Sabtu, 28 November 2015

BONE TOMAHAWK (2015)


Aktor yang memegang watak Wyatt Earp dalam Tombstone (1993), Kurt Russell kembali menyandang watak sheriff dan hero dalam filem Western ini. Berganding bersama Patrick Wilson (The Conjuring) dalam menjejaki semula isterinya yang diculik suku orang asli yang digelar “Troglodytes”, mereka asalnya suku Red Indian buangan yang hidup dalam gua, tanpa bahasa, melakukan sumbang muhrim, kannibal dan pagan

Semuanya bermula apabila seorang perompak yang menceroboh kawasan Troglodytes berjaya melarikan diri ke pekan Bright Hope. Sheriff Fraklin mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan menangkap perompak itu, tiba larut malam puak Troglodytes telah memecah masuk balai menculik Timbalan Sheriff bersama isteri Patrick Wilson yang sedang merawat kaki perompak tersebut. Dari anak panah yang ditinggalkan dan maklumat yang diperolehi dari “The Professor” Red Indian, mereka dapat menjangka lokasi suku Troglodytes itu. 

Maka bermulalah operasi menyelamat yang diketuai Sheriff Franklin Hunt dan rakan-rakan, turut membantu John Brooder seorang yang pakar dalam persenjataan dan pembenci Red Indian. Bagi saya ini diantara filem Western yang mempunyai plot penceritaan terbaik dan unik. Tiada yang sepertinya sebelum ini. Malah ia disenaraikan dalam genre ‘seram’. Kenapa? Lihat sendiri bagaimana penyeksaan yang akan diterima mereka setelah berjaya ditangkap suku ini. Hebat, mendebarkan dan pasti mengugurkan jantung anda! Jika anda minat filem koboi dan juga filem seperti Apocalypto, Cannibal Holocaust, The Hills Have Eyes, boleh cuba Bone Tomahawk.

9/10

2 ulasan:

  1. kurt russel paling aku tak suka dia belakon dlm fast 7.tak sesuai betul watak dia dlm fast 7 tu.kalo koboi memang kena sangat la

    BalasPadam
  2. Thanks review. Lama dah tengok cerita koboi yang best. Masuk senarai untuk ditonton

    BalasPadam