Isnin, 1 Februari 2016

PENTAGRAM DI ATAS PUSARA (MARHAEN LITERA)




Himpunan cerpen dari Adi Herman (rakan blogger dari Bintulu) ini diterbitkan label indie dari Guar Cempedak secara rasmi pada 31 Oktober 2015. Saya difahamkan Pitri al Fateh Zainon, pemilik Marhaen Litera sedang dalam proses untuk mencetaknya buat kali kedua setelah edisi 100 keping yang pertama laris bagai pisang goreng berkeju. Pentagram Di atas Pusara didatangkan dengan pakej menarik, dengan hiasan kulit ala satanic bible, serta tajuk yang mengumpan pembaca terutamanya yang meminati muzik metal dan pencinta occultism. 

Adi Herman dalam karya sulung beliau ini membawa kita hanyut dalam siri fiksyen seram berbaur komedi gelap yang sangat santai dan mesra pembaca nusantara. Dua karektor si Murad dan si Nasrul sering dimanipulasi beliau dalam berbagai-bagai kisah dan situasi yang mencemaskan. Apa yang saya suka, Adi Herman walaupun menulis cerpen-cerpen fiksyen, beliau masih mengekalkan kerangka akidah Islam. Contohnya, tidak akan masuk neraka selagi dunia tidak kiamat, syaitan tidak akan mahu menjadi hamba manusia sebaliknya akan memperhambakan manusia, dan banyak lagi yang digarap tanpa melulu. 

Saya melihat Adi Herman juga ke arah “wahabi” seperti saya. Hahahaha! Saya pula bergurau. Jangan marah ya! Buku ini telah habis dipasarkan, dan bakal dicetak semula dalam masa terdekat. Hubungi Marhaen Litera atau penulisnya sendiri untuk maklumat terkini.

2 ulasan:

  1. aduh wahabi ka? hahahaha....terima kasih tuan raimi di atas ulasan buku merapu saya ni yang nampaknya jujur dan ikhlas. terima kasih atas sokongan anda juga.

    BalasPadam
  2. Semoga ada buku yang ke 2 pula....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...