Sabtu, 25 November 2017

PENGABDI SETAN (2017)


Filem yang diadtaptasi semula dari sebuah filem seram kultus Indonesia (1980) yang perlu anda tonton walaupun ulasan dari pandangan peribadi saya ini hanyalah biasa-biasa sahaja. Bagi pengemar filem hantu dan seram sejak kanak-kanak, mungkin persembahan Joko Anwar belum cukup angker pada pengalaman saya. Pengabdi Setan yang asal punyai aspek-aspek tulen dan penceritaan unik walaupun ada sedikit pengaruh Beyond The Door (1974), Phantasm (1979) dan ia dikenang sebagai pemula kepada unsur kebatinan Islami dan rukyah dalam filem Indonesia yang sebelumnya lebih kepada kepercayaan Kristian.

Pengabdi Setan 2017 benar-benar didokong oleh si mati Mawarni Suwono seorang bekas penyanyi yang terlibat dengan 'satanic cult' ala Crowley selepas berhasrat untuk mendapatkan zuriat. Sedangkan dalam versi asal dibawa oleh pembantu rumah mereka. Walaupun tidak diceritakan dengan jelas, naluri anaknya Toni percaya ibunya Mawarni terlibat dengan upacara selingkuh setan atau 'satanic orgy' dengan pemuja-pemuja setan yang sering hadir disetiap persembahan nyanyian ibunya. Maklumat-maklumat tentang kegiatan diperolehi oleh rakan neneknya, Budiman yang juga penulis kisah-kisah seram dalam sebuah majalah (lebih kurang macam Variasari). Walaupun Toni, Rini (anak sulung Mawarni) pada mulanya kurang percaya dengan cerita Budiman dalam majalah itu, mereka mula ambil serius apabila peristiwa-peristiwa lebih menyeramkan berlaku apabila Mawarni mati. Seterusnya nenek mereka pula mati dalam telaga. Dan kekasih Rini, Hendra turut terbunuh dalam perjalanan kembali untuk membawa perkhabaran dari Budiman tentang status Ian (adik Mawarni). Pengunaan kamera aksi, sudah dijangka untuk babak kemalangan ini.



Filem ini mempunyai sinematografi yang baik. Atmosfera suram dan muram dan ngeri juga berjaya dibangunkan serta dikembangkan. Rasanya dari segi pakaian, kenderaan dan muzik, suasana yang digambarkan adalah sekitar awal 80-an. Runut bunyi juga sesuai dan kemas. Beberapa aspek sosial sedikit sebanyak cuba ditonjolkan, mungkin untuk berlaku adil misalnya; walaupun keluarga Mawarni jahil agama mereka menghormati imam, terbuka untuk bercakap hal agama dan turut mengikut upacaya keagamaan setempat seperti tahlilan arwah. Saya kesan Joko Anwar cuba membawa perbahasan paranormal dalam filem ini dalam watak Imam dengan dialog " yang kembali bukan ibumu tetapi sesuatu yang lain", manakala Hendra berkata "walaupun anak ustaz, aku berbeza pandangan, sebelum wujud agama dan jin, ada sesuatu yang lain", manakala suami Mawarni (lakonan Bront Palarae), Budiman pula percaya pada roh-roh yang kembali termasuk nenek Rini yang kononnya datang kembali dari mati untuk membantu keluarganya dari digangu setan. Babak akhir terlihat di cermin 'hantu' nenek sedang bertarung menutup pintu yang sedang dirempuh mayat-mayat hidup (zombie).

Ok, sepanjang menonton filem ini saya terfikir mungkin juga Joko Anwar sangat mengkagumi dan menekuni karya-karya terkini James Wan dalam menghidupkan watak biarawati, Annabelle, pasangan The Warrens yang diolah semula dalam acuan nusantara. Ia tidak terhenti disitu, cuba lihat pemilihan rumah agam, gaya-hidup Americanized (sarapan pagi barat, tidur pakai seragam, sudah uzur pun pakai gaun putih,) sedangkan mereka bukan orang kaya, tinggal dihujung kampung bersebelahan tanah perkuburan dan pakai air telaga. Lebih kurang The Conjuring versi Asia.

Jika anda biasa dengan filem-filem satanic cult seperti The Lords of Salem (arahan Rob Zombie), (ambil perhatian kenapa pemuja setan yang datang berhimpun depan rumah mereka untuk menjemput Ian (anak keempat Mawarni) dengan pakai kot hitam dan payung hitam? - tipikal imej kumpulan penyembah setan di Barat, diadun dengan zombie bangun menyerang rumah dan seperti Pak Imam terbunuh kerana secara kebetulan dia sunyi dan bermalam di rumah mereka. Ini semua plot-plot ketandusan idea.

Jangan jadikan ulasan ini spoiler untuk anda menontonnya, anda masih boleh menghargai nilai seni dan hiburan didalamnya. Ketika jalan keluar dari pawagam, kedengaran beberapa orang gadis-gadis dah bimbang untuk ke tandas kolej seorang diri malam ini....

5.5/10 

8 ulasan:

  1. aku baca ni aku rasa mungkin cerita ni tak seseram versi 1980...ntah la aku belum berpeluang nak tengok..tapi macamaner seram pun tak akan sama feel seram dia masa kita tengok waktu umur kita 10 tahun...kan?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang original, mesti lagi shocking. Tapi tulah, bagi remaja & kanak-kanak yang tgk versi 2017 ni, mungkin dorang pula kata yang ni versi yang lebih seram.

      Padam
  2. Si bront tu skarang selalu belakon filem2 indon ye.pengabdi setan ni version lama penah tengok.nanti nak try layan yg baru ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh layan bro. Nak kata rugi duit tu takda la. Semua digarap baik. kritik dari segi "keseraman"-nya aja....

      Padam
  3. Baca kat fb tu siap ada org kena histeria tgknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu teknik pengiklanan bro. Biasa la, tu pun tak belh layan Conjuring kan? Siapa ada mati di pawagam terus.. sakit jantung hahaha!

      Padam
  4. Saya setuju dengan anda. Film ini tidak seberapa seram. Memang banyak jumpscare tapi kurang scary pada pandangan saya. Yg istimewa dari film ini adalah production values yg tinggi. Sinematografi dia cantik, tata suara bagus, setting dia terlihat jelas effort membuat suasana 1980s. Lakonan semua convincing. Yang kurang dari film ini adalah plot. Joko Anwar seperti bingung bagaimana membuat akhir cerita yg bagus.
    BTW, soal gaya hidup keluarga Mawarni, mereka awalnya orang kaya karena Mawarni penyanyi popular. Di Indonesia tidak ada yg mempertanyakan karena memang seperti itu gaya hidup kelas menengah atas Indonesia dalam film 1980s.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ sis. Ya begitulah. Saya kabur tentang Mawarni sebenarnya. Apakah dia pernah kaya dan popular kerana LP-nya tidak laku ketika Rini pergi menuntut royalti.

      Padam