Selasa, 28 April 2015

CARCASS DAN INDONESIA



Lagenda pemuzik berat Britian, CARCASS mencetuskan kontroversi lagi setelah menghentam kerajaan Malaysia dalam laman facebook rasmi mereka pada Mac lalu. Hari ini mereka meletakkan foto Presiden Indonesia, Jokowi Widodo dengan kata 'death metal poser' merujuk kepada hukuman mati yang tetap dijatuhkan ke atas Andrew Chan dan Myuran Sukumaran atas kesalahan penglibatan mereka dalam penyeludupan heroin walaupun mendapat tentangan keras dari negara-negara luar. Indonesia mengistiharkan dadah dan pemerdagangan manusia sebagai musuh utama negara dan mengekalkan hukuman mati mandatori ke atas pesalah berkaitan dadah. Baca laporan lanjut disini.

CARCASS antara kumpulan yang meletakkan masalah dan kerosakan najis dadah pada kelemahan dan salahkuasa pemerintah sepenuhnya. Oleh itu mereka dengan lantang memperjuangkan isi hati mereka bersama rakan-rakan mereka yang kebanyakan dari haluan grindcore. Dimuatkan komentar yang menjadi perdebatan dikalangan metalhead/punk hari ini;




Ribuan manusia menderita dan kehilangan nyawa saban hari diseluruh dunia akibat heroin namun kebanyakan kita hanya menutup mata oleh kerana kisah mereka kurang menarik berbanding kisah si pengedarnya yang secara kebetulan tertangkap di negara yang dianggap kolot dalam penguatkuasaan undang-undang dan kurang bijak mentadbir negara.

Bermacam-macam pandangan dan hujah telah dilontarkan dalam isu ini. Siapa benar dan siapa salah merupakan satu titik pudar bagi kita semua. Ada yang menganggap pemerintah yang korupsi itulah penjenayah utama dan ada yang menganggap sesiapa pun yang melakukan perbuatan memusnahkan harapan dan hidup insan lain sebagai pesalah. Terpulanglah bagi anda untuk membuat analisis dalam isu ini.

Bagaimanapun, CARCASS tanpa gentar akan turun bermain di Sonicfair (Rock and Metal Expo) di Jakarta pada 3 Mei 2015 ini.

Isnin, 20 April 2015

REAL-LIFE VAMPIRE TRIBES ROAMING SELANGOR


Vampires walk among us. But these people aren’t the stuff of nightmares - far from it actually. Recent report in local newpapers and bloggers proved of the real vampires living in Taman Medan, Petaling Jaya. They are not easy to find, but when you do track them down, they can be quite aggressive.

“Real vampires” is the collective term by which these people are known. They’re not “real” in the sense that they turn into bats and live forever but many do sport fangs and just as many live a primarily nocturnal existence. These are just some of the cultural markers real vampires adopt to express a shared (and, according to them, biological) essence – they need blood (human or animal) or psychic energy from donors in order to feel healthy.

This is more true for some than others though. I found the vampires of Taman Medan to be keen to keep up to date with the global community. I eventually met around 50 real vampires there, but the total number in Petaling Jaya is unknown. They ranged in age from 18 to 50 and represented both sexes equally. They claimed to be practicing Islamic teaching, but very much fear of crucifix, holy water and also scared walk in front of a church. They even feel like burning when touching or recite verses from a bible which they claimed to be not ungodly.

Unquestionably, I found the vampires I met to be competent and generally outwardly “normal” citizens. What was perhaps most surprising about the vampires I met though was their marked lack of knowledge about religions in general. They seemed to know much less than you might expect - at least for moslem-vampires - about how their kind were depicted in books and films. By this I mean to say that the people I met with and interviewed turned to anti-Christian simply because they had heard too many scary tales about the ‘holy water’. 


In fact, the real vampire community in general seems to have appropriated very few of the trappings mainstream culture attaches to creatures of the night. Many do dress in Baju Melayu but certainly not all the time, and very, very few sleep in coffins. In fact, those vampire who do dress a certain way or wear songkok do so long after realizing their desire to take blood.

Sabtu, 18 April 2015

DISCARNAGE FANZINE # 2



Zine dari kebangkitan pergerakan muzik bawah tanah Kota Kinabalu ini boleh dikatakan antara yang paling menyengat dari negeri dibawah bayu itu. Masakan tidak, jarang sekali saya dengar (tidak pernah dengar) sesuatu isu itu dicetak semula oleh kerana sambutan yang mengalakkan dari pencinta media underground tradisional ini.

Isu # 2 ini diterbitkan buat pertama kali pada September 2014, dan kini dicetak semula pada Mac 2015 dengan pembaharuan pada kerja seni kulit hadapan. Artis Frank, SIR YOU DIE telah berkhidmat memberikan visual yang sesuai dengan konsep zine itu iaitu ‘gore and horror’. Bukan sahaja pada reka letak, Mika (si editor) turut memfokuskan band-band dari subgenre gore/grind/death metal untuk menghiasi setiap mukasurat zine ini. Namun beliau tidak kisah juga menyelitkan beberapa kumpulan thrash metal yang sedang ligat dipentas sekarang ini.

Ikuti temubual menarik bersama FUNERALITY, MUNTAH DARAH (yang sedang meningkat naik dari Sabah), ACID KNIGHT, MUARU, BROOD OF CARNAGE, ROTGUT dan banyak lagi termasuk ulasan album, zines serta gig repot. Ditulis mengunakan dwi-bahasa (bahasa Melayu dan Inggeris) serta teknik reka letak berkomputer, ‘cut and paste’ serta tulisan tangan. Zine ini boleh dibeli dengan harga RM5.

Hubungi: dis_carnage@yahoo.com
Facebook editor DISCARNAGE FANZINE 

* editor Discarnage mengemari ruangan Aku Yang Menulis dalam ulasan zine Selipar Malaya. Tahukah beliau zine itu telah rip off artikel saya tanpa sebarang makluman dan menyunting sebagai karya mereka? Satu penulisan yang tidak beretika. Rujuk sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...