Rabu, 11 Januari 2012

MAJALAH KARISMA ISU NO. 20 JANUARI 2012


Saya sambar majalah ini sebaik sahaja melihat Judas Priest menghiasi kulit depan serta memuatkan temubual eksklusif bersama Rob Halford. Malah itu kandungan yang saya baca pertama sekali. Agak menarik walaupun kebanyakan isi telah dibaca dan dijawab beliau dalam ratusan temubual di dalam majalah dan webzine yang lain. Jadi benarlah kedatangan mereka untuk siri tour jelajah dunia di Singapura dan mereka akan berkongsi pentas bersama Lamb Of God. Apa yang pasti saya tidak akan ke sana kerana kerajaan Singapura telah mengharamkan saya menjejak kaki di sana, dan saya pun tidak kebulur untuk ke sana. 

Lagi-lagi cerita mengenai Search dan Loudness?! Ruangan artikel telah diselamatkan oleh Dr. Ben yang bercerita mengenai keunggulan lagenda Celtic Frost yang berkubur bersama sejarah yang memalukan. Ulasan panjang lebar dari dua jurnalis mengenai tour Children Of Bodom dan dilengkapi dengan poster-poster band yang ditampilkan dalam isu kali ini. 

Flyer tour SEPULTURA di Kuala Lumpur pada 7 Februari 2012 ini dijadikan kulit belakang majalah ini. Dapatkan majalah ini untuk santai. Saya habis membaca kandungannya dalam masa 30 minit sahaja.


Karisma Production, PO BOX 9, 75700 Melaka, Malaysia
Tel: +6013-6363558

Untuk langanan setahun ( 12 isu ) harganya RM90 bagi Semenanjang Malaysia dan RM120 bagi Sabah dan Sarawak.

Pembayaran menerusi CIMB: Karisma Production (0410-0000-3021-09)

Selasa, 10 Januari 2012

APA ADA PADA DRAM?



Sebelum mempunyai set dram sendiri, saya seorang yang tidak pernah kisah dengan pemilihan drum stick. Bagi saya semua kayu pemukul dram adalah sama sahaja, bezanya kayu itu kuat atau rapuh. Dan seringkali stick yang saya gunakan patah walaupun baru dibeli disebabkan teknik ketukan yang tidak betul. Ini terjadi disebabkan salah sasaran, hanya mementingkan kekuatan bukan tona yang terhasil, serta kesilapan teknikal (misalnya kerusi terlalu rendah). 

Jangan menyalahkan stick yang murah, kerana melalui pengalaman saya walaupun stick itu berharga RM10, dengan permainan yang baik dan berteknik, anda mampu bergendang biar pun lagu “Funeral Fog” dan stick itu tetap boleh bertahan sekurang-kurangnya seminggu jika dibelasah setiap hari pun. Dan saya sendiri pernah menyaksikan stick berjenama Pro-Mark pun boleh musnah dalam masa sejam untuk lagu Bunkface dan cymbal Zildjan 16” saya berkecai dengan hanya lagu Sudirman. Ini semua angkara beginners.

Sebelum ini saya tidak kisah soal jenama atau saiz, bagi saya ia sama sahaja. Tetapi setelah sekian lama bermain dram. Saya tidak boleh bermain malah kekok jika mengunakan stick yang ringan, dan tidak selari beratnya. Manakala pengunaan stick fibre boleh menjejaskan tona-tona yang dihasilkan, dan lebih ketara jika digunakan semasa rakaman. Sila cuba jika anda tidak percaya!? 


Kini saya mengunakan stick Tama – original series yang dibuat dari kayu Oak. Diameter 14mm – panjang 406mm.

Cakap tentang beginner, teringat kali pertama mengetuk dram sekitar tahun 1995. Itulah kali pertama saya mengetuk dram bersama Roohi dan Ronnie di sebuah studio bersebelah Pasaraya Taman Kemajuan (PTK). Walaupun telah berkecimpung dalam kancah rock ‘pelik-pelik’ lebih awal lagi, itulah kali pertama terdetik untuk menjadi pemuzik pula. Lagu yang kami mainkan adalah Boo Hoo Clapping Song dari Carburetor Dung. Itu pun mendapat tunjuk ajar dari Kedom aka Nurul yang terlebih dahulu hebat dalam bermain dram.

Sejak itu sebulan sekali kami jamming lagu mkarut mengarut, tetapi memang terhad pembelajarannya. Saya tidak pernah berlajar muzik secara formal, malah waktu itu nak research pakai Youtube pun takda. First time cuba tengok-tengok gaya permainan drum yang aggresif di rumah Annas, bila berpeluang menyewa VHS Sepultura “Under Seige”, itu pun kabur dan kualiti bunyinya teruk. Jadi waktu itu bila terkejut mendengar hentakan dram dari kaset-kaset Death, Cancer, Samael, saya hanya mempu berimaginasi bagaimana mereka melakukannya?

Apabila berpeluang melihat Blackfire jamming di studio yang sama. Baru tahu bagaimana lagaknya seorang pemain dram. Hehehe. Permainan dram yang hebat dan bertenaga mampu menyuntik satu macam semangat ke dalam muzik. Dari situ saya makin bijak menilai samada pemain dram itu lebih terarah kepada aspek teknikal atau keganasan semata-mata. Kedua-duanya mempunyai keistemewaan tersendiri mengikut genre muzik yang dimainkan.

Dari struktur dram sebenarnya kita dapat menjangka latarbelakang pemuzik itu biarpun tanpa membaca mengenai sejarah mereka, walaupun petikan gitar lebih berprofil dalam mengenali identiti sesebuah band. Sebagai contoh cuba kita dengar ketukan kumpulan Mr. Big dan bandingkan dengan Venom. Dengan mudah kita tahu Mr. Big adalah kumpulan yang ahlinya belajar muzik secara formal dan menulis lagu-lagu dengan landasan-landasan yang telah ditetapkan. Manakala Venom, kumpulan yang tahu beberapa kord, tetapi rajin berlatih, kurang ajar dan menulis lagu dengan rakus serta tiada undang-undang. Mana yang lebih baik? Bagi mereka yang suka rock ‘pelik-pelik’ seperti saya pasti mereka memilih Venom kan?!

Lombardo - memang gila hentakan dia!

Kumpulan seperti ini selalunya mementingkan aspek agresif dalam muzik dan susunan dram mereka. Mereka lebih banyak mengunakan ‘riang’ ( kata orang Utara  bermaksud ‘tenaga’) lebih dari teknik. Jadi tona-tona lebih timbul dan showmanship kelihatan lebih ektrim walaupun sebenarnya permainan mereka biasa sahaja. Rujuk, Lars Ulrich, Abandon, John Bonham, James Kottak, Fenriz, Hadi.

Saya sendiri tergolong dalam kategori drummer yang lebih mengunakan ‘riang’ dari teknik. Memang sukar untuk diubah kerana kami bermula sebegitu dan pengaruh muzikal kami adalah mereka-mereka yang sedemikan.

Dan sekarang adalah era, pemain drum bermain dengan bersahaja, hyper-laju, tona-tona sekata dan kaku, blast-beat, triggered, dan mekanikal. Permainan kami adalah sesuatu yang ketinggalan dibelakang.