi pada 28 Februari 2014 melalui perjanjian damai yang ditandatangi bersama pihak Thailand disaksikan oleh kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur. Namun ia tidak bertahan lama dan dilihat sebagai tiada kata penyelesaian. Tujuh orang Perdana Menteri Thailand gagal memberi jalan penyelesaian konflik ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...