Isnin, 18 Julai 2011

METAL HAMMER – JULAI 2011 ISU 219


Dibungkus dengan sebuah envelop khas dengan kerja seni Eddie di ziggurat sebagai merujuk kepada cover story kali ni kejayaan menakluki 2 juta peminat di Amerika Latin. Cerita dahulu dan terkini tentang Iron Maiden seolah-olah tidak penah habis-habis. Dan tiada majalah lain yang mampu memperinci laporan dan berita sebaik Alexander, editor MH sendiri. Begitu juga sedikit lanjutan cerita mengenai pengunduran gitaris lagenda KK dari Judas Priest dan kejutan album baru mereka yang tetap akan dikeluarkan tanpanya. 

Berita dan temubual bersama Nergal yang dalam proses penyembuhan kanser dan telah berambut pendek kerana menjalani kimo. Nergal bagaimanapun komited dengan kerja-kerja seni beliau dan terkini beraksi bersama lagenda Fields Of Nephilim sebagai penyanyi undangan semasa persembahan mereka di Poland.


Kedatangan sebuah kumpulan misteri bernama GHOST dari Sweden dipromosikan dengan berbagai-bagai mitos. Ghost dikatakan ditubuhkan dan dianggotai oleh semua pemuzik terkenal tidak mahu mendedahkan identiti mereka. Mengetengahkan muzik Heavy Metal yang mempunyai propaganda Satanic dan Anti-Kristian serta menyasarkan kejayaan komersial. Ghost berselindung disebalik topeng-topeng pelik dan jubah-jubah yang menakutkan sebagai imej mereka. Ini dapat dilihat dari kejayaan-kejayaan mereka dalam menempa nama disetiap konsert-konsert besar dan yang terbaru mereka menganas di Download Festivial. 

Begitu juga kelahiran semula dan penjenamaan semula muzik In Flames tanpa peneraju utama Jesper Stromblad. Liputan tentang kesudahan Hole In The Sky Festival di Bergen, Norway dibuat dengan penuh nostalgia memandangkan festival ini telah berusia 12 tahun dan hanya didominasi oleh kuasa-kuasa lama era 90-an dari Norway. Turut menampilkan temubual khas bersama Torgrim, booker utama HITS yang membicarakan kepada festival ini perlu berakhir. Menampilakan Big 4 Norway iaitu: Immortal, Mayhem, Enslaved dan Satyricon, ia merupakan majlis penutupan penuh emosi bagi mereka yang terlibat. Tumpuan bagi sampler cd pada kali ini semestinya Gojira yang dianggotai Devin Townsend dan Meshuggah, In Flames, Graveyard, Anal Nathrakh yang dianggotai pemain drum Napalm Death dan Pain – sebuah projek tekno rock dari Peter TÃĪgtgren. Sebuah isu yang hebat dan penuh sensasi metal!

Ahad, 10 Julai 2011

KHEROW @ PERLIS & HADYAI


Kedatangan Kherow adalah secara mengejut disebabkan Kuala Lumpur yang lumpuh oleh kerana Perhimpunan Bersih. Asal tujuan mereka untuk menyaksikan Konsert 2 Raksasa ( Sweet Charity dan Blues Gang ) ditukar kepada perjalanan ziarah dan rekreaksi.

Kherow kini giat dalam proses merakamkan album terbaru mereka yang lebih aggressif dan teknikal. Zizie yang merupakan gitaris utama Kherow memberitahu, mereka akan cuba menyiapkan 10 buah lagu dan mengeluarkan cd tersebut pada hujung tahun ini juga. Faithcraft Productions sekali diberi kepercayaan untuk menerbitkan album tersebut, walaubagaimanapun Kherow masih belum memutuskan siapakah yang bakal menjadi penyanyi mereka? Lebih genting, mereka terbabit dalam sebuah persembahan di Jakarta pada September ini.


Seterusnya kami makan malam di Restoran Samudera, Kuala Perlis dengan suasana yang tenang dibawah alunan lagu evergreen dan pelayan-pelayan wanita yang manis-manis belaka. Hidangan malam itu adalah ikan jenahak masak 3 rasa, butter prawn, sotong goreng tepung, sayur kangkung, Sup daging, nasi putih dan jus buah-buahan. Semua dibuat untuk hidangan 3 orang. Harga kesemua hidangan tersebut hanya RM86.00. Berbaloikan!

Seterusnya kembara Kherow adalah ke Hadyai untuk membeli belah dan mencuba masakan disini. Antara peristiwa penting, kami jumpa pelukis di Idea Market yang menjual potret Dato Najib, burung puyuh goreng tersangkut di rantai Zizie (hehe!), Zizie makan pulut durian + udang goreng harga 200 bath, Zizie beli dvd Dimebag Darrell dengan booklet tulis cina (hehe!), dan macam-macam lagi benda haru-biru. Zizie bermalam di Perlis manakala Afdzal di Jitra, keesokkan harinya kami ke Padang Besar semula kerana Zizie masih tidak puas hati shopping.








Sabtu, 9 Julai 2011

SOKET KUASA BARAKAH

Sebenarnya cetusan idea untuk inovasi ini terjadi semasa aku terkandas seorang diri di Immegresion Checkpoint Singapura beberapa bulan lalu. Hilang punca aku ke Masjid An Nur, di Terminal Bas Larkin untuk solat dan berehat sementara menanti rakan lama, En. Anthony menjemput aku.
Dalam masa yang sama, bateri telefon bimbit pula dah tenat. Pada fikiran aku mungkin boleh tumpang cas telefon buat beberapa minit sementara menantikan panggilan dari En. Anthony. Terlopong aku bila tengok papan tanda –ORANG AWAM DILARANG MENGUNAKAN POWER POINT MASJID INI. Aku toleh kiri dan kanan ada beberapa orang remaja mengunakan laptop. Aku perhatikan kabel elektrik tidak dihubungkan pada soketnya. Menghormati kehendak AJK masjid An Nur, ( kita faham tanggungan Masjid tersebut, jadi tiada masalah bagi aku dengan larangan tersebut) maka aku turun ke kedai alat komunikasi di kawasan bawah terminal Larkin. Aku mohon kedai tersebut untuk cas-kan telefon bimbit aku. Aku dikenakan RM3 bagi tempoh 1 jam untuk perkhidmatan tersebut. Aku memberitahu mereka, aku hanya perlu 30 minit disebabkan En. Anthony telah dalam perjalanan untuk menjemput aku. Namun pemilik kedai tersebut tetap berkeras mengenakan RM3 bagi tempoh tersebut.

Jadi dalam tempoh 30 minit tersebut, aku kembali ke surau dan termenung memikirkan RM3 itu adalah lebih baik aku sedekahkan pada masjid tersebut untuk menampung kos penyelenggaraannya. Aku lihat sekeliling, ada beberapa orang lain yang terkandas pengangkutan bas yang turut bermasalah seperti aku. Kita dapat rasa dari keluh resah wajah mereka disamping sering melihat skrin telefon bimbit dan mata yang meliar mencari soket-soket elektrik. Manakala begitu juga murung masam wajah kaki-kaki gajet yang lain, yang hidup mereka memerlukan akses internet dan laptop sentiasa. Pening kepala dibuatnya bila bateri laptop dah beri amaran!

Terlintas difikiran mengapa AJK masjid di tempat-tempat tumpuan musafir, dan pengunjung terkandas seperti ini tidak disediakan satu ruangan powerpoint yang mengunakan konsep vending machine. Seperti vending machine yang menjual air di tempat-tempat rekreasi atau mesin basuh di universiti-univerisiti, konsepnya tetap sama. Jika sebelum ini perkhidmatan yang diberikan adalah bergantung pada jenis mesin tersebut yang mengunakan kuasa elektrik. Mengapa tidak ditawarkan perkhidmatan memberi bekalan elektrik itu sendiri?

Buat sebuah peti selamat pada dinding masjid, hubungkan punca kuasa dengan coin box atau kini telah ada note box dan tetapkan jangka masanya mengunakan timer. Jangan biarkan jangka masa ditetapkan oleh pelanggan, sebaliknya tetapkan pelanggan hanya dapat mengunakan dalam tempoh sejam atau dua jam kemudian isi semula. Jika dibiarkan kebebasan tetapan masa oleh pelanggan dibimbangi akan disalahguna pula. Mungkin kadar RM2 sejam sudah cukup berbaloi dan praktikal.


Sebaiknya soket berada dibahagian luar masjid supaya pelanggan tidak menganggu jemaah. Sebaiknya disediakan sebuah bangku khas atau halaman khas. Disini aku lakarkan sedikit gambaran projek ini yang harapnya boleh direalisasikan oleh mana-mana masjid.

Aku namakan ia Soket Kuasa Barakah disebabkan mungkin dengan mengunakan perkhidmatan ini sumbangan kita mendapat berkat dalam menjana pendapatan masjid. Wallahualam…