Rabu, 31 Disember 2014

DEBU DI LAGENDA PEKAN RABU



“Undanganmu sudah ada, kamu buta huruf, kasihan. Maka tak bisa bacanya, sambil hilang kesempatan. Kesempatan bagai awan, kalau lewat tak kembali…”

Ini salah satu diantara bait-bait lirik yang begitu menusuk qalbu dari lagu “Pesta Asyik”, apa yang saya faham daripadanya adalah mereka yang lalai dan tidak mampu memahami isi al Quran itu pasti kerugian untuk dapat kembali kepada Tuhan dalam keadaan yang penuh kegembiraan. Saya pernah menulis mengenai DEBU sebelum ini tetapi ada baiknya saya ceritakan sedikit lagi mengenai mereka, dan bagi yang tidak tahu, projek solo muzik ambient saya bernama AHMAD RA1M1 juga diinspirasikan oleh DEBU. Antara perkara yang saya ingati tentang bagaimana saya begitu mencintai muzik mereka ketika era myspace. Saya membina sebuah fanpage untuk DEBU kerana mereka tiada page untuk mempromosi muzik mereka ketika itu. Dan saya memaklumkan hal tersebut pada pengurusan DEBU. Namun pengurus mereka, Najib Ali meminta saya memadamkan akaun tersebut. Mungkin beliau mahu membina dan menguruskan page DEBU sendiri. Saya pun terus memadamnya. Dan satu lagi, sayalah orangnya yang memperkenalkan kumpulan DEBU menerusi myspace kepada penyanyi kumpulan black metal lagenda, ANCIENT yang memeluk Islam pada 2006. Kristin atau kini dikenali sebagai Hayam Nur terlibat dalam rakam album “Palace Troubadour” dengan lagu berjudul “L’Alba”.


Tahun demi tahun, DEBU semakin menyepi dari bumi Malaysia namun menyebarkan muzik mereka lebih luas hingga ke Iran dan Turki. Permainan dan persembahan mereka semakin mantap melalui apa yang saya dapat amati di youtube. Saya sekadar mengikuti perkembangan mereka melalui twitter peribadi milik ketua mereka, Mustafa Da’ood.

Bagi yang tidak tahu langsung mengenai DEBU, mereka adalah warga Amerika yang berhijrah ke Indonesia melalui sebuah ilham dan bimbingan dari Syeikh Fattah. Pada mulanya kebanyakan mereka adalah pensyarah universiti di Makassar dan DEBU hanya sekadar kegiatan kokurikulum mereka. Namun ia berkembang dan terus menjadi kerjaya mereka sepenuh masa. Perkataan ‘debu’ dari bahasa Melayu dipilih mereka merujuk kepada personaliti disebalik kumpulan ini. Mereka tidak mahu orang ramai ambil pusing mengenai diri mereka dan menganggap semua yang ada pada mereka serta siapa mereka tiada sebarang makna kecuali pemberian Ilahi. Mereka hanya mahu orang ramai fokus kepada mesej yang ada pada muzik DEBU bukan fesyen atau imej yang mereka bawa. Secara am, mereka adalah kumpulan muzik beraliran ‘Sufi’ dan jangan sesekali melabelkan mereka nasyid. Kerana mereka adalah sebuah kumpulan world music atau fusion yang membawa erti ia adalah gabungan gambus, rebana, dram, gitar, baglama, tamborin, dumbek, harp, bass elektrik, seruling, biola dan berbagai-bagai alat muzik traditional seluruh dunia.

Saya mendapat mesej melalui Whattsapp dari Chainsore (bassist WRECKÄR) pada 28/12/2014 memaklumkan DEBU akan terus membuat persembahan di Alor Setar, Kedah. Beliau memang sedia maklum saya pendengar DEBU sejak kami berkelana di Kuala Lumpur lagi. Terkejut dengan maklumat berkenaan saya terus menghubungi saudara Mustafa, kebetulan beliau memberikan nombor telefonnya beberapa hari sebelum itu. Segera Mustafa mengesahkan kebenaran gig tersebut. Saya gembira.

Saya ingatkan DEBU pasti datang awal, bolehlah kami meluangkan masa berbincang dan berkongsi dalam banyak perkara. Banyak juga yang ingin saya tanyakan pada mereka. Apa yang saya tidak tahu kehidupan mereka persis kumpulan rock/metal yang gemar melakukan jelajah (touring), jadual mereka ketat dan sibuk sekali. Kedatangan mereka ke gig Lagenda Pekan Rabu ini adalah sesuatu kesempatan yang amat singkat sekali!

Pekan Rabu dimulakan oleh Tunku Yaakob ibnu Sultan Abdul Hamid pada tahun 1920, dinamakan pekan Rabu kerana pada asalnya ia hanya beroperasi pada hari Rabu. Pada 1932 ia berpindah ke Jalan Tunku Ibrahim. Ia pernah menjadi tempat pertemuaan pejuang-pejuang kemerdekaan Negeri Kedah dan seperti yang anda semua sedia maklum mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di situ. Sehingga hari ini ia merupakan mercu perniagaan orang-orang Melayu di bandar Alor Setar. Pekan Rabu sedang menjalani proses ubah suai dengan kos RM53 juta untuk meningkatkan daya tarikan pelancongan di situ. Maka kira-kira 370 peniaga di Pekan Rabu dipindahkan ke ruang niaga Ukir Mall buat sementara waktu. Gig ini atau apa yang pihak penganjurnya namakan Caravan of Praise adalah sebuah hiburan Islamik alaf baru yang cuba diperkenalkan buat pertama kalinya di Kedah secara percuma tanpa sebarang pengharapan yang tinggi bagi kedua-dua belah pihak; band dan penganjur. Tetapi difahamkan untuk memberi pendedahan dan tanda aras baru kepada kaedah berdakwah yang juga seperti kata penganjur.

Mungkin anda telah sedia maklum, saya seorang yang tidak pernah bersetuju dengan terma muzik dakwah. Saya lihat banyak artis-artis Malaysia mempromosikan terma tersebut. Saya kurang pasti mengenai DEBU, tetapi saya  pernah mendengar Mustafa mengatakan mereka sekadar menyampaikan mesej ketuhanan dan kecintaan pada Tuhan. Pendapat peribadi saya sebagai seorang peminat muzik bermesej ketuhanan, jika nabi redha berdakwah melalui muzik sudah pasti ia membenarkan cara dakwah hiburan yang lebih disenangi zaman jahiliyah itu sejak dari era kerasulan baginda.

Dakwah maksud singkatnya menyampaikan keterangan pada yang tidak tahu. Saya tidak lihat seorang pun non-muslim datang berhibur sambil cuba memahami apa yang Caravan of Praise ingin sampaikan. Promosi mereka masih kecil-kecilan dan tiada golongan sasaran untuk disampaikan ‘dakwah’ berkenaan. Apa pun seperti yang mereka katakan, ia sebuah permulaan. Kita berharap Caravan of Praise akan menjadi acara tahunan dan DEBU kekal sebagai band terpenting di dalamnya. Apa yang ada malam ini mungkin “islah”, pengacara majlis banyak menyeru orang ramai berselawat dan salam pada Rasulullah SAW.

Kemaskini dari Saleem, peniup seruling dan penyanyi latar DEBU menyatakan mereka tiba di lapangan terbang Penang sekitar awal pagi Selasa, 30/12/14. Rancangan saya untuk bertemu mereka nampaknya tidak kesampaian kerana pada malam ini mereka pasti sibuk. Saya tidak dapat sebarang maklumat mengenai Mustafa. Sibuk juga agaknya.

Nak dijadikan cerita, pulang dari kerja jam 2.00 petang kereta (mobil) pula tidak mahu hidup. Zaki satu-satunya mekanik Volvo berdekatan macam selalu pukul 2.00 petang kita cari dia, pukul 5.30 petang pun belum sampai lagi. Volvo saya memang sejak dari dahulu lagi mempunyai masalah pendawaian elektrik ke pam petrol. Masalah yang tidak berkesudahan. Jadi terpaksalah saya mendapatkan mekanik lain pula setelah berjam-jam menghabiskan masa menunggu Zaki. Mujurlah pendawaian semula hanya mengambil masa sejam, difahamkan pada bahagian bawah kereta masih basah akibat meredah banjir beberapa hari lalu.

Pulang ke rumah saya terus bungkuskan beberapa material dari Faithcraft Productions untuk dihadiahkan kepada Mustafa Da’ood. Selesai solat Magrib saya terus bergerak ke Alor Setar seorang diri, Chainsore yang pada pulanya ingin turut serta terpaksa membatalkan hasrat kerana mempunyai sedikit masalah dipejabat. 


Saya tiba diperkarangan Ukir Mall sekitar jam 8.45 malam, keadaan lengang kelihatan beberapa khemah didirikan di bahu jalan dan ada sebuah pentas dihujungnya. Saya tersenyum, mungkin sebab itulah ia dinamakan Caravan. Tiada masalah langsung untuk parkir kenderaan, malah saya boleh meletakkan kereta saya agak hampir di pentas. Keadaan lengang diparkir. Nampaknya Radhi OAG (OLD AUTOMATIC GARBAGE) sedang mendendangkan lagu “Destinasi”, ada kira-kira 30-40 orang penonton sedang menyaksikan Radhi. Saya pernah mendengar album pertama OAG ketika meletuskan arus alternative rock ketika dibangku sekolah. Katanya waktu itu OAG sangat teruk dan gagal dalam membuat persembahan live? Tetapi pada malam ini saya dengar dan lihat, beliau boleh membawa lagu-lagunya dengan baik dan menghiburkan. Dihadapan pentas terdapat tempat khas berbantal, beralas kapet yang sedang diduduki oleh 5 orang ahli DEBU. Saya menyapa Saleem, Mujahid dan Ali, mereka membalas dengan ramah dan mesra terutamanya Saleem. Ali Afro turut menganggotai kumpulan GROOVE & ROLL, ujar Saleem. Banyak yang saya bualkan bersama Salem berkisar tentang musibah yang melanda penumpang AirAsia hingga ke banjir. Ketika itu Radhi sedang menyampaikan lagu terakhirnya. Kelihatan Saleem dan rakan-rakan begitu ceria menyokong acara malam ini, mereka dengan selamba, menyiulkan lagu, bertempu tangan, meminta para hadirin menyokong persembanhan Radhi. 


Saleem: Siapa dia?

Saya: Radhi ni boleh dikatakan founder indie rock di Malaysia, di zaman itu ia dikatakan alternative rock kan? Dengarnya carrier dia merundum kerana drug misuses.

Saleem: Masih lagi?

Saya: Oh tidak. Sudah insaf.

Saleem meminta android saya dan memasukkan nombor telefonnya sendiri. Ujar beliau jika ke Jakarta bilang awal-awal kalau mahu ke rumahnya. Karektor Saleem mudah didekati sesiapa sahaja, ketika itu saya memberikan dua album awal DEBU dan meminta mereka menurunkan tandatangan. Sesuatu yang saya tiada keinginan untuk lakukan tetapi saya lakukan sekadar ikut-ikutan. >>rujuk artikel ini>> Saleem bertanya adakah saya pemuzik sepenuh masa. Saya memaklumkan muzik hanya hobi buat saya, saya pekerja sosial yang tugas saya membantu orang fakir, orang gelendangan dan terabai. Saleem teruja. Saya bertanya adakah DEBU boleh dapat membuat persembahan di institusi kebajikan suatu hari nanti? Saleem terus mengatakan bisa! Bisa! Untuk masa akan datang kita rancangkan lebih show. Katanya. 


Giliran Altimet mendendangkan lagu-lagunya. Saya memang tidak tahu langsung mengenai beliau kecuali nama. Chainsore lebih mengenalinya, katanya saudara-mara dia juga. Nampaknya anggota-anggota DEBU berminat dengan hiphop bawaan Altimet. Mujahid, Ali Afro, berdiri memberikan sokongan dengan bertepuk tangan. Saleem memberi tahu Mustafa tiba di Penang jam7 malam tadi dan sedang dalam perjalanan ke Alor Setar menaiki kereta. Mustafa datang seorang diri dari Jakarta.

Saleem; Siapa dia?

Saya: Altimet ini mungkin boleh kita kata the newest rising hiphop star kot? Saya kurang tahu pasal muzik ini tapi rasanya beliau banyak menghasilkan single serta lagu tema atau soundtrack untuk rancangan TV atau untuk commercial.

Saleem: Kalau di New York hiphop sesuatu yang biasa. Hiphop yang Islamik juga sesuatu yang normal. Kebanyakan hiphop Islamik dipelopori oleh black. This guy Islamik? Sambil menunjuk kearah Altimet.

Saya: Ermm.. Maybe. Erm.. Yes. Yes. Islamik. Sebab masa tu lirik Altimet.. syukur… nananana… syukur..nanana…. syukur… nananana.. 

Kemudian dia menunjukan ke arah Andy Flop Poppy yang sedang berbual berdekatan kami. Oh, dia ni kiranya legend jugalah, dia banyak join band UG dan heavy metal. Band pop dia boleh dikatakan berjaya juga.

Saleem: Jika legend, maka tiada band lagilah? Sudah tidak main heavy metal lagi?

Saya: Rasanya mungkin hanya bermain muzik pop sahaja.

Saleem.. ohhh.

Saya: Bagaimana presiden yang baru? Jokowi.

Saleem: Entah? Enggak ambil pusing. Dia jadi presiden atau tidak, keadaan dirumah kita sama sahaja kan? Kalau kita mahu makan kita harus usahakan sendiri juga kan?

Saya: Tetapi beliau agak popular di Malaysia.

Saleem: iya?

Saya: Ya, mungkin kerana Jokowi orang kebanyakan. Di Malaysia Perdana Menteri nya orang bangsawan, tinggal di istana dari usia kecil. Dia mana tahu kesusahan rakyat, dia mana faham apa itu kesusahan hidup. Maka kebanyakan orang Malaysia kalau boleh mahu orang yang faham derita rakyat biasa jadi pemimpin.

Saleem: ya.. ya..senyum.

Saya: Saleem tahu tak, kira-kira dua minggu lalu, penguasa agama Islam di Malaysia keluarkan fatwa mengharamkan gitar dan piano kepada Muslim, sedangkan saya lihat beberapa orang ustaz dan penceramah turut bermain gitar dan membenarkannya asal tidak lalai. Bagaimana itu Saleem?

Saleem: lalai?

Saya: Maksudnya tidak terlalu asyik dengan gitar hingga lupa Tuhan.

Saleem: itu semua tiada asas. Itu mainan pemerintah. Itu semua politik. Itu bukan agama. Politik!

Banyak yang kami bualkan. Hingga tidak sedar persembahan Altimet telah tamat tetapi Mustafa masih belum kelihatan. Namun pihak penganjur bijak mengatur majlis, memberi sedikit pengenalan kepada Caravan of Praise, berselawat, hingga akhirnya Mustafa pun tiba. Langsung tiada kepenatan timbul diwajahnya. Sedang DEBU baru sahaja melakukan sebuah persembahan di Shisha Cafe, Kemang Jakarta. Mustafa terus meminta diri untuk menukar pakaian hanya disebalik van dan terus tunning gambus nya dibelakang pentas dalam masa yang sama melayan peminat-peminat. 


Mustafa Da’ood seperti yang saya cuba gambarkan sebagai mana realitinya. Beliau kacak, sangat merendah diri, penyantun dan intelek. Sebaik memperkenalkan diri, Mustafa memperkenalkan saya pada Mujahid, yang kemudian membalasnya: yeah, he is an old school fan. Look what he bring up to you.

Saya menunjukkan 2 album pertama DEBU. Mustafa tersenyum, sambil memegang album “Mabuk Cinta” dia berkata, dalam album ini we almost know nothing about music, we have no experience in studio, recording and knowledge about the instruments. Sambil ketawa. Mustafa bercakap fasih bahasa Indonesia dan kadang-kadang mengunakan Inggeris pelat Amerika Syarikat. Kemudian dia menunjukan saya album “Makin Mabuk” lihat lukisan ini. Saya sukakannya.

Saya: Kamu menyanyi dengan lebih bagus dalam “Makin Mabuk” dan sekarang mungkin lebih hebat. Saya telah ketinggalan 3 album DEBU. Tetapi Saleem ada berjanji untuk menghantarkan kepada saya.

Mustafa: Alhamdulilah.

Saya: Saya ada bawakan hadiah buat anda. Ini sebagai tanda ada orang Malaysia yang menghargai muzik DEBU.

Mustafa: Tetapi saya tidak membawa apa-apa hadiah langsung untuk Raimi dari Indonesia?

Saya: Muzik DEBU adalah hadiah yang terbaik buat saya.

Mustafa: Masya Allah. Alhamdulillah.

Saya: Nanti lepas persembahan harus terus ke KL atau bisa makan-makan dulu?

Mustafa: Boleh rasanya. Kita makan roti canai dan teh tarik. Setiap kali ke Malaysia kami akan makan itu.

Saya: Hahahaha! Mujahid makan berapa biji roti canai. 5 biji?

Mujahid: Yeah, I eat roti canai like this much ( sambil menunjukan bertingkat-tingkat!)

Pengurus DEBU: Tak boleh rasanya. Kita harus segera ke KL kerana flight jam 5 pagi.

Mustafa: Pasti ada masa, usaha bimbang. In Shaa Allah.

Begitulah Mustafa, nama-nama Allah sentiasa basah dibibirnya. Selain mempunyai personaliti yang hebat, konduktor muzik DEBU, penyanyi dan pakar gambus. Imej beliau menjadikan DEBU bukan sekadar kumpulan kebanyakan. Begitu juga setiap anggota-anggota DEBU yang lain.

DEBU membawa peralatan muzik mereka sendiri kecuali dram set. Salem membawa seruling mungkin seratus batang rasanya. DEBU hanya menampilkan 6 orang anggota pada malam ini dari 14 orang kesemuanya. Ketika itu hadirin hampir mencecah 50-60 orang dan sudah mula berani untuk kehadapan pentas. 


DEBU naik ke pentas dan terus memainkan lagu–lagu yang di petik dari album-album terkini yang semestinya agak asing buat saya. Namun beberapa lagu-lagu telah saya kenali melalui youtube begitu meninggalkan kesan mendalam kepada saya dan semua penonton. Mustafa suka bercerita dalam bahasa yang baik mengenai intipati setiap lagu yang akan dimainkan, malah bagi setiap lagu beliau akan mengajar semua penonton menyanyikan dahulu korus nya agar semua dapat menyanyi bersama. Saleem memikul tugas menaikkan semangat dan aura penonton malam itu kerana beliau lebih bebas bergerak ke sana sini dengan serulingnya. Saleem benar-benar gaya penghibur professional dan berkharisma. Kata Mustafa sebelum menceritakan kisah Laila Majnun versi mereka, Saleem adalah ahli DEBU yang paling romantis. Saleem mengalunkan bunyi serulingnya yang syahdu ketika Mustafa bercerita tentang kisah cinta agung sebelum mendendangkan lagu “Malam ini”. Ujar Mustafa lagu “Malam Ini” pasti akan dimainkan beliau dimana sahaja persembahan DEBU kerana atmosfera romantisnya terhadap Sang Pencipta. Persembahan mereka direhatkan dan diberi ruang kepada Ali Afro dan Luthfi Rahimi untuk beraksi dengan rebana mereka. Persembahan yang mantap dan memukau terutamanya dari Luthfi. Antara lagu lain yang dimainkan adalah Mainkanlah Rebana itu, Macan Hutan (Tiger of the Forest), Hentakkanlah Kaki dan Kami Tak Keluar. 


Walaupun sistem bunyi yang minimal serta pentas yang kecil. DEBU telah memberikan yang terbaik, kadang-kadang kedengaran seperti persembahan jazz perkusi dan kadang-kadang mengingatkan saya juga kepada BLACKMORE’s NIGHT pada sentuhan gypsy nya.

 
Tamat persembahan penganjur dan orang ramai berfoto bersama. Manakala anggota DEBU dan krew-krew terus mengangkat peralatan mereka. Saya mendapatkan Mustafa, bagaimana ya sempatkah makan dulu?

Mustafa: boleh-boleh. Kamu bawa mobil? Nanti boleh kamu hantar saya ke Regency Hotel? Sambil bergambar dan bersalam dengan peminatnya.

Kami terus berjalan ke kereta saya. Mustafa langsung tidak kisah dengan kereta buruk saya dan kami terus mencari restoran mamak yang berdekatan, ketika pusing di stadium dan jam semakin menghampiri 12.00 tengah malam, beliau bertanya: orang Melayu suka keluar malam-malam ya?

Saya: Iya, orang Melayu gemar makan di luar.

Mustafa: seperti orang-orang Arab juga, semasa di Turki mereka juga gemar keluar malam begini.

Saya: Tak juga. Mungkin disebabkan mereka merayakan New Year.

Mustafa: Oh ya. Ya.

Saya: Seharusnya persembahan DEBU dihadiri ramai orang sebentar tadi kerana ia percuma kan? Kalau DEBU di Indonesia, pasti ribu-ribu orang datang kan?

Mustafa: Iya. Tak mengapa, saya anggap ini sebagai permulaan. Lagipun ia sesuatu yang baru di sini kan?

Saya: Iya. Kami agak kurang berhibur cara begini. Benar, ia suatu permulaan. Saya dari negeri seberang, bersebelahan Thailand. Sangat hampir.

Mustafa: Oh, bisa berbahasa Siam?

Saya: Sedikit-sedikit. Tapi negeri saya lagi keras undang-undangnya, rasanya sejak umur 10-12 tahun kali terakhir funfair dibenarkan di negeri saya, apatah lagi konsert rock? Haha. Negeri Kedah sebelum ini diperintah oleh partai Islam.. macam Acheh, tetapi tidaklah keras seperti Acheh.

Mustafa: Oh tetapi kami sangat diterima di Acheh. SLANK baru saja bermain di Acheh. Boleh saya tahu mengapa jadi begitu?

Saya: Alasannya kerna tidak mahu muncul masalah sosial. Pergaulan bebas.

Mustafa: Oh ya.. semasa DEBU membuat show di Turki, semasa saya mengajak orang menyanyi bersama-sama. Ya, ada juga orang yang mempersoalkan kenapa campur lelaki-perempuan? Tetapi ada orang yang jawapkan untuk saya sebelum sempat saya cakap. Orang itu bertanya kembali… Di Mekah ketika tawaf itu bagaimana? Tidakkah campur lelaki perempuan?

Saya dan Mustafa tersenyum. Ketika melalui Masjid Zahir, beliau minta kalau boleh saya hentikan kereta sebentar untuk bergambar. Sudah pasti saya tidak keberatan. Beliau dengan budiman bertanya, Raimi tiada masalah jika kita selfie? Sudah tentu ok sahaja. Kemudian saya meminta bantuan beberapa orang jururawat yang kebetulan berada di situ untuk berfoto kenang-kenangan. Saya pun bercerita bak pemandu pelancong sesat; Masjid Zahir ini antara sebuah masjid tertua di Kedah, seperti kebanyakan sultan-sultan dahulu yang warak, istana mereka pun berada dihadapan masjid. Tetapi istana ini dah dijadikan muzium. 


Mustafa hanya senyum pura-pura. Ketika bertanyakan tentang Jokowi, beliau juga berkata kurang gemar bercerita hal politik. Nampak beliau tidak suka hal-hal pemerintah dan raja. Saya pun terus bercerita Negeri Kedah juga salah sebuah empayar Islam tertua di Tanah Melayu. Dan selatan Thai juga dahulunya dibawah Negeri Kedah.

Mustafa: Ada orang Siam bercakap Melayu kan?

Saya: Iya. Kerajaan Pattani.

Mustafa: Jadi Raimi main heavy metal? Main bass?

Saya: Saya main bass, gitar dan dram. Tetapi saya tidaklah sehebat anda. Muzik anda yang membuatkan saya ingin berubah kearah yang lebih positif.

Mustafa: Alhamdulillah. Raimi kenal Ombat?

Saya: Ombat dari band Tengkorak?

Mustafa: ya..ya.. Ombat bersama angkatan Metal Satu Jari. Sudah beberapa kali kami buat appointment untuk berjumpa. Namun hingga kini masih belum bertemu. Raimi pernah ke Hammersonic? Rasanya sahabat saya dari kumpulan SUCKERHEAD turut terlibat sama.

Saya: Oh...Mustafa, pendengar muzik Malaysia agak trendy sebenarnya.

Mustafa: (ketawa bersama).. Ya! Ya!

Saya: Tidak kiralah muzik bercirikan ketuhanan pun, orang Malaysia suka yang telah sedia popular, kalau ia easy listening mungkin DEBU dah popular. Tetapi saya fikir muzik DEBU itu hard-listening, agak complex susun bunyinya..

Mustafa: ya..ya.. Tidak apa. Ia permulaan. Suatu perkenalan. Kuncinya kami bersedehana dan terus aja jalan sendiri-sendiri.

Saya faham, apa yang Mustafa maksudkan itu istiqamah. Kami sampai di pekan Rabu yang asal, kami tinjau keadaan disitu. Mustafa berkata lagi nampaknya tidak sempat juga untuk makan-makan dan meminta untuk saya terus ke Regency. Sebaik tiba di Regency, Mustafa masih berusaha untuk keluar makan dengan saya. Namun semuanya telah sedia untuk bertolak ke KL, Radhi OAG terkam menghadiahkan Mustafa CD-CD dan gitar pick. Kebetulan saya berada bersama Mustafa, beliau turut berikan pada saya. TQ Radhi. Saya difahamkan OAG membawa pengertian berbeza sekarang. Orang Asia Genius. 

Akhirnya minum kopi di Kedai Arai seorang diri, kata Mustafa  "Life becomes life when it has three major components, good coffee, good music and a good woman!

Mustafa memohon untuk bertolak dan kami berpelukan dan bersalaman. Rasanya begitu singkat dan pantas masa untuk berbual, banyak lagi soalan untuk saya tanyakan kepada beliau. Namun itu sudah ketetapan Ilahi. Mustafa berada di Malaysia kurang dari 10 jam dan sebaik sampai di Jakarta esok hari, DEBU akan terus menempuh perjalanan selama 5 jam ke Cirebon pula untuk melakukan persembahan. Kehidupan touring mereka persis kumpulan-kumpulan rock antarabangsa. Namun semua mereka memberikan persembahan yang hebat dan mantap tanpa sebarang masalah, menandakan jiwa dan kesihatan mereka benar-benar berada dalam tahap yang sempurna.

Kenangan bersama DEBU adalah antara saat paling yang indah buat tahun 2014.

15 ulasan:

  1. Terimakasih...baru kali pertama tahu pasal band ini dan bunyinya seakan menarik..

    BalasPadam
  2. Ini pun kali pertama dengar pasal band ni. Terima kasih sebab perkenalkan. Muzik mereka berbaloi untuk diteroka.

    BalasPadam
  3. Tq bro..aku tau pasal DEBU ni pun dari blog ini jugak.tak sangka diorang betul2 merendah diri..

    BalasPadam
  4. aku kenal kump. Debu ni masa tu Dewa sedang top dgn Bintang Lima, masa tu aku obses dgn scene sana, masa tu dok jb tv indon boleh dapat, masa tu tv sana selalu main video clip Dewa dan Debu ni. kira muzik sufism tengah top la masa tu la kan? haha

    btw, tq 4 post ni. i like sangat!

    BalasPadam
  5. ada lg..

    Debu (aku pun) tak ambil pusing pasal politik. "keadaan dirumah kita sama sahaja kan?" i like.

    "Pendapat peribadi saya sebagai seorang peminat muzik bermesej ketuhanan, jika nabi redha berdakwah melalui muzik sudah pasti ia membenarkan cara dakwah hiburan yang lebih disenangi zaman jahiliyah itu sejak dari era kerasulan baginda."

    masa tu syair puisi arab tengah top, masing2 keluar dgn 'seni' kata2 puisi, mereka berlawan sesama tribe, tapi bila Nabi keluar dgn 'puisi' ayat2 wahyu, semua terpegun, rasa tak percaya, ini ayat2 'seni ketuhanan' yg sangat art, malah ia bukan jenis puisi atau syair ia satu yg unik, takde orang boleh lawan ayat2 tu!

    kamu sendiri dpt merasa bagaimana muzik atau personal Debu ni bawakan dakwah tu, bagaimana ia layan kita. hidup sebagai muslim tu sendiri adalah dakwah. hiburan adalah fitrah manusia, tentu saja ada dakwah untuk fitrah (hiburan). muzik menbawa dakwah dan keinsafan bg aku. lagi pun kita bukan aja nak berhibur 24 jam, kita muslim. pendapat suci aku aja ni ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pemahaman saya begini bro...

      - banyak kita dah familiar dengan sirah tu, di zaman jahiliyah syair begitu disanjungi oleh bangsawan Arab. Sehinggalah Nabi SAW membacakan wahyu pada mereka, terkejut mereka kerana seorang yang tidak mampu membaca dan menulis, tiba-tiba melafazkan sesuatu yang amat indah.

      Bagi yang pernah membaca tulisan saya mengenai pandangan kembara tauhid, pasti tahu ayat 'dakwah itu seni' sering saya ucapkan. Nabi SAW sendiri mahukan pendekatan berhikmah dalam berdakwah. Saya tuliskan dalam post ini 'ringkasan erti dakwah' maknanya saya fokuskan kepada kunci utama dakwah iaitu penyebaran risalah tauhid bg yg belum mendengar. Itu maksud saya yg jarang orang kita buat.

      Memang jelas dakwah itu TERSANGAT luas. Sehingga ada yg mengambil bermuzik dan bercerita ttg Tuhan itu dakwah. Saya tiada masalah. Itu pandangannya. Tetapi banyak muslim itu keliru dakwah dan gerakan "ISLAH", contohnya budi baik ahli DEBU terhadap saya dianggap dakwah, pergi mendengar kuliah di masjid dianggap dakwah, menunggang motor minta derma banjir dianggap dakwah, bagi saya aktiviti sesama muslim itu adalah ISLAH. Keterangan pada yg belum mendengarnya masih gagal disampaikan....

      Dakwah itu seni, ya.. tetapi pandangan saya seni BUKAN hanya muzik. SENI juga tersangat luas.

      Saya seorang yang agak keras pandangannya, mereka kata 'fundamentalis'.. ini kerana walaupun banyak ahli muzik dan acara muzikal dizaman jahiliyah, saya lihat Nabi SAW tidak menubuhkan band untuk berdakwah, atau menyuruh para sahabat melakukannya. Namun dia tidak melarang menyanyikan lirik yang positif disatu majlis keramaian seperti yang diriwayatkan. Malah baginda sendiri memperbetulkan liriknya.

      Saya gembira dengan tumbuhan kumpulan Street Dakwah seluruh dunia, mereka telah melakukan 'penjenamaan semula' tabligh dengan cemerlang. Apa yang mereka lakukan adalah 'dakwah' tanpa syak lagi. Mereka memperkenalkan Tuhan, dan menunjukan teladan secara langsung keoada dunia bahawa Islam itu dari Sang Pencipta.

      Padam
    2. bawa 'dakwah' dari dalam jiwa, walau kita pengamal muzik hantu sekali pun hehe.. hidayah tetap datang dari Atas juga...

      Padam
  6. selepas dgr kat utube. muzik mereka bagus.. thx bro share tentang mereka.

    BalasPadam
  7. kena dengar nih DEBU. thanx bro for introduction.

    BalasPadam
  8. http://ra1m1.blogspot.com/2012/09/muzik-dakwah.html

    BalasPadam