Rabu, 26 Mac 2014

33 PESAN NABI ‘JAGA HATI, BUKA FIKIRAN’ VOLUME 2


Komik berpaksikan hadis Bukhari dan Muslim ini dinobatkan salah sebuah buku terlaris di Indonesia. Dilakarkan dan diceritakan dengan santai dan sarat dengan jenaka tetapi berhikmah oleh Vbi_djenggotten atau nama sebenarnya Veby Surya Wibawa dengan dorongan oleh isterinya Mira Rahman. Komik berunsur akidah ini mungkin terilham dari kemunculan komik-komik negara matahari terbit , Jepun yang terlebih dahulu mengunakan kaedah ini bagi menyampaikan dan mendidik penduduk-penduduk cilik negara tersebut mengenai agama-agama di dunia. Karakter-karakter kartun jelas memberikan impak kepada pemikiran kanak-kanak dan remaja.

Vbi banyak mengadaptasi kehidupannya sendiri dalam beberapa bahagian seperti keluarga 3 beranak pada prolong dan watak seperti Bang Ucop dan teladan-teladan yang dibawakan oleh watak tersebut berkembang luas sehingga merangkumi segala peringkat status masyarakat. Vbi berjaya mengaitkan pula watak-watak dan jalan ceritanya dengan hadis-hadis pilihannya dari riwayat al-Bukhari dan Muslim.



Lukisan-lukisan Vbi juga comel, kemas dan ada identiti. Pembaca juga tidak perlu khuatir kerana edisi Malaysia ini telah diselaraskan kepada Bahasa Melayu untuk pasaran tempatan.

Diterbitkan oleh Humaira Bookstore Enterprise dan telah diulang cetak sebanyak 2 kali dalam tahun 2013 dengan harga RM15.90 senaskah. Naskah saya mempunyai ralat dan kehilangan muka surat 68, 69, 72, 73, 76, 77, 80, 81, 84,85, 88 dan 89 yang telah menjejaskan mood saya namun ia bukan salah Vbi sebaliknya pengilang buku ini.

Sesuai untuk bahan bacaan semua peringkat.

humairabookstore@gmail.com
www.haltebikumiku.com

Rabu, 12 Mac 2014

FIDOFILIA YANG HINA


Pedophilia, also spelled paedophilia is psychosexual disorder in which an adult has sexual fantasies for a child.

Dalam Bahasa Melayu ia disebut fidofilia bererti seorang lelaki dewasa yang berahi untuk melakukan aktiviti seksual bersama kanak-kanak.

Tidak lama dahulu saya pernah mengisahkan pertembungan saya dengan seorang zoophilia. Tidak sangka Jumaat yang lalu telah menemukan saya dengan seorang fidofilia. Ia bukan fiksyen, bukan cerita atas cerita tetapi bertemu dan mengendali kes tersebut secara langsung. Biarlah siapa dan dimana menjadi rahsia. Tetapi apa yang kita pernah baca atau tonton dalam 3GP, MP4 sebelum ini memang benar-benar wujud dan ia bukanlah kes terpencil, malah sedang berleluasa. Jika di Barat, penah didedahkan sebuah perkampungan di Texas yang semua golongan lelakinya fidofilia menjadikan agama sebagai topeng mereka yang mendera kanak-kanak serta wanita tanpa diberi ruang mengenal dunia luar dan mengangapnya sebagai tuntutan agama.

Sukar untuk mengenal pasti siapa itu fidofilia? Mereka bersembunyi dengan perwatakan atuk penyayang, ustaz yang warak, paderi yang budiman, sami yang pendiam. Ada juga dakwaan semua lelaki itu cenderung pada fidofilia, sehinggakan sebuah dokumentari (2012) mengenai kecenderungan itu filemkan. Lihat Are All Men Pedophilia?

Kisah saya terjadi selepas mendapat aduan mengenai seorang lelaki berusia 81 tahun yang sudah uzur dan bergerak mengunakan tongkat disergah ketika sedang menindih mangsa, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun. Kedua-dua sedang berbogel ketika diberkas. Walaupun belum sempat memasukkan ‘alatnya’, keduanya berada dalam keadaan amat aib ketika itu. Si tua berjaya meloloskan diri yang menyebabkan saya bersama rakan-rakan melancarkan gerakan hingga ke malam untuk menjejaknya. Segala modus operandi si tua berjaya didokumentasikan melalui MP4.

Si tua memberi imbuhan kepada seorang kanak-kanak (tidak dapat dipastikan wang, atau makanan?). Si kanak-kanak bersama 2 orang kanak-kanak sebaya lagi ke sebuah bangunan yang mempunyai bilik kosong dan terbiar. Si tua mengikut dan masuk ke bilik, manakala kanak-kanak telah siap sedia berbaring dan bogel. Dua orang rakan diluar menjaga kawasan dan bertindak mengawal keselamatan. Tetapi mereka awal lagi telah diberkas. Manakala si tua mula berbogel dan menindih. Sebuan dilakukan!

Jujurnya saya tidak dapat tidur lena memikirkan kejadian itu pada malam itu. Bingung. Marah. Hairan. Bagaimana seorang tua. Seorang yang sangat tua, pengotor, kurang penglihatan, busuk, malah tidak mampu berjalan dengan betul mampu memikat seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang comel. Walaupun diupah beberapa ringgit? (mungkin hanya RM1! Percayalah!). Dan saya hairan bagaimana si fidofilia dapat mengenal pasti potensi kanak-kanak tersebut terhadap aktiviti seksual? Bagaimana kanak-kanak usia begitu mampu menghadapi asakan seksual si tua tersebut, walaupun jelas ketika diberkas kanak-kanak tersebut menutup wajahnya kerana tidak mampu melihat muka si tua. Tetapi dari segi perancangan tersebut. Mereka dah berkali-kali melakukanya.

Bagaimana kanak-kanak tersebut mempunyai pasukan untuk memperdangangkan tubuh? Gila.. memang gila. Bagaimana kanak-kanak tersebut sangat bijak, dan sempat menipu namanya beberapa kali di saat genting ketika dia diberkas?!

Bingung. 


Begitulah betapa seriusnya fidofilia dalam masyarakat walaupun kedengaran seperti khayalan. Ini bukan cerita purba dari kota Sodom atau Kota Rome. Ini cerita si tua yang telah menunaikan haji dua kali dengan kapal laut. Si tua yang bercucu dan bercicit seusia mangsanya. Si tua yang tidak pernah buang ketayap dan hanya berbaju Melayu sepanjang usia emasnya.

Si kanak-kanak pula? Saya pasti sebijak mana pun dia. Dia belum pasti apa yang dilakukannya betul atau salah. Dia perlukan wang. Dia kanak-kanak yang daif dan perlu kasih sayang. Mungkin dia seorang nymphomaniac? Atau dengan kisah hitam ini dia bakal menjadikan dia nymphomaniac?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...