Label
- Arkib Buku & Majalah (97)
- Arkib Filem (88)
- Arkib Seni Kata (12)
- Dairi Musafir Lara (30)
- Gerai Jualan (5)
- Kembara Agama Tauhid (67)
- Kisah Makan Minum (17)
- Rakan & Kenangan (5)
- Rammy's Kyanpinguka (56)
- Sains Muzik (18)
- Seni Lakar (5)
Rabu, 11 November 2026
MASJID BOMOH
Isnin, 2 November 2026
BERAPA RAMAI ORANG IKUT DAKWAH SUNNAH DI PEJABAT HANG?
Ahad, 1 November 2026
MENJEJAK PU YU, THAILAND
Khamis, 13 Ogos 2026
ADAB LEBIH PENTING DARI ILMU?
Beradab sebelum berilmu. Jika berilmu sahaja Iblis lebih berilmu dari malaikat?
Dahulu aku macam hendak bersetuju kata-kata ini. Namun apabila
difikirkan mana mungkin orang berilmu tapi menjadi tak beradab, semua orang
tahu kejahilan membawa kepada seseorang itu jadi kurang ajar, buruk tingkah
laku dan jahat. Ya! dia mungkin berilmu dalam bab tertentu. Akhlak juga
menuntut ilmu untuk difahami dan dipraktikkan.
Mempersiapkan diri dengan ilmu Quran dan sunnah merupakan
persiapan untuk ke syurga. Mustahil seseorang itu masuk syurga tanpa ilmu.
Kebodohan seperti yang difirmankan Allah azz awa jalla dalam Quran adalah maksiat
kepada Allah. Wahyu pertama yang diturunkan iqra, “bacalah” ertinya kunci agama
berada dalam ilmu. Kunci mendapat redha Allah dalam ilmu. Kunci syurga berada dalam
ilmu. Ilmu tentang perkara iman, ilmu tentang pembatalan iman, ilmu untuk
mendekatkan diri kepada Allah, ilmu yang menjaga diri dan melindungi diri dari
kesesatan hidup dan kemurkaan Allah. Apatah lagi kunci bagi akhlak dan adab
pasti dalam ilmu.
Bukankah kita memohon bimbingan Allah setiap kali membaca
al-Fatihah dalam solat agar diberikan ilmu untuk mengetahui jalan orang yang
mendapat nikmat (petunjuk) dan menghindarkan diri dari jalan orang yang sesat?
Peribahasa Melayu, “bodoh sombong” yang selalu kita ditujukan kepada seseorang bukan bermaksud senda gurau. Melainkan kebodohan orang itu sudah tak bertebing lagi untuk dilayari atau direnangi..
Sekadar pandangan sepuluh sen daripada aku.
Ra1m1, 6/8/2026
Isnin, 27 Julai 2026
FARDU AIN TERBESAR DAN TERPENTING IALAH MENGENAL SYAITAN
Sabtu, 11 Julai 2026
ZIARAH ILMUAN PATTANI DARUSSALAM
Khamis, 11 Jun 2026
MENJEJAK KAMPUNG ORANG ASLI BESWOK
Dalam bahasa suku Temiar, perkataan "Beswok" diterjemahkan secara langsung sebagai "buluh". Sumber buluh memainkan peranan penting dalam identiti dan sejarah kampung ini sebagai bahan utama untuk membina rumah tradisional, perkakas harian, dan seni bina chalet.
Penduduk kampung ini terdiri daripada masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar, iaitu salah satu kumpulan sub-etnik terbesar di bawah kategori Senoi. Kampung ini merupakan salah satu daripada lima kampung kecil di bawah pentadbiran kawasan Pos Yum.
Secara tradisional, komuniti Temiar di kawasan Hutan Simpan Piah mengamalkan gaya hidup berpindah-randah dan separa menetap. Mereka bergantung pada pertanian pindah, pencarian hasil hutan, memburu, dan menangkap ikan di sungai berhampiran.
Seiring peredaran masa, komuniti ini beralih kepada kehidupan menetap sambil mengekalkan hubungan rapat dengan alam semula jadi. Penduduk mula mengusahakan tanaman seperti pokok getah, koko, dan lada hitam serta menternak ikan dalam sangkar dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Kehidupan sosial dan kerohanian kampung turut berkembang melalui usaha dakwah serta bantuan badan bukan kerajaan seperti Yayasan Al-Khalifah. Kemudahan seperti Surau Warisan menjadi saksi kepada perjalanan masyarakat Islam di kampung tersebut.
Kampung ini dipimpin oleh Tok Batin Mohd Daud Anjang yang mula memegang jawatan tersebut sejak tahun 2003. Sebelum pembukaan sektor pelancongan, sumber pendapatan penduduk daripada tanaman komoditi agak terhad kerana kekangan status pewartaan tanah.
Isnin, 18 Mei 2026
RINTIHAN RAKYAT PERLIS
Aku hampir tak pernah komen isu politik tetapi kali ini aku rasa nak sembang sedikitlah fasal Program Rintihan Rakyat Perlis ini. Aku tak tahu apa lagi yang nak merintih, selain beberapa ratus orang yang tercicir Bantuan Wang Ihsan bencana banjir tahun lepas, itu pun boleh diperincikan kenapa depa ni boleh tak daftar masa banjir berlaku kecuali beberapa orang tua yang tak tahu guna handphone dan memang tak tahu apa cerita dan berita yang berlaku dalam dunia siber ni?. Jika tentang kemiskinan, rumah buruk, bantuan kewangan bulanan kepada fakir miskin atau yang bekeperluan, hampir semua rumah rakyat yang 'layak' telah dibina dan dibaikpulih oleh MAIPs. YTM Raja Perlis melalui berkayuh basikal masuk kampung dari 60-80 kali setahun kot untuk lihat sendiri keadaan rakyat. Begitu juga bantuan bulanan kewanagan JKM, sehinggakan kes yang sama berulang-kali memohon bantuan biarpun dikenalpasti berkemampuan menyara diri sendiri kecuali beberapa kes yang sememangnya berpunca daripada sikap diri sendiri yang malas berusaha dan suka meminta-minta.
Adakah kes-kes terlepas pandangan? Ada. Itulah gunanya MPKK, JPKK dan Exco kebajikan yang menjadi rujukan rakyat bila ada masalah. Belum sampai darurat seolah satu Perlis merintih dalam musibah.
YDP Majlis Perbandaran Kangar ini satu sekolah dengan aku, dia tua 3 tahun daripada aku. Seorang yang friendly, kalau jumpa dia mesti tegur dan tanya tentang kawan-kawan. Dia memang mengaji akedemik pandai selain handal bersukan sejak dari dulu lagi. Dia main hoki. Bagi aku geng-geng mualaf ini macam Zamri Vinoth, Firdaus Wong depa memang bergelumang kontroversi dan tough dude la, aku boleh fahamlah bila dia buat keputusan-keputusan tertentu memang dia akan pertahan. Aku suka bila mula-mula dia naik jadi YDP dulu, dia sekat pengunaan straw plastik di Perlis. Bagi aku tindakan itu bagus sangat sebab masalah sisa plastik memang teruklah di Perlis ini. Ini langkah mendidik dan mengekang dari lebih banyak sampah berlonggok merata tempat. Satu Perlis melenting sebab kita dah terbiasa dengan trend minum di kedai perlu guna straw. Pada zaman dulu kita elok ja kita boleh minum air dari gelas. Begitu juga di rumah, kita OK ja minum tak guna straw. Kalau beli air ikat tepi tu memanglah guna straw tapi kuranglah sikit pengunaan plastik tu. Tengoklah sisi positif. YDP buat tu bukan dia dapat untung apa pun, dia dapat maki ja.
Sama juga isu sistem parkir pintar, aku fikir nak guna peruntukan awam jutaan ringgit untuk buat kemudahan parkir pintar itu bukanlah keputusan bersendiri, tentulah melalui mesyuarat dan persetujuan bersama. Dan aku percaya, tujuannya bukan untuk buat 'duit buta' (maksud aku sahaja tindas rakyat untuk dapat untung), tentulah untuk jana pendapatan untuk dikembalikan kepada rakyat juga. Untuk selenggara dan baik pulih kemudahan dan bina infrastuktur baharu, sebelum ini rakyat asyik merungut Perlis mundur, kolot, kemudahan tercorot, kotor dan rosak. Kalau komplen sahaja, siapa pun tahu!. Titah Raja Perlis pun begitu, dia suruh rakyat berfikiran macam
Ada yang tak puas hati, depa serang isu YDP kononnya ada isu intergiti? Bagi aku seorang ketua jabatan atau setiap pegawai yang mengawal peruntukan sesuatu jabatan atau agensi yang terkait dengan isu ini sudah jadi lumrah. Jika ada kelemahan pemantauan, ketidakakuran dalam proses pengurusan itu bukan lagi salah laku menyeleweng harta awam selagi pegawai disahkan melaksanakan tugas dengan suci hati.
Baca laporan media di SINI.
Selasa, 3 Mac 2026
KISAH TANAM POKOK KELAPA DAN BINA KUIL ATAS TANAH ORANG
Aku rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit mengenai situasi yang berlaku akhir-akhir ini berkisar tentang kuil yang dibina atas tanah orang atau tanah rizab. Bagi yang tahu, pada tahun 2021 semasa PKP berlangsung aku buka sebuah tapak camping di Kampung Wai, Kuala Perlis jauh sebelum ia jadi popular macam sekarang ini. Aku buat atas tanah rizab JPS yang diselenggara BPEN, lokasinya cantik, esotik, ia bersebelahan sempadan Satun dihiasi Banjaran Nakawan dan terusan projek tebatan banjir yang mengalir ke laut. Berdekatan dengan campsite aku ini, kira-kira 800 meter ada sebuah tokong yang sudah mula naik binaan kekal.
Aku ini tak
beranilah nak buat binaan kekal, yang ada hanya papan tanda dan oven kayu untuk
BBQ. Namun aku bersama kawan-kawan buat penyelenggaraan di sini (potong rumput,
susun batu buat tangga, kutip sampah) secara berkala. Malah sejak kami buat
campsite itu 3 kali sudah jentolak datang musnahkan semua yang kami buat, mereka
jarah habis hingga rata! Memang sedih, tapi aku terimalah sebab ia bukan tanah
aku. Namun aku bersama seorang rakan buat kertas kerja, surat permohonan dan atur
pertemuan dengan pihak JPS untuk mendapatkan kebenaran jaga tempat itu melalui
program Denai Sungai Kebangsaan. Permohonan kami ditolak mentah-mentah atas alasan
kawasan itu berbahaya dan tidak sesuai untuk aktiviti rekreasi. Takpalah.
Tetapi tokong itu? Tidak pernah diganggu pun…. Sehinggalah isu kuil haram meletus!
Pada 3hb Februari lalu barulah tali kuning ditarik oleh PBT. Thanks to Zamri
Vinoth and co. lah.
Aku tak
anti Hindu, ramai sahaja kawan-kawan aku penganut agama Hindu. Ada yang sempoi
dan boleh berfikir dengan rasional. Tetapi dalam isu ini kita dapat lihat ramai
kaum India fikiran depa satu macam punya gelong. Depa punya kas-kas dalam kari
kali ini sudah silap campur. Satu, bagaimana depa punya pertimbangan dalam
tuntutan setelah tibai bina kuil atas tanah milik orang memang tak logik akal
langsung dan kalau kita pusing kes ini, orang bina surau atau masjid atas tanah
depa pun mesti guna matematik sama sahaja. Depa pun mesti nak robohkan dan halau.
Kemudian depa pun nak serang balas, bila ada berita melibatkan tok guru pondok
cabul budak, ustaz liwat budak, wanita muslimah kebetulan berpurdah pecah amanah,
hangpa tengok macam mana depa komen dan maki. Semua perbuatan buruk itu memang
patut pun dikecam. Tapi hangpa baca ayat depa “Ini halal pulak!”, “Ini yang
agama diorang suruh”, macam-macam lagilah seperti itulah bawaan ajaran Islam.
Padahal tak kira Melayu, Cina, India, agama apa pun kita kecam kejahatan dan
penindasan. Kita tak pilih bulu idung!.
Dalam group
Whattsapp taman aku, ada pak cik-mak cik ini depa duk maki pasangan suami
isteri Rohingya yang kait buah kelapa yang depa tanam atas tanah rizab JPS di penjuru
taman kami. Depa punya maki baik punya sebab merasakan buah itu depa yang punya.
Depa gelar Rohingya tu pencuri. Namun dalam Islam mana buleh hang mengaku apa
yang asalnya bukan milik hang sebagai harta hang. Dalam Islam memang ada bab
mengimarahkan tanah, kalau hang tanam pokok atas tanah bukan milik hang, pokok
tu berteduhan kepada orang atau binatang, buahnya dimakan orang atau binatang.
Hang sudah dapat pahala sedekah.
Inilah yang
berlaku sebenarnya, jika kita nak guna atau bina sesuatu atas tanah bukan milik
kita sepatutnya mohonlah keizinan dari tuan tanah, pihak kerajaan atau
badan-badan yang diamanahkan untuk mengurus tanah itu. Ia penting supaya tidak
timbul perselisihan dan pertentangan antara kerajaan atau tuan tanah apabila
mereka mahu membangunkan tanah tersebut. Samada disebabkan kebodohan atau memang
jahat, kesudahannya, pihak penceroboh pula main isu seolah-olah berlaku
penindasan tetapi pada hakikatnya, dari peringkat awal lagi tindakan yang
dibuat itu adalah salah!
Selasa, 16 Disember 2025
SELEBRITI SUMUD FLOTILLA GUNA IPHONE
Isnin, 15 Disember 2025
DR. ASRI ZAINUL ABIDIN VS SYEIKH ZAINUL ASRI
Isnin, 1 Disember 2025
TRAGEDI TANAH RUNTUH WANG KELIAN TAHUN 2025
Selasa, 5 Ogos 2025
BLACK METAL MINTA GERAN KERAJAAN
Aku tak pernah terfikir benda ini akan berlaku? Ya-lah,
walaupun di Eropah dan Barat, muzik ekstrim telah diterima meluas dan sudah
boleh masuk pasaran arus perdana. Kegelapannya masih tersisa.
Suatu ketika dahulu muzik black metal dirintis oleh pemuzik
yang tidak mengikut haluan kanan, mereka yang menyimpang, mereka yang
memberontak, mereka yang mendahulukan kegelapan melebihi kesenian, atau mereka
yang berpegang pada prinsip bawah tanah, karya mandiri dan anti-establishment.
Kini sudah berganti dengan pemuzik mesra pendengar, bimbang digelar sesat,
takut dilabel jahat atau kutu, lebih memilih kesenian dari kegelapan, atau
mereka yang berpegang apa sahaja muzik itu sama; alat untuk cari makan, glamor dan
pengaruh. Bagi mereka main muzik ringan tadah bakul duit di hadapan awek dalam restoran hipster, sama sahaja dengan main muzik berat tadah darah dalam gig yang
ditonton ramai kutu haprak.
Teringat dulu tahun 90-an satu zine xerox yang aku baca wawancara kalau tak silap, bersama God Dethroned (Belanda) depa cerita boleh main dalam satu youth hall milik kerajaan dan ada pegawai Jabatan Belia datang pantau. Itu pun dah kira habis pelik dan sudah macam satu penaklukan syaitan ke atas tempat suci dah ketika itu. Aku yang baca kisah ni, dah sorak dan canang kat kawan-kawan abis dah! Bukan sebab jadi popular, God Dethroned tak glamor pun sampai sekarang ini. Tetapi kira macam UG band berjaya bawa ancaman kepada orang awam-lah!
Masih terngiang-ngiang juga di telinga aku, kata-kata Allahyarham Azmi
Bahari “Kita dahulu main muzik black metal sebab kita sudah muak, sudah tak
boleh pi dengan lagu-lagu glam rock dan hard rock ni. Tapi budak—budak sekarang
main black metal tapi terhegeh-hegeh nak ikut glam rock dan hard rock pulak!”.
Kita lihat sendiri sekarang ini ramai yang cuba putihkan
black metal. Dengan cara mendamaikan ideologi dan kebingitannya agar kedengaran
jinak falsafah dan merdu audionya. Tetapi Pak Pandir pun tak terfikir suatu
hari kerajaan Malaysia akan menyalurkan geran kepada kugiran genre ini! Kan?.
Mungkin hangpa tak percaya, ada band death metal yang sudah terima
geran rakaman, ada band black metal yang terima geran rakaman, ada band black metal
yang terima geran untuk rakaman dan persembahan sekaligus! Apa kesannya?
Dari satu sisi baguslah ada penaja. Dari sisi lain, yang death metal jadi metal cak lempong, yang black metal sudah jadi hadrah! Jadi band kebudayaan habis! Aku rasa MAY atau KRISTAL pun tak minta geran kot? Kalau depa minta pun sesuailah bagi depa. Kenapa? Kerana geran kerajaan pasti ada terma dan syarat yang hang perlu akur. Dan hang perlu iktiraf pemberian bantuan daripada kerajaan.
Kenapa aku ambil pusing sangat hal ini? Aku dengki ka?
Sebabnya adalah satu band black metal ni, aku adalah kasi satu lirik kepada mereka
yang sedang giat merakam mini-album dan merancang siri jelajah tak lama lagi.
Mereka sudah hampir selesai proses rakaman, hari ini aku dapat panggilan dari
frontman mereka. Aku dimaklumkan depa ambil geran kerajaan. Dia merayu dan minta aku ubah tajuk lagu yang aku karang,
katanya pihak kerajaan tak setuju dengan tajuk itu kerana bikin kontroversi dan
gawat?!
Aku dengar punyalah terbakar. Aku minta depa rilis 4 lagu
tanpa lagu aku tu, tapi mereka minta juga aku cari tajuk lain untuk terbitkan
juga lagu itu.
Inilah bahana bila kita bukan lagi leaders… tapi hanya followers. Mungkin sebab ni Darkthrone pun tukar main punk ya?
- R, 5/8/2025 @22:30pm
Sabtu, 8 Mac 2025
KENAPA ADA ORANG MASIH JAHAT PADAHAL SYAITAN DIBELENGGU KETIKA RAMADAN?
Betul tak setiap kali tiba Ramadan, kita akan terfikir
sejenak apabila melihat kelakuan dan gelagat daripada kalangan kaum Muslimin
sendiri yang begitu aneh? Mereka bermaksiat, tidak amanah, sering hilang pertimbangan,
melakukan jenayah seolah-olah bulan ini tiada keistimewaan dan kemuliaan. Ia
bagaikan kontra terhadap hadis;
إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ
أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ
Maksudnya: “Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu rahmat
dibuka, pintu-pintu Jahannam ditutup dan kepala-kepala syaitan pun
dibelenggu.”[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim].
Maka kenapa masih kita lihat ada sahaja manusia yang
terjebak dalam maksiat dan dosa, malah ada yang kerasukan sedangkan bulan
Ramadan adalah masanya untuk mendidik dan melatih jiwa untuk menjalankan
ketaatan kepada Allah tanpa gangguan syaitan? Madrasah Ramadan selama 1 bulan
dalam setahun sepatutnya memberi kesan positif kepada setiap Mukmin dan
Mukminat.
Jawapannya?
Menurut ulama besar seperti ibn Hajar al-Asqalani, Ibn
Khuzaimah dan Imam al-Qurtubi, syaitan-syaitan yang dibelenggu itu bukan
kesemuanya. Mereka terdiri daripada kepala-kepala jin yang ganas dan menentang,
bukan kesemuanya. Maka ada sebahagian lagi yang masih menganggu dari aspek lain
seperti sihir dan sebagainya. Wallahu’alam.
Tetapi perlu kita tahu seseorang yang mengikuti regim madrasah
syaitan selama 11 bulan dalam setahun tentunya tidak akan terkesan dengan silibus
madrasah Ramadan selama 1 bulan kecuali dengan kehendak Allah. Seorang manusia
yang diasuh syaitan sepanjang hidupnya, telah pun menjadi syaitan dari kalangan
manusia dalam sedar atau tidak. Maka tanpa kehadiran syaitan dari kalangan jin untuk
mempengaruhinya pun, dia tetap melakukan kemungkaran dan dosa kerana itulah
kemahuannya sendiri. Ini sebagaimana dalam firman Allah tabaraka wa taala:
ومَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ
“Barang siapa mengikuti langkah-langkah syaitan, maka
sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan
mungkar.” [QS. An-Nuur: 21].
شَيَٰطِينَ ٱلْإِنسِ وَٱلْجِنِّ يُوحِى بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍۢ
زُخْرُفَ ٱلْقَوْلِ غُرُورًا
Maksudnya: "syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dan
jenis jin sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain
perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu manusia" (al-An'am: 112).
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ
٣ مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥
مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
Maksudnya: “Katakanlah wahai Muhammad, “Aku berlindung dengan Tuhan manusia.” “Pemilik dan Raja manusia.” “Tuhan yang disembah manusia.” “Daripada kejahatan was-was bisikan syaitan.”“Syaitan yang mencampakkan bisikan was-wasnya dalam dada-dada manusia.” “Syaitan dalam kalangan jin dan manusia.” (Surah al-Nas: 1-6).
Isnin, 17 Februari 2025
Ahad, 16 Februari 2025
HUKUM MENCURI DAN MEROSAKKAN ALAT MUZIK MENURUT MAZHAB AS-SYAFIEY
Akhirnya muncul juga kes dari senario sebenar tentang isu ini. Pengumuman ini melintas di dinding media sosial aku beberapa hari lalu. Sayu juga aku membacanya. Teringat juga masa aku menjual semua peralatan muzik apabila Faithcraft Studio gulung tikar. Ibuku paling bersedih kerana teringatkan aku saban hari memekak di studio itu. Ada nostalgia di situ biarpun dialah yang paling terganggu ketika studio itu beroperasi dahulu.
Kita boleh lihat mana-mana sahaja di Malaysia rata-rata orang mengaku dia orang Islam yang bermazhab Syafi'ey. Uniknya dalam bab fiqh sahaja, bab akidah mereka tak mahu pula. Ilmu fiqh ini mudahnya tentang cerita 'doa qunut tak qunut', solat sebut 'usoli tak usoli', 'jual beli barang kena ada akad', hal-hal yang jadi polimek itulah.. Uniknya mazhab Syafi'ey di Malaysia ini cukup ligat buat upacara tahlilan arwah sedangkan fatwa Imam Syafi'ey menyelisih amalan tersebut.
“Tidaklah setiap manusia itu akan dibalas kecuali apa yang dia usahakan.” [An-Najm : 39]
Imam As-Syafi’ey juga berkata (tentang hukum di antara orang-orang kafir ahli al-jizyah):
Oleh kerana alat muzik dianggap tidak bernilai dalam konteks syarak kerana penggunaannya adalah haram, maka hukum hudud tidak dikenakan ke atas pencuri atau orang yang merosakkannya. Sebaliknya, hukuman ta’zir yang lebih ringan atau berbentuk denda boleh dikenakan oleh pemerintah.
Jumaat, 14 Februari 2025
HANG MENANGIS TAK APABILA MELIHAT KEPADA ANAK HANG?
Kami dari Perlis sudah bertekad, setiap tahun kami akan buat roadtrip ke KL untuk makan angin dan bertemu rakan-rakan lama. Dalam perjalanan roadtrip tahun ini, kami pun berkongsi cerita tentang keluarga masing-masing, tiba-tiba Chen bertanya "Hang menangis tak bila tengok kat anak hang?". Aku jawab, "Ya". Aku tak panjangkan kenapa, boleh jadi kami berdua pula menangis atas kereta jika dibahaskan masa itu. Chen menutup dengan berkata "Definitely worth crying for laaa."
Namun aku rasa hendak berkongsi di sini, setiap ibu bapa pasti pernah mengalami detik di mana hati mereka tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika melihat anak kecil mereka. Perasaan ini bukan sekadar emosi biasa, tetapi ia berakar daripada fitrah manusia, saat kita kenal inilah dia 'pure love', atau cinta yang paling tulus. Perasaan cinta itu bertambah, berkurang, hilang dan hadir. Tetapi saat menangis itulah kita dapat rasakan cinta yang paling agung, tercapai oleh naluri kita. Iya! Kita tahu ia hanya satu titis dari lautan cinta Allah yang jauh lebih agung tetapi kita tidak termampu menghitungnya. Dalam Islam, kasih sayang terhadap anak-anak dikaitkan dengan tanggungjawab, amanah, dan kenangan terhadap jasa ibu bapa sendiri. Salah satu ayat yang dapat dikaitkan dengan fenomena ini ialah firman Allah dalam Surah al-Isra: 24:
Sabtu, 9 November 2024
LEBAI LUNCUR ALBUM BLACK METAL REISSUE
Baru-baru ini aku terima Whattsapp daripada seorang rakan
main band, dihantarnya tangkap layar seperti di atas tanpa sepatah kata pun?!
Aku fahamlah, dia nak aku komen. Jadi ada baiknya aku komen di sini maka kawan-kawan
yang lain pun boleh baca apa pandangan aku berkenaan seragam tak kena majlis
ini.
Sewaktu aku rajin turun Jakarta dahulu, memang selalulah aku
nampak orang pakai jubah, serban, rida’, bawa tasbih masuk Hammersonic dan
duduk di front row layan Indo-brutal death grind, layan black metal. Bukannya
fenomena lagi, depa ini tak ramai, adalah seorang dua sahaja tetapi ada sahaja
kelibat mereka. Tidak hanya ada di konsert, aku turut jumpa gaya yang
sebaliknya juga di masjid dan surau di sana. Yap! Benarlah juga kata-kata yang sering kita
dengar, “apa yang hendak dipakainya terpulanglah kepada dia, dia bukan minta
duit kau, bukan kacau kau! Yang kau sibuk, kau nak komplen apasal!?”.
Kita pun selalu dengar orang yang sedemikian, terutamanya
selebritilah akan cakap “Walaupun pakaian aku begini, aku seksi, tetapi aku
masih solat, Allah sahaja yang menilaiku!”.
Betul tak?
Namun benarkah ajaran Islam sedemikian? Kefahaman begini
berkait dengan pemikiran irja’ yang membentuk aliran murji’ah. Secara asasnya,
pemikiran ini beriktikad maksiat dan dosa tidak akan menjejaskan keimanan
seorang insan. Atau ringkasnya, amal perbuatan terkeluar dari cakupan keimanan.
Bagaimanapun, Nabi salallahu ‘alaihi wassalam mengajarkan kita hal yang berbeza. Baginda memberitahu kita bahawa
iman itu daripada hati, ucapan lisan dan anggota badan. Iman bertambah dan
berkurangan. Ringkasnya, iman yang ada dalam hati pasti akan memimpin perbuatan. Cahaya pada batin pasti menyinar pada zahir seseorang. Senang kata,
jika dia lebai kaki masjid, amalnya ikut syariat, pakaiannya patuh syariat,
majlis yang dihadirinya juga seharusnya patuh syariat. Dia pasti elakkan diri
dari syubahat. Secara syariatnya begitulah, lainlah kalau dia munafik!
Kita tak mau bincang hukum keharaman muzik bagi 4 mazhab
muktabar lagi. Kita keluar dulu dari perbahasan hukum, dan fikir secara rasional dan santai macam orang
biasa-biasa sahaja dahulu. Kenapa seseorang berpakaian sedemikian di majlis
pelancaran album black metal yang mungkin ketika remaja dahulu merupakan
karya terhebatnya? Kau bukannya GHOST yang berpakaian seperti pope atau
cardinal untuk mengolok-olok agama menerusi muzik?
"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanya bersenda-gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya, kamu selalu berolok-olok?”. [Quran, at Taubah: 65].
Tetapi jika sama niat mereka.
Case closed laaa..
Kita memang tak dapat mengawal persepsi orang terhadap gaya,
imej dan identiti kita. Namun dalam Islam kita disarankan untuk menutup
prasangka buruk bukannya membiarkan ruang tersebut terbuka agar jadi fitnah ke atas diri
kita dan rakan-rakan (kerana mengumpat). Tamsilannya sebagaimana makanan, kita tibai makan
laksa dan sirap dalam pub (konon reti halal-haram) sedangkan rakan-rakan kita
yang lain makan kacang shandong dan bir. Pelik dak? Baik kau takyah datang dari awal!
Semoga rakan-rakan semua terpelihara dari aib dan dosa.
Ra1m1, 11.9.2024@22:53
P/S: Aku suka band ni, dulu aku pernah beli banyak tape daripada frontman-nya, aku pun pernah temubual mereka. Jadi tulisan ini bukan atas dasar kebencian, tetapi satu pandangan jujur sahaja.
Ahad, 23 Jun 2024
SELAMAT TINGGAL ABI SUFFIAN @ NAYYIR AL-FAKKA
Pemergian Abi Suffian bin Mohamad Azim atau Abichimaera atau
Ras al-Ghul atau Nayyir al-Fakka pada 23 Jun 2024 begitu mengejutkan aku, begitu juga
rakan-rakan yang lain. Sifat beliau yang budiman, pemalu dan unik membuatkan dia disenangi ramai. Hanya kenangan dan doa yang baik-baik meniti di
bibir kami semua apabila mendapat berita sedih tersebut.
Aku secara peribadi mengenali beliau begitu lama sekali, kalaulah benar ingatan aku ini kali pertama aku mengenali beliau ketika dia menulis surat sewaktu AU REVOIR menerbitkan “Su’ul Khatimah” pada tahun 2010 atau mungkin juga lebih awal lagi. Ya, beliau asalnya seorang penpal yang rajin menulis bertanyakan khabar berita hinggakan saban bulan aku tertunggu-tunggu utusan Ras al-Ghul dari Kuala Lipis itu. Dia meminati dan menyokong apa sahaja yang aku buat, tak kiralah menyunting zine, menulis lirik, mengubah lagu dan melukis, pasti dia akan membeli dan menyokong kesemuanya. Malah buku resipi masakan yang aku sunting pun dia terlibat menyumbangkan resipi Ungkep Daging Waras Kabare. Dia sebagai pengemar anime, sering juga mencadangkan kepada aku komik dan filem-filem anime yang pelik dan seram agar penulisan dan lukisan aku lebih gelap dan gila. Kemudian kami mula berutusan melalui WhattApp dan Facebook, beliau semakin rancak berkongsi cerita dengan aku apabila beliau berjaya merakamkan demo sulung “Taste my Blade” bersama kumpulan thrash metal yang diterajuinya iaitu HIDING FEAR. Kami berbual tentang segala-galanya sehinggalah aku merasakan dialah peminat no.1 aku ketika itu. Citarasanya unik, dia lebih gemar kumpulan old school death dan doom death yang tepu prinsip UG-nya dan kurang terkenal seperti DECEASED, OPPROBRIUM, AUTOPSY, ASPHYX, GREY SKIES FALLEN, MODAR, dan seangkatannya.
Kami bertemu beberapa kali, dia pasti menyokong dalam apa
jua projek yang aku bangunkan termasuklah WRECKÄR. Ketika kami diundang ke
Raub oleh arwah Fendi aka Jorn untuk gig Bertukang Malam-Malam pada tahun 2014, dia
tak jemu-jemu melayan karenah kami, dan bersama kami setiap saat. Kami pergi
mandi air terjun Chamang bersama kawan-kawan dari kumpulan ATOMIC DEATH,
HEREAFTER lepas gig itu. Kenangan manis juga kerana dapat makan nangka madu beramai-ramai pada hari itu.
Kemudian ketika kami diundang ke Johor oleh Eddie TFHM untuk
2 siri gig, di Stopzone dan The Wall pada tahun 2012, dia juga antara rakan
yang setia melayan karenah kami dan merakamkan kenangan manis yang kami
sentiasa bualkan hingga hari ini.
Antara yang bagus tentangnya lagi, dia tidak pernah expose
hal rumah tangganya di media sosial dan kekalkan ruang itu sebagai platform
aktiviti muzikal dan persahabatannya sahaja.
Apabila aku mula meminimalkan aktiviti muzik dan mula giat
dalam kegiatan dakwah, aku dapat merasakan hubungan kami mula merenggang, entah
bagaimana Abi memilih untuk bersetuju aliran agama mainstream dan gusar dengan
pendekatan salafi yang merupakan ‘cara beragama’ bagi aku. Mungkin
ustaz-ustaznya menasihatinya agar tidak terpengaruh dengan puak yang pentingkan
nas dan dalil seperti aku. Sejak itu dia pun tidak berminat dengan aktiviti
aku lagi. Tetapi aku OK sahaja, dan tetap berinteraksi dan menyapa beliau
setiap kali cicipan menarik tentang beliau melintas di dinding media sosial aku. Bagi
aku, dia selamanya rakan baikku. Aku sentiasa mendoakan segala kebaikan buat Abi
Suffian dan keluarganya.
Itulah sahaja yang dapat aku kongsikan tentang sahabatku
ini. Innalillahi waina ilayhi roji’un.

.jpeg)
















