Selasa, 25 Julai 2017

MY FATHER DIE (2016)



Filem yang ditulis dan diarahkan oleh anak ‘James Bond’, iaitu Sean Brosnan ini akan jadi kult beberapa tahun ke hadapan. Pierce Brosnan sendiri gemar genre bertema permasalahan sosial. Lihat saja filem “Shattered” (2007) yang digarap beliau dengan konflik keluarga sebegitu gelap hingga memberi inspirasi untuk saya menulis lagu mengunakan judul yang sama dalam album AU REVOIR “Engine of my Heart”. Keluarga Brosnan berjaya membawa tema realiti kehidupan yang pincang untuk dibahas melalui layar perak. Dan “My Father Die” adalah filem arahan Sean yang pertama.

My Father Die mengisahkan kehidupan Ivan (Gary Stretch), seorang ayah pendera dan sociopath biker, dan kasih sayang seorang adik, Asher (Joe Anderson) yang ingin menuntut bela atas kematian abangnya. Chester telah dibunuh oleh Ivan setelah kantoi mengurat girlfriend ayahnya itu. Manakala Asher dipukul hingga pekak dan menjadi bisu. Ivan disumbat ke penjara atas jenayah itu.

10 tahun kemudian, Ivan dibebaskan kerana keadaan penjara yang semakin sesak. Asher yang mendapat tahu hal itu dengan dendam yang membara keluar menjejak ayahnya untuk dibunuh. Malangnya, nyawa Ivan bukan mudah untuk ditamatkan. Asher pula menjadi buruan Ivan sehinggalah Nana, bekas awek ayahnya dulu turut menjadi mangsa.

Filem ini dinaratif dengan puitis oleh suara kanak-kanak, disunting dengan visual yang hebat member kesan yang mendalam pada watak dan plot-plot ceritanya. 

Harus tonton tapi ingat ini filem orang dewasa.

Ahad, 23 Julai 2017

HARDCORE HENRY (2016)



Trailer filem Russia ini tular pada tahun lalu. Kesan khas yang digarap juga sangat mengkagumkan. Namun bagi seorang yang tidak gemar bermain video game skirmish dan tektikal, saya akui memang pening dan serabut bila tiba babak-babak bertempur dari berbagai sudut itu. Filem ini disunting dengan persektif dari seorang individu, bermaksud apa yang Henry lihat itulah keseluruhan filem ini. 

Apa yang menarik filem ini dirakamkan sepenuhnya dengan mengunakan kamera GoPro yang dilekatkan khas pada topeng ciptaan Sergey Valyaev. Potongan rakaman tadi kemudiannya disunting dengan mengunakan software bernama Blender. Dan pembikinan Hardcore Hendry ini dibiayai oleh Indiegogo bagi mempromosi GoPro Hero 3.

Hardcore Henry ditulis, diterbitkan bersama, diarahkan Ilya Naishuller dari kumpulan indie rock BITING ELBOWS. Bahkan Hardcore Henry ini diinspirasikan dari klip video BITING ELBOWS berjudul "Bad Motherfucker" dan "The Stampede".

Ringkasan kisahnya begini, Henry adalah cyborg satu agensi (tentera upahan) yang dimiliki Akan (Danila Kozlovsky). Henry sebagai cyborg dimanipulasi dengan program dan memori palsu supaya dia dedikasi pada ujikaji serta tugasnya. Henry turut terpedaya apabila beranggapan Estelle (Haley Bennett) saintis yang membina tubuh badan cybernatik-nya itu adalah isterinya. 

Jika anda suka aksi tanpa henti dengan jalan cerita yang ringkas. Ini sesuatu yang anda cari.


Isnin, 10 Julai 2017

MENJEJAKI BUKIT TOK DUN







Pulang ke Perlis menyambut Syawal, sempat juga kami daki Bukit Tok Dun, di Laka yang tular dengan aktiviti hiking dan MTB downhill. Kami mengunakan motorsikal dan bergerak sebaik usai Subuh kerana menurut Mad Duha waktu itu puncak Bukit Tok Dun yang setinggi 325 meter berada di atas awan. 

Ketika di atas puncak, kelihatan awan berat lebih tertumpu di Banjaran Nakawan. Bagaimanapun keadaan di Bukit Tok Dun tetap nyaman dan asyik. Ramai sekali orang datang mendaki kebanyakan dari kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Unimap yang hanya berada dibawah kaki bukit ini.

Mad Duha jatuh 2 kali ketika turun, manakala saya jatuh ketika mendaki dan juga ketika turun. Tetapi seronok, adrenalin memanjat bukit dengan motor masih terasa hingga hari ini. Yang tak seronoknya, motor yang baru custom 3 hari lalu mengalami kerosakan agak teruk. Tayar belakang pancit, gear patah, handle bar herot, tengkok motor pun lari alignment. Mad Duha luka kecil di kaki, saya luka di lutut. Tiada kecederaan berat. Janji puas hati.


Kami bercadang untuk berkhemah dan bermalam di Bukit Tok Dun nanti. Nak join?