Khamis, 24 April 2014

PEMBATALAN KREATOR: LIVE IN KUALA LUMPUR 2014


Sebelum bercerita panjang mengenai tragedi paling menyayat hati dalam sejarah metal tahun ini, biar saya bercerita sedikit sebanyak mengenai siapakah Kreator dalam hidup saya. Sebenarnya saya berhenti membeli sebarang album dari mereka selepas album “Endorama” dan paling terkini saya dengar melalui online adalah lagu “Violent Revolution”, ia menyengat tetapi masih tidak mampu mencuri perhatian saya untuk mengali lagu-lagu baru mereka.

Apa yang boleh saya puji dan kenalpasti mengenai Kreator mereka adalah antara band Thrash Metal yang mempunyai susunan muzik terlaju pada era 80-an, manakala vokal Mille Petrozza adalah prototype kepada pengenalan black metal 90-an yang bernyanyi secara jeritan mentah dan kasar. Dan semua pentaksub metal pasti setuju jika disenaraikan selain SLAYER dan POSSESSED. KREATOR, SODOM dan DESTRUCTION turut menyumbang kepada wujudnya genre ‘death metal’. Mungkin bagi banyak orang mereka memilih “Terrible Certainty” atau “Pleasure to Kill” sebagai album terbaik Kreator, tetapi saya memilih “Extreme Aggression” sebagai inspirasi dan album pilihan peribadi yang mempengaruhi saya sepanjang zaman.

KREATOR bagi yang tidak penah mengetahuinya, (benar! Ada yang lebih tua dari saya tetapi langsung tidak pernah dengar nama Kreator walaupun zaman sekolah dahulu logo-logo mereka diconteng di serata dinding makmal dan tandas!) adalah kumpulan speed metal dari Essen, Jerman yang ditubuh pada tahun 1982 dengan nama asal TYRANT, kemudian TORMENTOR dan menukar kepada KREATOR pada 1985 kerana menukar haluan akibat dipengaruhi kejahatan muzik VENOM. KREATOR bukanlah kumpulan picisan di Eropah, status mereka adalah setanding METALLICA, dan WAJAR dihormati MELEBIHI Metallica yang tidak luntur jatidiri sejak dari dahulu lagi. Itu pandangan saya.

Selain pernah bergabung dengan Frank Blackfire dari SODOM, populariti mereka penah merudum pada 1992 hingga 2000 kerana cuba membuat pembaharuan dalam muzik. Namun, KREATOR selagi Mille Petrozza meneraju sebagai tunjang lirik kreatif dan penulisan muzik, pemain gitar utama serta penyanyi, begitu juga Jürgen “Ventor” Reil sebagai janakuasa di bahagian pukulan dram. Ketulenan muzik KREATOR masih terselamat. Berikut adalah discografi studio album mereka:

Endless Pain (1985)
Pleasure To Kill (1986)
Terrible Certainty (1987)
Extreme Aggression (1989)
Coma of Souls (1990)
Renewal (1992)
Cause of Conflict (1995)
Outcast (1997)
Endorama (1999)
Violent Revolution (2001)
Enemy of God (2005)
Horde of Chaos (2009)
Phantom Antichrist (2012)

Saya puji imej Kreator yang ringkas dan sama sahaja sejak dari dulu serta Mille tidak pernah membubarkan KREATOR sejak dari dahulu, berbeza dengan DESTRUCTION yang penah berkubur dan bangkit semula serta semakin merapat pada imej SODOM yang kini mempergunakan imej militant sepenuhnya. Saya telah lihat persembahan DESTRUCTION ia sangat hambar!! Tiada istimewanya. Maaf!

KREATOR walaupun tanpa saya kaji mendalam, Mille jelas hanya menumpukan lirik mengenai politik dunia, masalah sosial, tekanan psikologi dan serangan terhadap institusi gereja. Mille konsisten terhadap topik tersebut dan tidak sesekali ‘satanik’. Sekurang-kurangnya bagi saya.

Satu-satu benda yang nampak ‘mungkar’ pada Kreator adalah gaya nyanyian Mille dan mascot ‘jin’ mereka. Itu sahaja.

Sebenarnya keterjuaan saya untuk melihat Kreator sudah lama pudar. Rasanya sayalah satu-satunya penonton yang hadir pada hari itu yang langsung tidak marah pada Demigod dan rakan-rakan. Saya redha sepenuhnya tragedi ini sebagai takdir Ilahi dan ada hikmah dalam sesuatu kejadian. Tetapi apabila melihat rakan-rakan marah, saya pun pura-pura marah. Hakikatnya saya hanya ralat kerana adik bongsu saya kempunan untuk melihat gig pertama dalam hidupnya. Saya mahu menjadikan hari ini sebagai peristiwa penting dalam diari hidupnya kerana inilah kali pertama kami berdua keluar bercuti bersama dan kali pertama dia datang ke KL. Melihat dia gigih mengulangkaji dan mendengar lagu-lagu KREATOR seharian dibilik hotel membuatkan saya sedikit kecewa bagi pihaknya.

Alah apalah sangat pembatalan gig KREATOR ini. Jom tengok discografi gig/konsert yang pernah membuatkan saya kecewa tak sudah. hahaha! Jom!

1. BLACK SABBATH (terpaksa ditukar kepada HEAVEN AND HELL kerana Ozzy memfailkan hakcipta bersama) pada 27 Oktober 2007 - (Tiket yang telah dibeli terpaksa dijual pada Leen, isteri Redza HEREAFTER kerana dalam masa yang sama saya telah mendapat surat pindah untuk bertugas di Kedah, sibuk dengan urusan pindah, cari rumah dan segalanya di Gurun. Ekonomi pun merudum. Paling kecewa, saya sendiri dah sedar ini pasti kali terakhir mendiang Ronnie James Dio akan datang ke rantau ini.)

2. MARDUK pada 7 Disember 2010 - ( masalah passport dengan pihak immigresin Singapore, tiket terpaksa dijual, tambang perjalanan dan sewa hotel lesap)

3. MORBID ANGEL pada 25 Mei 2011 - ( masalah passport dengan pihak immigresin telah saya uruskan tetapi rupa-rupanya saya diharamkan masuk ke Singapore selama 3 tahun, tiket terpaksa dijual, tambang perjalanan dan sewa hotel lesap. Haram jadah Singapore!)

4. ROTTING CHRIST pada 28 Januari 2014 - ( masalah rusuhan di Bangkok tetapi saya tidak hirau namun beberapa jam sahaja lagi ingin berlepas. Gout menyerang. Tiket flight pergi-balik lesap!)

Jadi? Setakat ini, biasalah. Saya bersyukur juga ianya batal daripada tengah rancak layan KREATOR beraksi di atas pentas, tiba-tiba ada serbuan dari Polis dan AADK. Kita semua diangkut dalam black maria dan bermalam di lock-up. Saya sebagai penjawat awam. Adik saya sebagai pelajar. Hancur reputasi kami berdua.

Menoleh kembali kebelakang, pada 25 September 2005 ketika KREATOR buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Tanah Melayu ini. Saya turut berada ditempat kejadian. Teringat lagi waktu itu tahun pertama saya berkerja disana, hidup dirumah bujang bersama rakan-rakan dari DEVASTATOR. Kami semua orang-orang papa yang sedang bertarung untuk hidup. Jadi saya dan Chainsore @ Syed hanya melepak di pintu pagar masuk sebagai ‘penyambut tetamu’. Bila KREATOR mainkan lagu-lagu meletop mereka, saya dan Chainsore akan berlari panjat tingkap tandas Backroom (Panggung Wayang di Jalan Chow Kit yang diubah suai menjadi restoran dan tempat gig) dan mendengar melalui lubang tingkap tandas tersebut. Sebenarnya Lan dari Penang mahu belanja tiket gig tersebut, masih terngiang katanya lagi “Ini Kreator bukan mudah depa nak mai”, tetapi saya lepaskan kerana kesian pula mahu biarkan Chainsore menangis kesorangan ditepi pagar Backroom. Dan saya masih ingat pada waktu ini isu black metal juga masih panas, beberapa orang rakan hanya berada diluar kerana bimbang serbuan dari polis. Tetapi semuanya berjalan lancar walaupun pihak Rela penuh berkawal di luar Backroom.

Pada 23/4/2014 kami tiba jam 9.30 pagi di Jalan P.Ramlee disebabkan ingin mudah dan kos yang masih dalam tangan. Kami menyewa bilik di Cabana Inn betul-betul dihadapan Scandals Club yang terletak bersebelahan Irish Bar, Healy. Kawasan urban yang popular dengan kaki ‘ayam’ dan kaki techo. Kami rehat dan rawat letih penat hingga ke tengahari. Muniff dari Metal Porn Production yang bertugas berhampiran pula membawa kami makan tengahari selera kampung disebuah kedai ajaib/tersembunyi dicelah-celah bangunan pencakar langit dengan menu dan harga yang sempoi! Muniff yang sememangnya yakin dengan kerja-kerja Demigod begitu bersemangat dan ceria menanti jam 7.00 malam tanpa mengetahui apa yang sedang menanti. :)

Sekurang-kurang adik saya dapat melawat Galeri Seni Lukis Petronas. Harapnya ia dapat memberi inspirasi.
Jelas teruja menanti kehadiran Mille dan geng petang nanti!
Jam 5.00 petang, Faiz ATOMICDEATH menelefon memaklumkan sedang meredah hujan lebat dan memberitahu ada desas desus gig KREATOR dibatalkan. Aku terus menghubungi wakil ejen penjual tiket dan sumber paling boleh dipercayai Masumi GORESLUT. Benar, gig dibatalkan jika diteruskan juga Polis, DBKL dan JAKIM akan buat serbuan. KREATOR telah berada di Scandals Club, sistem bunyi telah dipasang ketika itu, malah ratusan crowds telah pun menunggu di situ. Saya bersama adik saya bergerak ke Scandals Club untuk meninjau dan menyiasat apa kata mereka.

bersama anggota BLOOD LEGION. Kecewa semuanya!

Kebanyakkan crowds masih berkampung dihadapan Scandals Club dengan satu harapan. Keajaiban berlaku. Namun apa yang boleh metalheads sebanyak mungkin hampir 1500 orang ini lakukan. Ini beberapa isu yang timbul sepanjang kami berada di Scandals Club malah promoter dari selatan Eddie The Four Hoursemen turut menghubungi saya bertanya khabar dan berkongsi pengalaman. Mari kita kaji dan buat sedikit analisis dari khabar angin, fitnah, andaian dan fakta yang timbul pada petang itu;

Pertama kali anda beli tiket early bird atau pre-sale pernah tak terlintas ‘wow Demigod Records, boleh plak ya?!”.

Setibanya saya di Scandals Club, rumor pertama yang sampai ke telinga adalah gig dibatal kerana disabotaj oleh seseorang promoter yang lebih besar dan legend di dalam scene ini sendiri yang mahu memonopoli semua gig/konsert band-band luar negara di Malaysia.

Kewibawaan POLIS dan DBKL telah tercalar apabila pengunaan dadah sintetik dan alcohol diluar kawalan semasa konsert trance, Future Music festival pada 14 Mac yang lalu hingga menyebabkan 6 kematian. Masyarakat dan media telah mencetuskan kebimbangan sosial dan mempertikaikan keberkesanan pihak berkuasa! KLIK UNTUK BERITA PENUH >>

Ada pihak mendakwa DBKL mahukan sogokan RM50K waktu itu juga bagi melancarkan urusan?

Katanya DBKL mahu menarik semula kelulusan namun perlu berkerjasama dengan JAKIM untuk mengagalkan gig tersebut. JAKIM pula perlu berkerjasama dengan pihak POLIS untuk melakukan serbuan. Semua tindakan ini berlandaskan aduan awam. JAKIM akan mengunakan isu ajaran sesat, black metal melalui bukti tajuk album KREATOR terkini dan sebelum ini “Phantom Antichrist” dan “Enemy of God” yang sememangnya sensitif di Malaysia.

Kata promoter-promoter lama sepatutnya, dari awal lagi pihak Demigod Records harus bersedia, permit adalah sesuatu benda yang sangat-sangat rapuh dan boleh dibatal serta-merta. Oleh itu pemilihan venue sangat penting. Bila ia melibatkan kelab-kelab malam. Anda telah mengambil risiko tinggi bila tahu gig ini semestinya bakal dihadiri oleh 80 % orang Melayu/Islam manakala premis ini menjual arak secara terbuka. Ia meletakkan pisau dileher sendiri bila kelab tersebut terletak dikawasan sosial yang terkemuka. Jalan P.Ramlee!!

Dikatakan juga, Demigod Records hanya berharap sepenuhnya kepada permit pusat hiburan tersebut untuk menganjurkan gig KREATOR ini dan tidak terus ke badan-badan bertanggungjawab yang lain? Muniff METAL PORN menyangkal dakwaan ini dan memberitahu pemilik Demigod bukan calang-calang orang, selain berduit, beliau juga penjawat awam. Jadi pasti dia tahu selok belok urusan rasmi kerajaan.

Anda (Demigod) sebagai orang-orang hartawan perlu juga belajar dari promoter-promoter lama jika mahu menganjurkan sebuah gig mega yang melibatkan kumpulan tersohor dari luar negara. Bak kata pemilik TFHM memang perlunya hubungan dengan individu politik dan diplomatik dengan kedutaan negara mereka bagi melancarkan persembahan ini. Jangan main redah aja!

Ada pihak yang rapat dengan sumber DBKL memaklumkan lesen perniagaan Scandals Club telah lama luput? Begitu pula.

Hairan kenapa mereka tewas kepada tabloid Harian Metro dan sanggup mengiklankan gig ini sebagai strategi meningkatkan penjualan tiket? Sedangkan mereka tahu Metro adalah media massa yang paling kejam terhadap muzik metal dan gemar melemparkan tuduhan liar kepada aktivis muzik bawah tanah.

Untuk mengatakan Demigod tidak menjalankan tugas dan tidak bertanggungjawab pun tidak adil. Sistem bunyi telah terpasang, KREATOR pun telah siap berada di Scandals Club awal dari jam 7.00 malam bagi memeriksa peralatan dan bunyi. Hal kebajikan KREATOR dan pembayaran semestinya mereka telah lunaskan dan kerugian itu adalah sesuatu yang pasti mereka tanggung. Pihak Demigod pasti lebih kecewa dengan peristiwa ini.

Bagi yang tidak tahu, Mille Petrozza adalah pemain fenomena bola keranjang yang berbakat besar dan pernah dianugerah cincin NCAA championship semasa bermain untuk Michigan State. Jika diamati Mille turut menulis lagu-lagu tentang sukan kegemaran beliau ini bagi mengenang kembali zaman kegemilangan beliau. Jika tidak kerana kecederaan lutut yang memaksa beliau mengundur diri, wajah thrash metal dan death metal pasti tidak seperti apa yang kita ketahui hari ini.



Sesi ‘Meet and Greet’ yang digantikan pada jam 8.30 malam di hadapan kedai Rudi Karunguni, Campbell Complex yang diadakan bagi meredakan kekecewaan crowds hanya dihadiri sebilangan kecil peminat. Kebanyakan mereka yang lain terus pulang dengan seribu kemarahan. Stuffs di semua metal shop dan distro-distro dalam Campbell Complex laris macam pisang goreng terutama LP-LP KREATOR yang mereka beli semata-mata untuk tandatangan.

Ikuti kenyataan dari pihak Demigod sendiri mengenai pembatalan gig ini;

Greetings. It's almost 24 hours after the incident. On behalf of the organizer/ promoter not much we can say for the first word other than Sorry. We feel sorry for the fans, for those who already bought the ticket, for those who travel across the sea, across the state, and across the country, for those who promote, those who helps us selling the ticket and last but not least for Mille & Co.

As the rumors spread, show is forced to take down due to interference by a religious enforcement department. Everything else is well-planned and all documents are ready, the band has already there, venue is ready with all the equipment, and not to forget the fans are also there. We have no intention to cancel the show at the last minutes at all as everything is almost ready to kick start. If we got nothing, we wouldn’t even publish the show info in Metro Ahad on Sunday, April 20th.

Everything went smoothly until at 4pm on the show day (just another 4 hours before Kreator supposed to take over the stage), we got a verbal warning through a phone call by DBKL (Kuala Lumpur City Hall) asking to cancel the show due to the fact that the society complaint and believe it’s a “Black Metal Show”. If we proceed, they are ready for the raid together with IPK Dang Wangi.

We have 3 options at that moment:

1. Continue the show and get ready for a terrible certainty.
2. Change the venue for the last minute.
3. Cancel the show.

First option seems to be too risky. We just ignore the warning and continue with the show, so that you guys can enjoy 2 or 3 songs from Kreator before the raid. However, the major issue is the band members and their crews. Sure there will be a diplomatic issue as it involved Germany’s and Austrian citizens. Worse, they have to cancel all their remaining 4 tour dates until this Sunday, April 27th. Some of you guys may also get the risk of staying in lock-up for a night or up to one week. And sure last but not least, another episode of mega stories of Black Metal issues will boom in the newspaper for almost a month.

Second option is much better. Right after we got the warning, we tried our best to get an express venue although the set-up is almost done at Scandals Club and Kreator just began their sound check. First alternative is Bentley Music Auditorium in Damansara. Unfortunately, the venue is booked for 2 days as they get an event on the next day, April 24th and the organizer have already start their set-up at the time we get in touch. While Black Box @ Solaris Dutamas isn’t possible at all as the venue is fully booked the entire month of April for exhibition. Last option that bears another high risk is the nearest KL Live, it just take few minutes walking distance from Scandals Club. However, due to security issue we have no deal as it won’t change anything. Other venue such as Alt HQ @ Fahrenheit 88 and Malaysian Rock Café (as suggested by few) does not meet the specification required by Kreator and their management. Everything seems impossible.

At around 5.30pm, two DBKL officers come to the venue to hand over a written short notice to the club’s manager to cancel the show and close their business for the night or else just get ready for any possibilities. With the official and formal last warning, in regards of the security issue of the band members and their crews, the crowd itself and the venue, we eventually come to the hardest decision to choose the third and last option, cancel the show at last minutes; less than 2 hours before the doors open.

As for the tickets, we gain nothing out of the sold early birds and pre-sales ticket. Perhaps, we even loose all our capital. Band already got paid in full. Not that they didn’t perform, they will not get paid. Band payment is already settled in early April, or else they wouldn’t even be in Kuala Lumpur at all. Hotel, flight, venue, backline and rider are also booked and paid. Everything is ready for the show.


This is the summary of where your money for the ticket and our capital goes:

1. Bands (Payment + Fees + Permit Purposes):RM32200
2. Flight cost: RM12000
3. Backline & Rider: RM17800
4. Venue rental: RM5000
5. Hotel (8 rooms of 4 star hotel x 2 nights as required): RM2600
6. Meal (2x Lunch, 2x Dinner + 1x Breakfast for 8 people): RM3400
7. Transportation (Van rental + fuel + toll + parking for 3 days for 3 cars & a van): RM1500
8. Miscellaneous (Printing of ticket & flyers, band ride around town etc): RM500
Total summation of all cost is RM75000

Now, we take a look at the pre-sales ticket:

Early Birds: RM100 x 130 buyers = RM13000
Pre-sales: RM120 x 340 buyers = RM40800
Total collection: RM13000 + RM40800 = RM53800

As some of you lost your RM100 or RM120 for the ticket, so do us. We also lost more than RM20000 of our capital for canceling the show. However, as mentioned earlier, the security of the band members and their crews, the crowd itself, the equipment and the venue are more important than money.

As some of you asking for refund, we’d love to do that if we could. However, the show is forced to cancel not to our fault. We have completed all things that required. As according to PUSPAL, ticket fees should be refunded if the show is cancel by organizer/ PUSPAL but in this case it’s beyond our control and none of us is taking the action. There’s another third party that interference and forced to cancel the show due to society’s misunderstanding.

Until then,
PROMOTER & ORGANIZER
KREATOR LIVE IN KUALA LUMPUR, 23rd APRIL 2014 (CANCELLED)

Akhirnya terjawab mengapa kertas dan cetakan tiket bas lebih berkualiti dari tiket gig yang berharga RM120 ini. Pihak Demigod tidak mahu anda terjebak dengan aktiviti khurafat dengan terlalu memuja dan sayang pada kertas ini. Kegunaan tiket ini juga telah dikenalpasti, iaitu tunjukkan tiket kepada Mille Petrozza seterusnya beliau akan tuliskan ‘M’ bermaksud Muslim. Hahaha! Mungkin atas arahan pihak JAKIM. Orang ambik tandatangan.. aku pun tiru jugak!

Kenyataan rasmi dari KREATOR:
Our show in KUALA LUMPUR at the Scandals Club yesterday on April, 23rd was cancelled by the local authorities for reasons beyond our control. The band was in the club, with all the gear set up and ready to go when they received the news from the local promoter only three hours prior to the show. We apologize to our fans and hope to return to Malaysia in the near future! PEACE!

Suatu perkara yang kita boleh belajar di sini, bila kita mendapat kejayaan dalam sesuatu. Pasti ramai yang mendakwa merekalah tangan-tangan yang menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi kejayaan itu. Tetapi bila kegagalan pula yang mendatang, mereka-mereka yang melontar batu ini pandai pula menyembunyikan tangan masing-masing.

Jom layan video rasmi album terkini KREATOR.

Khamis, 17 April 2014

HAL MUAMALAT DALAM PERGERAKAN MUZIK BAWAH TANAH: RIP-OFF


Rip~Off (sl.) tipu [ merujuk pada Kamus Oxford ]

Rip-off adalah satu perkara atau perilaku yang tiada kesudahan dan telah berlarutan sejak sekian lama. Saya menganggapnya sebahagian dari rencah hidup dan ada baiknya fikiran ini ditumpukan kepada perkara yang lebih penting. Hakikatnya kita melalui penipuan dalam urus-niaga hampir dimana sahaja. Namun, atas permintaan seorang rakan dan pembaca blog ini, yang mungkin buat kali pertamanya beliau di rip-off sejak berkecimpung dalam sindiket muzik bawah tanah ini. Hati yang telah hancur luluh itu ingin ditenangkan. OK! Saya tunaikan permintaan beliau yang meminta saya mengulas mengenai senario rip-off dalam dunia muzik haluan kiri.

Menoleh jauh kebelakang tentang isu rip-off ini, rasanya semua aktivis-aktivis UG pasti pernah di rip-off. Kali pertama saya di rip-off ketika menyunting Kemenyan Zine suatu ketika dahulu, pada zaman itu zine editor hanya menulis surat-surat untuk menemubual kumpulan-kumpulan tempatan atau luar negara. Dan dari temubual yang dibalas melalui surat itu lah sang editor akan menyuntingnya untuk dijadikan zine. Suatu tempoh yang panjang, memenatkan dan penuh kesabaran diperlukan dalam menghasilkan sesebuah naskah atau isu. Jadi sebagai imbuhan agar tidak membebankan kumpulan-kumpulan atau individu-individu yang ditemubual, zine editor akan membekalkan setem kepada kumpulan/band tempatan, dan seringkali kumpulan muzik antarabangsa terutamanya yang popular dan mempunyai rangkaian peminat yang ramai, mereka menetapkan zine editor atau peminat menyertakan IRC bagi memudahkan mereka untuk membalas setiap surat. IRC (International Reply Coupon) ini berharga RM3.50 (jika tidak silap-saya ingat-ingat lupa?!) dan boleh dibeli menerusi setiap pejabat pos ketika itu. Rasanya, kini ia sudah pupus ditelan zaman. Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah melalui zaman itu.

Maka paling banyak saya di rip-off adalah IRC ini. Siapa tidak sedih jika antara syarat yang ditetapkan oleh kumpulan tersebut adalah 2 hingga 3 IRC. Duit yang digunakan adalah dari wang saku sekolah, kumpulan yang ditemubual merupakan idola. Temubual punyalah cantik dikarang. Akhirnya diam dan lenyap begitu sahaja. Ini adalah kejadian rip-off pertama yang saya lalui. Selalunya saya akan berhenti dari menyokong kumpulan tersebut. Ia lebih mudah untuk memboikot kumpulan tempatan. Jika anda masih ingat dipertengahan 90-an kumpulan-kumpulan dari Norway khasnya seperti DARKTHRONE, EMPEROR, SATYRICON pernah jadi ego tak tentu pasal dengan menyatakan mereka tidak mahu membalas sebarang surat peminat dan temubual lagi kerana ia membuang masa dan lebih baik masa menulis surat yang berkoyon-koyon itu digunakan untuk menulis lagu baru dan praktis. Ada betulnya juga? Tetapi tidak adil juga bagi zine-zine dan peminat-peminat mereka serata dunia yang menulis kepada mereka demi untuk menyokong karier mereka.


Band-band dari Norway terlalu kuat untuk diboikot dan muzik mereka terlalu hebat untuk diabaikan menyebabkan mereka terus disokong dan digilai. Namun pada awal millennium, sikap mereka berubah menjadi lebih mesra dan kembali melayan peminat-peminat. Kumpulan-kumpulan dari USA atau negara Scandinavia jarang sekali me-rip-off surat-surat dari Asia kerana mereka perlukan sokongan dari sini waktu itu disamping mahu melebarkan sayap mereka disini.

Saya jarang sekali membeli barang-barang dari kumpulan luar negara pada tahun 90-an kerana masih bersekolah, malah prosesnya panjang. Kumpul wang saku sekolah, tukar wang di money changer, hantar surat, dan tunggu berbulan-bulan. Bahasa Inggeris saya juga teruk. Selalunya saya beli dari distro-distro tempatan. Di rip-off memang perkara biasa memandangkan pada zaman itu hampir semua kumpulan-kumpulan tempatan mahu ‘well hidden cash’ , tentu anda pernah baca pada flyer-flyer lama kan? . Sesuatu yang amat sukar dibuktikan bila barang tak diterima manakala band pula menafikan mereka menerima wang. Selalunya alasan mereka jika sampul yang dihantar adalah ‘berdaftar’. Kami terima envelop kosong!

Halalkan aja lah.

Begitu juga aktiviti tape-trading, atau zine-trading. Selepas mencapai kata sepakat, masing-masing hantarlah produk masing-masing. Tetapi rupanya hanya sebelah pihak yang hantar. Pihak satu lagi terus diam membisu. Atau bila sampul sampai aja, lain yang dipersetujui, lain barang yang sampai. Dan ia menguntungkan hanya sebelah pihak. Itu rip-off. Kalau dalam hal muamalat Islam, sah urus niaga itu haram!

Sesekali sekala band pun boleh kena rip-off dengan zine editor. Contohnya ada makhluk pemalas dan mahukan stuff-stuff percuma. Sebagai taktik, dia menerbitkan satu isu zine ‘cakar-ayam’ sebagai dummy dan bukti kewujudan. Seterusnya beliau cetakkan ratusan flyers mengatakan sebarang band-band yang mahukan promosi dan ulasan/temubual perlu hantar material percuma kepadanya. Maka semua itu diperolehi secara percuma dan terus ke peti surat rumahnya. Tanggungjawab beliau? Kosong. Kini di zaman facebook dan berbagai media sosial, turut wujud individu-individu yang aktif menipu seperti ini. Mereka akan membuka sebuah akaun dengan menyamar mereka editor majalah/zine dan menghantar mesej peribadi berangkai kepada band dan label muzik meminta material-material percuma untuk kegunaan majalah mereka. Tetapi mereka hanyalah scam yang ingin album-album percuma. Individu-individu dari Peru, Philippine, Brazil, China, Sri Langka dan Malaysia. Ya Malaysia!

Tindak balas yang diambil oleh mereka-mereka yang kena rip-off sebegini jika zaman dahulu, mereka pula membuat flyers atau surat berangkai mendedahkan nama dan alamat kaki rip-off dan menyebarkan pada kenalan-kenalan agar tidak berurusan dengannya. Begitu juga dilaman sosial kini, mereka-mereka yang pernah dianiaya dan prihatin agar orang lain tidak menjadi mangsa mewujudkan page atau group yang menyenaraikan nama-nama dan alamat kaki rip-off seluruh dunia.


Pernah baca dalam majalah-majalah seperti Metal Hammer yang mengulas muzik sesuatu band seperti is a total METALLICA-rip-off band, SODOM rip-off band, HELLOWEEN-rip-off dan sebagainya? Itu perihal meng-rip off harta intelek. Selalunya ia melibatkan band-band yang kurang idea, tidak kreatif, suka meniru idola mereka atau lebih tepat dah dasar kaki rip-off! Selalunya band-band yang berani bertindak begini bila ada benda yang mahu ciplak atau curi itu melibatkan band berpotensi tetapi kurang dikenali. Jadi bagi peminat-peminat yang kurang ilmu mereka tidak tahu ketulenan itu milik siapa? Dan keliru siapa pencetus idea asal dan yang benar-benar genius. Si peniru pula apabila kantoi, mereka akan mendakwa mereka melakukannya atas dasar memberi penghormatan pada mentor mereka. Karut kan? Ada juga yang rip-off idea-idea band yang popular dan menjadi terkenal. Itu startegi pemasaran, mereka bijak rebut peluang tetapi siapa ingin mendengar 1000 band klon kan? Ia hanya trend semasa.
 

Saya teringat suatu kisah hampir 6 tahun lalu sebuah band ini asyik meminta lirik-lirik BLACKFIRE kerana ingin memainkan lagu-lagu tersebut untuk sesi jamming. BLACKFIRE memang tidak mau lirik-lirik mereka didedah kerana khuatir disalah tafsir dan banyak lirik-lirik yang telah Azmi sunting dipendekkan dari asal yang lebih panjang untuk lagu-lagu rakaman studio. Setelah sekian lama dan tidak berputus asa memohon lirik dari Azmi, kami pun memberi beberapa lirik penuh lagu-lagu pilihan mereka supaya mereka gembira. Dan selang beberapa bulan, tanpa sebarang maklum dan tanpa sebarang izin. Band itu merakamkan sebuah lagu dan terus dimuatkan dalam laman sosial dengan lirik-lirik BLACKFIRE yang telah disunting sebelum itu! Mereka kantoi apabila BLACKFIRE mendapat aduan dari rakan-rakan.

Apa motif band-band rip-off begini? Mereka mahu dikaitkan dengan status lagenda secara mudah atau bodoh? Ia jelas bukan dilakukan atas dasar penghormatan.

Sampai suatu ketika, saya sedikit maju dengan mempunyai produk-produk sendiri seperti t-shirt, patch, cd dan kaset. Saya mendapat sokongan dari distro-distro atau kedai-kedai metal tempatan yang berminat untuk mengedar barangan saya. Saya gembira. Sebagai kapitalis, mereka menjerut leher saya hinggakan oleh kerana kasihan dan berfikiran positif dengan menggangap rakan dan sokongan peminat lebih penting dari wang ringgit. Saya relakan untuk memberikan mereka harga yang tidak masuk akal malah rendah dari harga modal. Semuanya demi persahabatan dan menghargai sokongan mereka. Tetapi saya amat sedih dan marah bila mendapat tahu, harga produk-produk yang diambil dari saya dengan harga yang rendah, bukan sahaja tidak dijual mengikut harga rasmi sebaliknya tinggi 2x ganda! Bukan sahaja saya di rip-off tetapi penyokong-penyokong saya turut disembelih. Saya biarkan. Bukan boleh kaya pun… tak kemana.

Kini kita lihat banyak produk-produk atau album-album luar negara yang diterbitkan semula dipasaran tempatan. Bagaimana kita tahu ia bukan bootleg atau produk rip-off? Selalunya kita rujuk semula album tersebut. Kita sebagai peminat harus ada ilmu dalam apa yang kita minat. Kita perlu tahu sekiranya band A memainkan irama black metal dari Greek contohnya dan syarikat B menerbitkan album tersebut. Adakah syarikat B tersebut sebuah label mega yang berstatus seperti Sony, BMG, Road Runner, Def Jam? Jika berstatus seperti berkenaan semestinya mereka sebuah syarikat professional yang mempunyai kontrak perjanjian. Tetapi jika syarikat B tersebut hanya sebuah label UG dan merupakan rakan-rakan kepada kumpulan tersebut. Malah di dalam kulit album jelas dinyatakan produksi album tersebut ditanggung bersama-sama (kumpulan dan label). Kita tahu, album itu adalah produk UG yang diterbitkan melalui perundingan sahabat taulan dan tiada kontrak dimeterai. Selalunya bagi produk seperti ini, band A hanya akan menerima royalti berbentuk free copy produk itu atau mungkin bayaran tunai bergantung pada budi bicara. Dan disebabkan tiada kontrak perjanjian dan proses penerbitan tanggungan bersama inilah yang memberikan hak kuasa kepada ketua band tersebut untuk memberi kebenaran kepada label-label lain untuk menerbitkan semula album tersebut untuk pasaran tempatan atau versi dan format yang baru. Selalunya band A akan mula membuat kontrak dengan label tempatan ini kerana mula sedar akan potensi produknya dipasaran luar atau mereka akan kekal dengan ‘rundingan persahabatan’ dengan mempercayai label tempatan tersebut hanya melalui lisan. Itu terserlah pada mereka.

Itulah ringkasnya apabila kita melihat produk-produk terbitan semula dipasaran tempatan. Jika itu produk label mega dan popular yang jelas terpampang proses penerbitan ditanggung sepenuhnya syarikat tersebut. Pasti ia melibatkan kontrak bertulis dan apa yang diterbitkan oleh label ‘cikai’ tempatan ini hanyalah cetak rompak. Mereka telah rip-off syarikat mega tersebut dengan alasan syarikat itu telah kaya demi menghalalkan cara.

Rip-off yeah fuck off!

Jumaat, 4 April 2014

METAL HAMMER # 255 (APRIL 2014) –UK


Kirk Von Hammett threw ultimate horror party in San Francisco called Fear FestEvil, where he shows all his colossal collection of movie memorablilia, rare books, rare vinyl, devil heads, skulls, etc. MH make Fear FestEvil as their cover story and talking about the next Metallica records. Great articles about Dio, the greatest voices of metal written by Malcom Dome was something you must read. We wouldn’t be throwing the horns without this man.

 
The never-talk-about issue in metal; Does metal culture discriminate? I think , yes. Read about what black women get from their passion to heavy metal. How black is metal could be on them?

HM seems highly recommended new acts like THE OATH, supersexy duo of vintage heavy metal, ALAYA, the pop-sensible technical metal and UPON A BURNING BODY, a tex-mex breath of fresh death.

Read also an interesting revealing from Rob Zombie, Syagrath, Cristina Scabbia, and Rany Blythe (LAMB OF GOD) about his trial where he was accused of directly causing the death by pushing the deceased, Daniel Nosek off the stage, where he then stuck his head.

“In my mind we’re still just a little thrash band from San Francisco” – Kirk Hammet
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...