Rabu, 30 Mac 2016

DENGAN IJIN-NYA TUHAN ORANG TERTINDAS ZINE (SONNET DISTRO)



Sudah lama rasanya saya tidak melihat zine-zine percuma berlegar-legar di dunia cetakan bawah tanah. Inilah satu-satunya zine yang dijual dengan harga RM1 diperolehi dari Marhaen Litera (toko buku dari Guar Cempedak) dari era ini. Dihasilkan dengan sepenuh jiwa raga oleh 3 orang anak muda yang menyedekahkan kepada kita puisi-puisi pessimis, kepasrahan dan keresahan. Tulisan-tulisan mereka membawa kita ke suatu lembah misteri dan penuh persoalan.

Dapatkan zine ini sebagai riadah minda. Ia jeritan batin mereka yang mahu didengari oleh semua orang. RM1, cukup berbaloi.

Hubungi: Marhaen Litera.