Rabu, 10 Mei 2017

BANGKIT! ZINE (ISU # 4)


Bangkit! zine kembali lagi dengan penekanan kualiti cetakan yang lebih tajam dan variasi pada pemilihan kugiran kali ini. Bangkit! tampil menyajikan jagoan ska punk tempatan, PLAGUE OF HAPINESS sebagai cover story kali ini. Sebuah wawancara yang rancak, penuh maklumat dan juga kupasan. Selain itu Pyan turut melakukan wawancara bersama kumpulan-kumpulan yang sedang membina nama seperti TAHI SUCI, HARRK TUIH!, DESECRATE A.D, KASRAKASS, M.C.B, dan BRONCO BUSTER. Mereka amat perlu pendedahan dan rekomendasi melalui zine-zine agar dapat membesar melalui jalan tradisional yang sarat etikanya. Selain itu kumpulan yang sedang meningkat naik CON-DAMN THE CORRUPTOR lebih lagi setelah terbitnya buku tulisan si penyanyinya, Ben Pangazou turut diwawancara oleh Pyan. 

Zine ini masih padat dengan ulasan produk bawah tanah, laporan dan rencana yang mantap tulisannya. Cari: facebook.com/bangkitzine

Isnin, 1 Mei 2017

20 TAHUN KEMENYAN ZINE


KEMENYAN ZINE, ISU # 1 (MEI 1997)

Sedar tak sedar sudah 20 tahun aku menyunting zine. Sudah 20 tahun menulis sesuatu yang entah ada atau tidak manfaatnya untuk kamu semua?

Pengumpulan bahan untuk isu ini bermula pada 1996, dikala orang lain sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menduduki SPM, aku sibuk menulis surat kepada band-band ug seluruh dunia. Isu ini disunting mengunakan typewriter dengan teknik cut & paste sepenuhnya. English yang teruk serta pengetahuan yang cetek. Modal pun terhad kerana baru tamat sekolah. Namun ia tetap berjaya diterbitkan dan jadi sejarah.

Bagi yang sebelum memiliki Kemenyan zine yang telah dibukukan secara professional.
Klik SINI untuk menyokong dengan membeli karyaku ini.