Selasa, 28 Jun 2016

ROCK IN AND SHELL OUT

Kami di kem Pedal To The Metal malam ini menganjurkan shell out sahur untuk rakan-rakan bagi meraikan bulan Ramadan al-Mubarak ini. Tak tahulah dari mana asal makanan macam ni dipanggil "Shell out"? Rasanya di Malaysia aja, sebab kalau dari erti ungkapan dalam Cambridge pun 'shell out' bermaksud "bayar". Apa pun ia merupakan makan malam yang 'trending' kini. Ini resipi kami kalau nak cuba:

1kg Ketam Bunga
1kg Sotong
0.5 Udang
200g Bracoli
4 biji tomato
2 batang timun ( penting untuk neutral asid urid)
300gram mentega ( ikut kadar untuk membuat pes yang diinginkan)
6 ulas bawang putih (dipotong halus)
separuh bawang besar (dipotong halus)
1/2 paket serbuk kari 
2 sudu besar cili giling
1 sudu mixed herb
2 sudu besar sos tiram
1 besar pes tom yam
2 sudu besar gula



Rebus segala macam ketam, sotong, udang. Sejatkan apabila masak. Simpan air rebusan itu.


Tumiskan bawang putih, bawang besar, mixed herb dengan mentega. Bila dah wangi, masukkan cili giling dan goreng hingga sedikit hangit (penting hangit tu agar tak sakit perut nanti). Masukan serbuk kari dan seterusnya sos tiram. Apabila dah mesra masukan air rebusan ketam/udang tadi ikut kehendak sendiri. Apabila mendidih masukan pes tom yam dan gula sesedap rasa.




Seterusnya masukan makanan laut yang telah direbus tadi serta bracoli dan tomato. Gaul hinga sekata dibawah api sederhana. Apabila siap, tabur timun dan sedia untuk disajikan.


Walla.. selamat mencuba!

Ahad, 26 Jun 2016

PAMERAN ATHAR DAN TABARRUK PERDANA

Heboh diperbincangkan malam tadi mengenai sebuah majlis Tabarruk Perdana di Alor Setar, Kedah. Saya suka kenyataan dari web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan KL, S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri ( yang dikenali dengan sikap neutral pada golongan Salafi dan Sufi/tarekat) mengenai pameran barang peninggalan (athar) nabi dan analisis fakta dan pendapat mengenainya. Baca disini.

Saya juga ingin memuji tindakan Mufti Negeri Kedah yang telah mengeluarkan kenyataan jelas mengenai penyembahan replika dan sebagainya yang tidak sahih kedudukannya. Lihat foto.




Pada pandangan saya, ada baiknya mufti setiap negeri mengeluarkan fatwa mereka apabila ada isu dalam negara yang melibatkan akidah. Bukankah di antara tugas mufti memberi penjelasan terhadap setiap masalah agama yang timbul dalam masyarakat? Sesetengah orang awam tidak faham, apabila mufti-mufti menegur dan memberi fatwa dalam sesuatu hal yang timbul, kata mereka; jaga negeri sendiri, jangan menyibuk urusan orang. Mereka tidak sedar, itulah tugasan seorang mufti. Walaupun hanya melalui facebook. Kenyataan seorang mufti penting untuk rakyat memahami sesuatu hal berbangkit, memilih pendapat yang rajih dan menilai tahap pengetahuan beliau dalam jawatan yang dipikulnya. Betullah tindakannya tu, menegur sebelum kemudaratan masuk ke negerinya. Bukankah kebodohan itu penyakit. Ia merebak jika tidak dikekang.

Kembali kepada isu 'tabarruk' ini, mari kita doakan agar pemahaman agama sampai kepada kita semua. Apa yang yang saya lihat, jika mereka ini gagal memahami hakikat "mimpi bertemu nabi" yang sering dihebahkan dalam kelompok mereka, mereka juga adalah geng yang sama, yang enggan menerima hujah dalam perkara tabarruk ini. Moga iman mereka bertambah dengan tabarruk replika itu...

Hanya ada 8 hari lagi untuk merebut keberkatan Ramadan. Moga masih cekal dan diluruskan niat untuk meningkatkan taqwa dan mencari keampunan Ilahi...

Ahad, 19 Jun 2016

KHUSYUK KEMATIAN


KHUSYUK KEMATIAN
Music: Raimi, May 2005 
Lyrics: Raimi, 23th May 2012

Jauh ku mencari cahaya Mu
Dan kilauan dzat Mu
Ku sesat, rebah dan ku bertahan
Ku tetap bersujud
Menghilang kemana nafasku?
Hilang kewarasanku
Mati sebelum waktu

Ku rindu
Pada keanehan Mu
Ku rempuh
Segala dewa berhala
Hidupku
Tiada pun debu tanpa Mu
Mati ku
Menjadi asyik dan khusyuk

Hidup ini tiada maksudnya
Tanpa mazhab kasih Mu
Tinggalkan dunia
Tinggalkan segala-galanya
Ku pijam helaian nafasku
Kembali ku pada Mu
Mati sebelum waktu

Jangan sesali. Jangan kembali
Terus kau pergi mencari erti
Erti kematian cinta abadi
Suatu pengabdian
Fitrah Sang Nabi


Ahad, 12 Jun 2016

APA ITU DOODLE?

Rakan saya membuat doodle ini sambil mengomel anaknya minta belikan hadiah kepada semua cikgu sempena Hari Guru. Dia tak tahu saya curi-curi snap apa yang dia buat ni…


Definasi: lakaran kasar yang dibuat sewaktu minda separa sedar.

Doodle secara asasnya adalah lukisan yang dibuat seseorang tanpa niat, ia ringkas namun punyai penjelasan serta maksud yang konkrit ataupun dilakar secara bersahaja serta abstrak. Sesuatu hasil itu diperakui sebagai doodle tulen apabila anda tidak mengangkat pena atau alat lukis dari kertas ketika melakukannya. Tipikal doodle boleh dilihat dalam buku nota sekolah, buku margin yang dilukis oleh pelajar ketika ‘mamai’ didalam kelas, atau sewaktu perbualan telefon yang panjang manakala tangan anda tercapai pen dan kertas. Doodle paling popular biasanya karikatur wajah pensyarah, rakan sekelas, selebriti, karektor adiwira, inovasi saintifik, panorama, geometri dan corak-corak. 

Betapa doodle itu adalah sesuatu yang reflektif tanpa sedar, ia disamakan seakan-akan bahasa tubuh kepada pelukisnya. Sehinggakan doodle boleh jadi bagai amarah hinggakan anda membuat lubang pada kertas, kadangkala sangat terperinci, tepat atau lukisan kebudak-budakan. Jadi jika sesebuah lukisan itu diberikan fokus dan perancangan untuk menghasilkannya, ia bukanlah doodle yang ASLI.

Manusia doodle selalunya kerana bosan akibat mesyuarat atau perbualan telefon yang panjang tanpa melakukan sesuatu. Manusia juga tertekan apabila pendapatnya tidak berpeluang untuk disuarakan, ketika itu mereka sering doodle tanpa sedar. Refleksi dengan membuat doodle sebenarnya telah melepaskan anda dari rasa bingung dan buntu dengan cara selamat.

Doodle adalah kembara minda seseorang. Ia peta dan cebisan yang menceritakan isi minda seseorang. Lebih tepat ia mengambarkan kualiti tersembunyi yang ada pada seseorang itu. Peliknya tiada siapa yang mengarahkan apa yang perlu dilakukan, namun kita semua seringkali akan doodle sesuatu yang hampir sama; bintang, matahari, bunga, ombak, yang berkaitan dengan jati diri, keperluan dan perasaan manusia. Imej-imej yang dilukis juga mempunyai hubungan dalaman dan merupakan indikasi kepada hal yang sedang dihadapi oleh orang yang melukisnya ketika itu.

Rabu, 8 Jun 2016

BANGKIT ZINE ISU # 1 (JULAI 2016)



Suffian atau Pyan yang dikenali menerusi Nathias zine sebelum ini telah muncul dengan karya baru beliau iaitu Bangkit! zine. Seperti saya meninggalkan Kemenyan zine sebagai monumen kenangan silam dan mengarap idea baru yang lebih indie menerusi Pedal To The Metal zine, Pyan juga meninggalkan konsep metal tepu dalam Nathias dan terus bergerak dengan Bangkit! zine. Kata pendahulan yang panjang lebar dari beliau perlu dibaca agar mengenali latarbelakang penulis zine ini.

Bangkit! zine didatangkan dalam bentuk dwi-bahasa (English/Bahasa Melayu) dan turut memuatkan temubual bersama CARBURETOR DUNG yang dipetik dari isu pertama Nathias, dengan adanya wawancara ini, genre Bangkit! boleh dikatakan lebih terarah kepada punk/hardcore. Disulami ulasan-ulasan juga yang lebih menjurus kepada genre tersebut. Saya suka membaca ulasan-ulasan Pyan yang kebanyakannya ringkas dan padat. Anda juga boleh membaca temubual bersama KROSOT, KLABU ASAP, DISOBEY, LANGGAR LARI, artikel oleh aktivis punk dan sebagainya. Dapatkan isu pertama dari penulis yang berpengalaman luas dalam scene UG tempatan ini.

Email: suffianmohamedsalleh@gmail.com

Isnin, 6 Jun 2016

POSKAD ULANG TAHUN ALBUM BLACKFIRE "LAHIR DARI API"


Sempena ulang tahun album BLACKFIRE "Lahir Dari Api" yang diterbitkan 10 tahun lalu pada tarikh ini. Saya mencetak sedozen poskad edisi terhad ini khas untuk peminat-peminat. Bagi yang tidak mengetahui anggota dalam foto inilah yang bertungkus lumus, mengorbankan masa, keringat dan wang berlatih saban hari menyusun semula lagu-lagu klassik BLACKFIRE sehinggalah hari ia dirakamkan pada 2004. 

Ini adalah satu-satunya foto kami bersama. Ia dirakamkan oleh Chainsore, WRECKAR bertempat di perkarangan Stadium Utama, Kangar. Era bersama BLACKFIRE adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan.