Sabtu, 24 Jun 2017

ZAKAT FITRAH


Sebening di masjid Kola tadi:

"ni saya mai nak bayaq zakat pitrah untuk sorang, hok lebih saya niat sedekah".

AMIL "Nanti-nanti. Ikut saya cakap."

" Aku bayar zakat fitrah yang wajib tahun ini bagi aku seorang kerana Allah Ta'ala" (follow tutur kata Amil)

AMIL "Saya terima" (koyak RESIT bagi)

Inilah pertama kali aku akad (shake hands sambil declare) bayar zakat fitrah. Sepanjang hidup di Kangar, kami pi masjid Repoh begini:

"Tok imam ni sayo nak bayiaq zakat pitroh untuk limo oriang na"

Amil: "Ok. (piraaaip! Koyak 5 RESIT bagi).

Dalam hidup aku ni dah 3 kaedah aku bayar fitrah. Dulu masa kerja di Subang Jaya. Aku guna online transfer sahaja ke Baitulmaal. Jadi sketsa ni saja aku nak muatkan bagi orang yang ingat di Perlis ni macam tak berapa nak pakai fatwa Imam Syafi'ey. Yang sebenarnya di Perlis ni cukup luas. Dan orang yang berilmu. Dia tak gelisah dengan kaedah yang berbeza mengikut masjid.

Ulama fiqh menegaskan zakat semuanya bergantung niatnya. Oleh kerana itu orang yang membayarkan zakatnya harus dengan niat membayar zakat, baik diucapkan maupun tidak diucapkan secara langsung.

Isnin, 12 Jun 2017

KURMA KERING DAN MENTEGA


Lama rasanya saya tak ulasan tentang restoran dan makan. Apa kata saya bawa satu juadah kegemaran nabi S.A.W yang sering diperkenalkan akhir-akhir ini. Saya pun tahu mengenainya tahun ini. Dan terus mencubanya kerana saya suka makanan yang senang dibuat dan bahan-bahan pun mudah dicari. 

Janganlah pula menuduh saya ni penunggang agama kerana juadah ‘kurma dan mentega’ ini. Ya, mungkin rakan-rakan pernah mendengar saya agak kurang senang dengan mereka yang memakai rida dan topi logo sandal. Bukanlah kerana saya membenci pemakaian rida yang ada pada tubuh nabi S.A.W. Kini dengan jelas sekali, puak tertentu cuba menjadikan ia satu tanda aras kehebatan aliran-aliran yang mereka bawa. Bukankah itu menunggang agama?

Anda perlu tahu, menunggang agama bermaksud perbuatan yang mendatangkan imbuhan duniawi kepada diri sendiri atau untuk memenangkan hujahnya dengan putar belit. Ringkasnya, agama bukan menjadi syariat buat dirinya tetapi agama pula perlu mengikut telunjuknya. Penungang agama seringkali dikaitkan dengan perdagangan sesuatu amalan oleh individu ‘berjubah’ alim.

Kurma dan mentega ini sama seperti pemakaian serban, selipar bucu tajam, pemakaian rida, ia adalah sunnah ‘jibiliyah’ (kebiasaan orang Arab), bukan nabi S.A.W yang cipta resipinya. Di sisi agama, sunnah 'jibiliyah' ada nilai pahalanya jika dilaksana atas dasar cinta dan kasih kepada Rasulullah S.A.W. Jadi bersedehanalah dalam mengkritik, takut-takut kita jatuh rasa membenci kepada orang yang melakukan sesuatu semata-mata kerana cinta bukan bertujuan membelit kefahaman sesiapa.

“Telah diceritakan kepada kami (Hisyam bin 'Ammar) telah menceritakan kepada kami (Shadaqah bin Khalid) telah menceritakan kepadaku (Ibnu Jabir) telah menceritakan kepadaku (Sulaim bin 'Amir) dari kedua anaknya Busr As Sulami (Abdullah bin Busr) dan (Athiyah bin Busr) keduanya berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masuk menemui kami, lantas kami meletakkan selimut milik kami yang kami hamparkan untuk beliau, kemudian beliau duduk di atasnya. Kemudian Allah menurunkan wahyu kepada beliau di rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar untuk beliau, sungguh beliau sangat menyukai mentega." (Hadis Ibnu Majah No.3325)

* Tamar = Kurma kering

* Mentega = (Zubdah) terhasil dari lemak haiwan biasanya berasal daripada krim susu atau lemak susu. Secara fizikal, mentega memiliki tekstur yang lebih lembik berbanding margerin sehingga tidak dapat bertahan dalam suhu bilik atau mudah meleleh. Warnanya cenderung lebih pucat dan memiliki aroma khas yang sangat enak seperti aroma susu. 

Tidak diriwayatkan bagaimana cara nabi S.A.W memakan kurma kering dan mentega itu. Namun saya memilih mentega salted (bergaram) sebagai juadah iftar petang ini. Ringkas sahaja. Buang biji, sapu mentega, bismillah dan makan. SEDAP!

Hayati mazhab syammail… mazhab cinta. Tiada lain penyebab saya mencuba juadah ini semata-mata kerana baginda menyukainya. In Sha Allah.