Rabu, 31 Disember 2014

DEBU DI LAGENDA PEKAN RABU



“Undanganmu sudah ada, kamu buta huruf, kasihan. Maka tak bisa bacanya, sambil hilang kesempatan. Kesempatan bagai awan, kalau lewat tak kembali…”

Ini salah satu diantara bait-bait lirik yang begitu menusuk qalbu dari lagu “Pesta Asyik”, apa yang saya faham daripadanya adalah mereka yang lalai dan tidak mampu memahami isi al Quran itu pasti kerugian untuk dapat kembali kepada Tuhan dalam keadaan yang penuh kegembiraan. Saya pernah menulis mengenai DEBU sebelum ini tetapi ada baiknya saya ceritakan sedikit lagi mengenai mereka, dan bagi yang tidak tahu, projek solo muzik ambient saya bernama AHMAD RA1M1 juga diinspirasikan oleh DEBU. Antara perkara yang saya ingati tentang bagaimana saya begitu mencintai muzik mereka ketika era myspace. Saya membina sebuah fanpage untuk DEBU kerana mereka tiada page untuk mempromosi muzik mereka ketika itu. Dan saya memaklumkan hal tersebut pada pengurusan DEBU. Namun pengurus mereka, Najib Ali meminta saya memadamkan akaun tersebut. Mungkin beliau mahu membina dan menguruskan page DEBU sendiri. Saya pun terus memadamnya. Dan satu lagi, sayalah orangnya yang memperkenalkan kumpulan DEBU menerusi myspace kepada penyanyi kumpulan black metal lagenda, ANCIENT yang memeluk Islam pada 2006. Kristin atau kini dikenali sebagai Hayam Nur terlibat dalam rakam album “Palace Troubadour” dengan lagu berjudul “L’Alba”.


Tahun demi tahun, DEBU semakin menyepi dari bumi Malaysia namun menyebarkan muzik mereka lebih luas hingga ke Iran dan Turki. Permainan dan persembahan mereka semakin mantap melalui apa yang saya dapat amati di youtube. Saya sekadar mengikuti perkembangan mereka melalui twitter peribadi milik ketua mereka, Mustafa Da’ood.

Bagi yang tidak tahu langsung mengenai DEBU, mereka adalah warga Amerika yang berhijrah ke Indonesia melalui sebuah ilham dan bimbingan dari Syeikh Fattah. Pada mulanya kebanyakan mereka adalah pensyarah universiti di Makassar dan DEBU hanya sekadar kegiatan kokurikulum mereka. Namun ia berkembang dan terus menjadi kerjaya mereka sepenuh masa. Perkataan ‘debu’ dari bahasa Melayu dipilih mereka merujuk kepada personaliti disebalik kumpulan ini. Mereka tidak mahu orang ramai ambil pusing mengenai diri mereka dan menganggap semua yang ada pada mereka serta siapa mereka tiada sebarang makna kecuali pemberian Ilahi. Mereka hanya mahu orang ramai fokus kepada mesej yang ada pada muzik DEBU bukan fesyen atau imej yang mereka bawa. Secara am, mereka adalah kumpulan muzik beraliran ‘Sufi’ dan jangan sesekali melabelkan mereka nasyid. Kerana mereka adalah sebuah kumpulan world music atau fusion yang membawa erti ia adalah gabungan gambus, rebana, dram, gitar, baglama, tamborin, dumbek, harp, bass elektrik, seruling, biola dan berbagai-bagai alat muzik traditional seluruh dunia.

Saya mendapat mesej melalui Whattsapp dari Chainsore (bassist WRECKÄR) pada 28/12/2014 memaklumkan DEBU akan terus membuat persembahan di Alor Setar, Kedah. Beliau memang sedia maklum saya pendengar DEBU sejak kami berkelana di Kuala Lumpur lagi. Terkejut dengan maklumat berkenaan saya terus menghubungi saudara Mustafa, kebetulan beliau memberikan nombor telefonnya beberapa hari sebelum itu. Segera Mustafa mengesahkan kebenaran gig tersebut. Saya gembira.

Saya ingatkan DEBU pasti datang awal, bolehlah kami meluangkan masa berbincang dan berkongsi dalam banyak perkara. Banyak juga yang ingin saya tanyakan pada mereka. Apa yang saya tidak tahu kehidupan mereka persis kumpulan rock/metal yang gemar melakukan jelajah (touring), jadual mereka ketat dan sibuk sekali. Kedatangan mereka ke gig Lagenda Pekan Rabu ini adalah sesuatu kesempatan yang amat singkat sekali!

Pekan Rabu dimulakan oleh Tunku Yaakob ibnu Sultan Abdul Hamid pada tahun 1920, dinamakan pekan Rabu kerana pada asalnya ia hanya beroperasi pada hari Rabu. Pada 1932 ia berpindah ke Jalan Tunku Ibrahim. Ia pernah menjadi tempat pertemuaan pejuang-pejuang kemerdekaan Negeri Kedah dan seperti yang anda semua sedia maklum mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di situ. Sehingga hari ini ia merupakan mercu perniagaan orang-orang Melayu di bandar Alor Setar. Pekan Rabu sedang menjalani proses ubah suai dengan kos RM53 juta untuk meningkatkan daya tarikan pelancongan di situ. Maka kira-kira 370 peniaga di Pekan Rabu dipindahkan ke ruang niaga Ukir Mall buat sementara waktu. Gig ini atau apa yang pihak penganjurnya namakan Caravan of Praise adalah sebuah hiburan Islamik alaf baru yang cuba diperkenalkan buat pertama kalinya di Kedah secara percuma tanpa sebarang pengharapan yang tinggi bagi kedua-dua belah pihak; band dan penganjur. Tetapi difahamkan untuk memberi pendedahan dan tanda aras baru kepada kaedah berdakwah yang juga seperti kata penganjur.

Mungkin anda telah sedia maklum, saya seorang yang tidak pernah bersetuju dengan terma muzik dakwah. Saya lihat banyak artis-artis Malaysia mempromosikan terma tersebut. Saya kurang pasti mengenai DEBU, tetapi saya  pernah mendengar Mustafa mengatakan mereka sekadar menyampaikan mesej ketuhanan dan kecintaan pada Tuhan. Pendapat peribadi saya sebagai seorang peminat muzik bermesej ketuhanan, jika nabi redha berdakwah melalui muzik sudah pasti ia membenarkan cara dakwah hiburan yang lebih disenangi zaman jahiliyah itu sejak dari era kerasulan baginda.

Dakwah maksud singkatnya menyampaikan keterangan pada yang tidak tahu. Saya tidak lihat seorang pun non-muslim datang berhibur sambil cuba memahami apa yang Caravan of Praise ingin sampaikan. Promosi mereka masih kecil-kecilan dan tiada golongan sasaran untuk disampaikan ‘dakwah’ berkenaan. Apa pun seperti yang mereka katakan, ia sebuah permulaan. Kita berharap Caravan of Praise akan menjadi acara tahunan dan DEBU kekal sebagai band terpenting di dalamnya. Apa yang ada malam ini mungkin “islah”, pengacara majlis banyak menyeru orang ramai berselawat dan salam pada Rasulullah SAW.

Kemaskini dari Saleem, peniup seruling dan penyanyi latar DEBU menyatakan mereka tiba di lapangan terbang Penang sekitar awal pagi Selasa, 30/12/14. Rancangan saya untuk bertemu mereka nampaknya tidak kesampaian kerana pada malam ini mereka pasti sibuk. Saya tidak dapat sebarang maklumat mengenai Mustafa. Sibuk juga agaknya.

Nak dijadikan cerita, pulang dari kerja jam 2.00 petang kereta (mobil) pula tidak mahu hidup. Zaki satu-satunya mekanik Volvo berdekatan macam selalu pukul 2.00 petang kita cari dia, pukul 5.30 petang pun belum sampai lagi. Volvo saya memang sejak dari dahulu lagi mempunyai masalah pendawaian elektrik ke pam petrol. Masalah yang tidak berkesudahan. Jadi terpaksalah saya mendapatkan mekanik lain pula setelah berjam-jam menghabiskan masa menunggu Zaki. Mujurlah pendawaian semula hanya mengambil masa sejam, difahamkan pada bahagian bawah kereta masih basah akibat meredah banjir beberapa hari lalu.

Pulang ke rumah saya terus bungkuskan beberapa material dari Faithcraft Productions untuk dihadiahkan kepada Mustafa Da’ood. Selesai solat Magrib saya terus bergerak ke Alor Setar seorang diri, Chainsore yang pada pulanya ingin turut serta terpaksa membatalkan hasrat kerana mempunyai sedikit masalah dipejabat. 


Saya tiba diperkarangan Ukir Mall sekitar jam 8.45 malam, keadaan lengang kelihatan beberapa khemah didirikan di bahu jalan dan ada sebuah pentas dihujungnya. Saya tersenyum, mungkin sebab itulah ia dinamakan Caravan. Tiada masalah langsung untuk parkir kenderaan, malah saya boleh meletakkan kereta saya agak hampir di pentas. Keadaan lengang diparkir. Nampaknya Radhi OAG (OLD AUTOMATIC GARBAGE) sedang mendendangkan lagu “Destinasi”, ada kira-kira 30-40 orang penonton sedang menyaksikan Radhi. Saya pernah mendengar album pertama OAG ketika meletuskan arus alternative rock ketika dibangku sekolah. Katanya waktu itu OAG sangat teruk dan gagal dalam membuat persembahan live? Tetapi pada malam ini saya dengar dan lihat, beliau boleh membawa lagu-lagunya dengan baik dan menghiburkan. Dihadapan pentas terdapat tempat khas berbantal, beralas kapet yang sedang diduduki oleh 5 orang ahli DEBU. Saya menyapa Saleem, Mujahid dan Ali, mereka membalas dengan ramah dan mesra terutamanya Saleem. Ali Afro turut menganggotai kumpulan GROOVE & ROLL, ujar Saleem. Banyak yang saya bualkan bersama Salem berkisar tentang musibah yang melanda penumpang AirAsia hingga ke banjir. Ketika itu Radhi sedang menyampaikan lagu terakhirnya. Kelihatan Saleem dan rakan-rakan begitu ceria menyokong acara malam ini, mereka dengan selamba, menyiulkan lagu, bertempu tangan, meminta para hadirin menyokong persembanhan Radhi. 


Saleem: Siapa dia?

Saya: Radhi ni boleh dikatakan founder indie rock di Malaysia, di zaman itu ia dikatakan alternative rock kan? Dengarnya carrier dia merundum kerana drug misuses.

Saleem: Masih lagi?

Saya: Oh tidak. Sudah insaf.

Saleem meminta android saya dan memasukkan nombor telefonnya sendiri. Ujar beliau jika ke Jakarta bilang awal-awal kalau mahu ke rumahnya. Karektor Saleem mudah didekati sesiapa sahaja, ketika itu saya memberikan dua album awal DEBU dan meminta mereka menurunkan tandatangan. Sesuatu yang saya tiada keinginan untuk lakukan tetapi saya lakukan sekadar ikut-ikutan. >>rujuk artikel ini>> Saleem bertanya adakah saya pemuzik sepenuh masa. Saya memaklumkan muzik hanya hobi buat saya, saya pekerja sosial yang tugas saya membantu orang fakir, orang gelendangan dan terabai. Saleem teruja. Saya bertanya adakah DEBU boleh dapat membuat persembahan di institusi kebajikan suatu hari nanti? Saleem terus mengatakan bisa! Bisa! Untuk masa akan datang kita rancangkan lebih show. Katanya. 


Giliran Altimet mendendangkan lagu-lagunya. Saya memang tidak tahu langsung mengenai beliau kecuali nama. Chainsore lebih mengenalinya, katanya saudara-mara dia juga. Nampaknya anggota-anggota DEBU berminat dengan hiphop bawaan Altimet. Mujahid, Ali Afro, berdiri memberikan sokongan dengan bertepuk tangan. Saleem memberi tahu Mustafa tiba di Penang jam7 malam tadi dan sedang dalam perjalanan ke Alor Setar menaiki kereta. Mustafa datang seorang diri dari Jakarta.

Saleem; Siapa dia?

Saya: Altimet ini mungkin boleh kita kata the newest rising hiphop star kot? Saya kurang tahu pasal muzik ini tapi rasanya beliau banyak menghasilkan single serta lagu tema atau soundtrack untuk rancangan TV atau untuk commercial.

Saleem: Kalau di New York hiphop sesuatu yang biasa. Hiphop yang Islamik juga sesuatu yang normal. Kebanyakan hiphop Islamik dipelopori oleh black. This guy Islamik? Sambil menunjuk kearah Altimet.

Saya: Ermm.. Maybe. Erm.. Yes. Yes. Islamik. Sebab masa tu lirik Altimet.. syukur… nananana… syukur..nanana…. syukur… nananana.. 

Kemudian dia menunjukan ke arah Andy Flop Poppy yang sedang berbual berdekatan kami. Oh, dia ni kiranya legend jugalah, dia banyak join band UG dan heavy metal. Band pop dia boleh dikatakan berjaya juga.

Saleem: Jika legend, maka tiada band lagilah? Sudah tidak main heavy metal lagi?

Saya: Rasanya mungkin hanya bermain muzik pop sahaja.

Saleem.. ohhh.

Saya: Bagaimana presiden yang baru? Jokowi.

Saleem: Entah? Enggak ambil pusing. Dia jadi presiden atau tidak, keadaan dirumah kita sama sahaja kan? Kalau kita mahu makan kita harus usahakan sendiri juga kan?

Saya: Tetapi beliau agak popular di Malaysia.

Saleem: iya?

Saya: Ya, mungkin kerana Jokowi orang kebanyakan. Di Malaysia Perdana Menteri nya orang bangsawan, tinggal di istana dari usia kecil. Dia mana tahu kesusahan rakyat, dia mana faham apa itu kesusahan hidup. Maka kebanyakan orang Malaysia kalau boleh mahu orang yang faham derita rakyat biasa jadi pemimpin.

Saleem: ya.. ya..senyum.

Saya: Saleem tahu tak, kira-kira dua minggu lalu, penguasa agama Islam di Malaysia keluarkan fatwa mengharamkan gitar dan piano kepada Muslim, sedangkan saya lihat beberapa orang ustaz dan penceramah turut bermain gitar dan membenarkannya asal tidak lalai. Bagaimana itu Saleem?

Saleem: lalai?

Saya: Maksudnya tidak terlalu asyik dengan gitar hingga lupa Tuhan.

Saleem: itu semua tiada asas. Itu mainan pemerintah. Itu semua politik. Itu bukan agama. Politik!

Banyak yang kami bualkan. Hingga tidak sedar persembahan Altimet telah tamat tetapi Mustafa masih belum kelihatan. Namun pihak penganjur bijak mengatur majlis, memberi sedikit pengenalan kepada Caravan of Praise, berselawat, hingga akhirnya Mustafa pun tiba. Langsung tiada kepenatan timbul diwajahnya. Sedang DEBU baru sahaja melakukan sebuah persembahan di Shisha Cafe, Kemang Jakarta. Mustafa terus meminta diri untuk menukar pakaian hanya disebalik van dan terus tunning gambus nya dibelakang pentas dalam masa yang sama melayan peminat-peminat. 


Mustafa Da’ood seperti yang saya cuba gambarkan sebagai mana realitinya. Beliau kacak, sangat merendah diri, penyantun dan intelek. Sebaik memperkenalkan diri, Mustafa memperkenalkan saya pada Mujahid, yang kemudian membalasnya: yeah, he is an old school fan. Look what he bring up to you.

Saya menunjukkan 2 album pertama DEBU. Mustafa tersenyum, sambil memegang album “Mabuk Cinta” dia berkata, dalam album ini we almost know nothing about music, we have no experience in studio, recording and knowledge about the instruments. Sambil ketawa. Mustafa bercakap fasih bahasa Indonesia dan kadang-kadang mengunakan Inggeris pelat Amerika Syarikat. Kemudian dia menunjukan saya album “Makin Mabuk” lihat lukisan ini. Saya sukakannya.

Saya: Kamu menyanyi dengan lebih bagus dalam “Makin Mabuk” dan sekarang mungkin lebih hebat. Saya telah ketinggalan 3 album DEBU. Tetapi Saleem ada berjanji untuk menghantarkan kepada saya.

Mustafa: Alhamdulilah.

Saya: Saya ada bawakan hadiah buat anda. Ini sebagai tanda ada orang Malaysia yang menghargai muzik DEBU.

Mustafa: Tetapi saya tidak membawa apa-apa hadiah langsung untuk Raimi dari Indonesia?

Saya: Muzik DEBU adalah hadiah yang terbaik buat saya.

Mustafa: Masya Allah. Alhamdulillah.

Saya: Nanti lepas persembahan harus terus ke KL atau bisa makan-makan dulu?

Mustafa: Boleh rasanya. Kita makan roti canai dan teh tarik. Setiap kali ke Malaysia kami akan makan itu.

Saya: Hahahaha! Mujahid makan berapa biji roti canai. 5 biji?

Mujahid: Yeah, I eat roti canai like this much ( sambil menunjukan bertingkat-tingkat!)

Pengurus DEBU: Tak boleh rasanya. Kita harus segera ke KL kerana flight jam 5 pagi.

Mustafa: Pasti ada masa, usaha bimbang. In Shaa Allah.

Begitulah Mustafa, nama-nama Allah sentiasa basah dibibirnya. Selain mempunyai personaliti yang hebat, konduktor muzik DEBU, penyanyi dan pakar gambus. Imej beliau menjadikan DEBU bukan sekadar kumpulan kebanyakan. Begitu juga setiap anggota-anggota DEBU yang lain.

DEBU membawa peralatan muzik mereka sendiri kecuali dram set. Salem membawa seruling mungkin seratus batang rasanya. DEBU hanya menampilkan 6 orang anggota pada malam ini dari 14 orang kesemuanya. Ketika itu hadirin hampir mencecah 50-60 orang dan sudah mula berani untuk kehadapan pentas. 


DEBU naik ke pentas dan terus memainkan lagu–lagu yang di petik dari album-album terkini yang semestinya agak asing buat saya. Namun beberapa lagu-lagu telah saya kenali melalui youtube begitu meninggalkan kesan mendalam kepada saya dan semua penonton. Mustafa suka bercerita dalam bahasa yang baik mengenai intipati setiap lagu yang akan dimainkan, malah bagi setiap lagu beliau akan mengajar semua penonton menyanyikan dahulu korus nya agar semua dapat menyanyi bersama. Saleem memikul tugas menaikkan semangat dan aura penonton malam itu kerana beliau lebih bebas bergerak ke sana sini dengan serulingnya. Saleem benar-benar gaya penghibur professional dan berkharisma. Kata Mustafa sebelum menceritakan kisah Laila Majnun versi mereka, Saleem adalah ahli DEBU yang paling romantis. Saleem mengalunkan bunyi serulingnya yang syahdu ketika Mustafa bercerita tentang kisah cinta agung sebelum mendendangkan lagu “Malam ini”. Ujar Mustafa lagu “Malam Ini” pasti akan dimainkan beliau dimana sahaja persembahan DEBU kerana atmosfera romantisnya terhadap Sang Pencipta. Persembahan mereka direhatkan dan diberi ruang kepada Ali Afro dan Luthfi Rahimi untuk beraksi dengan rebana mereka. Persembahan yang mantap dan memukau terutamanya dari Luthfi. Antara lagu lain yang dimainkan adalah Mainkanlah Rebana itu, Macan Hutan (Tiger of the Forest), Hentakkanlah Kaki dan Kami Tak Keluar. 


Walaupun sistem bunyi yang minimal serta pentas yang kecil. DEBU telah memberikan yang terbaik, kadang-kadang kedengaran seperti persembahan jazz perkusi dan kadang-kadang mengingatkan saya juga kepada BLACKMORE’s NIGHT pada sentuhan gypsy nya.

 
Tamat persembahan penganjur dan orang ramai berfoto bersama. Manakala anggota DEBU dan krew-krew terus mengangkat peralatan mereka. Saya mendapatkan Mustafa, bagaimana ya sempatkah makan dulu?

Mustafa: boleh-boleh. Kamu bawa mobil? Nanti boleh kamu hantar saya ke Regency Hotel? Sambil bergambar dan bersalam dengan peminatnya.

Kami terus berjalan ke kereta saya. Mustafa langsung tidak kisah dengan kereta buruk saya dan kami terus mencari restoran mamak yang berdekatan, ketika pusing di stadium dan jam semakin menghampiri 12.00 tengah malam, beliau bertanya: orang Melayu suka keluar malam-malam ya?

Saya: Iya, orang Melayu gemar makan di luar.

Mustafa: seperti orang-orang Arab juga, semasa di Turki mereka juga gemar keluar malam begini.

Saya: Tak juga. Mungkin disebabkan mereka merayakan New Year.

Mustafa: Oh ya. Ya.

Saya: Seharusnya persembahan DEBU dihadiri ramai orang sebentar tadi kerana ia percuma kan? Kalau DEBU di Indonesia, pasti ribu-ribu orang datang kan?

Mustafa: Iya. Tak mengapa, saya anggap ini sebagai permulaan. Lagipun ia sesuatu yang baru di sini kan?

Saya: Iya. Kami agak kurang berhibur cara begini. Benar, ia suatu permulaan. Saya dari negeri seberang, bersebelahan Thailand. Sangat hampir.

Mustafa: Oh, bisa berbahasa Siam?

Saya: Sedikit-sedikit. Tapi negeri saya lagi keras undang-undangnya, rasanya sejak umur 10-12 tahun kali terakhir funfair dibenarkan di negeri saya, apatah lagi konsert rock? Haha. Negeri Kedah sebelum ini diperintah oleh partai Islam.. macam Acheh, tetapi tidaklah keras seperti Acheh.

Mustafa: Oh tetapi kami sangat diterima di Acheh. SLANK baru saja bermain di Acheh. Boleh saya tahu mengapa jadi begitu?

Saya: Alasannya kerna tidak mahu muncul masalah sosial. Pergaulan bebas.

Mustafa: Oh ya.. semasa DEBU membuat show di Turki, semasa saya mengajak orang menyanyi bersama-sama. Ya, ada juga orang yang mempersoalkan kenapa campur lelaki-perempuan? Tetapi ada orang yang jawapkan untuk saya sebelum sempat saya cakap. Orang itu bertanya kembali… Di Mekah ketika tawaf itu bagaimana? Tidakkah campur lelaki perempuan?

Saya dan Mustafa tersenyum. Ketika melalui Masjid Zahir, beliau minta kalau boleh saya hentikan kereta sebentar untuk bergambar. Sudah pasti saya tidak keberatan. Beliau dengan budiman bertanya, Raimi tiada masalah jika kita selfie? Sudah tentu ok sahaja. Kemudian saya meminta bantuan beberapa orang jururawat yang kebetulan berada di situ untuk berfoto kenang-kenangan. Saya pun bercerita bak pemandu pelancong sesat; Masjid Zahir ini antara sebuah masjid tertua di Kedah, seperti kebanyakan sultan-sultan dahulu yang warak, istana mereka pun berada dihadapan masjid. Tetapi istana ini dah dijadikan muzium. 


Mustafa hanya senyum pura-pura. Ketika bertanyakan tentang Jokowi, beliau juga berkata kurang gemar bercerita hal politik. Nampak beliau tidak suka hal-hal pemerintah dan raja. Saya pun terus bercerita Negeri Kedah juga salah sebuah empayar Islam tertua di Tanah Melayu. Dan selatan Thai juga dahulunya dibawah Negeri Kedah.

Mustafa: Ada orang Siam bercakap Melayu kan?

Saya: Iya. Kerajaan Pattani.

Mustafa: Jadi Raimi main heavy metal? Main bass?

Saya: Saya main bass, gitar dan dram. Tetapi saya tidaklah sehebat anda. Muzik anda yang membuatkan saya ingin berubah kearah yang lebih positif.

Mustafa: Alhamdulillah. Raimi kenal Ombat?

Saya: Ombat dari band Tengkorak?

Mustafa: ya..ya.. Ombat bersama angkatan Metal Satu Jari. Sudah beberapa kali kami buat appointment untuk berjumpa. Namun hingga kini masih belum bertemu. Raimi pernah ke Hammersonic? Rasanya sahabat saya dari kumpulan SUCKERHEAD turut terlibat sama.

Saya: Oh...Mustafa, pendengar muzik Malaysia agak trendy sebenarnya.

Mustafa: (ketawa bersama).. Ya! Ya!

Saya: Tidak kiralah muzik bercirikan ketuhanan pun, orang Malaysia suka yang telah sedia popular, kalau ia easy listening mungkin DEBU dah popular. Tetapi saya fikir muzik DEBU itu hard-listening, agak complex susun bunyinya..

Mustafa: ya..ya.. Tidak apa. Ia permulaan. Suatu perkenalan. Kuncinya kami bersedehana dan terus aja jalan sendiri-sendiri.

Saya faham, apa yang Mustafa maksudkan itu istiqamah. Kami sampai di pekan Rabu yang asal, kami tinjau keadaan disitu. Mustafa berkata lagi nampaknya tidak sempat juga untuk makan-makan dan meminta untuk saya terus ke Regency. Sebaik tiba di Regency, Mustafa masih berusaha untuk keluar makan dengan saya. Namun semuanya telah sedia untuk bertolak ke KL, Radhi OAG terkam menghadiahkan Mustafa CD-CD dan gitar pick. Kebetulan saya berada bersama Mustafa, beliau turut berikan pada saya. TQ Radhi. Saya difahamkan OAG membawa pengertian berbeza sekarang. Orang Asia Genius. 

Akhirnya minum kopi di Kedai Arai seorang diri, kata Mustafa  "Life becomes life when it has three major components, good coffee, good music and a good woman!

Mustafa memohon untuk bertolak dan kami berpelukan dan bersalaman. Rasanya begitu singkat dan pantas masa untuk berbual, banyak lagi soalan untuk saya tanyakan kepada beliau. Namun itu sudah ketetapan Ilahi. Mustafa berada di Malaysia kurang dari 10 jam dan sebaik sampai di Jakarta esok hari, DEBU akan terus menempuh perjalanan selama 5 jam ke Cirebon pula untuk melakukan persembahan. Kehidupan touring mereka persis kumpulan-kumpulan rock antarabangsa. Namun semua mereka memberikan persembahan yang hebat dan mantap tanpa sebarang masalah, menandakan jiwa dan kesihatan mereka benar-benar berada dalam tahap yang sempurna.

Kenangan bersama DEBU adalah antara saat paling yang indah buat tahun 2014.

Rabu, 24 Disember 2014

JOE (2013)


Kalau mahu dinilai dari segi rekaan poster dan kulit DVD serta sinopsis memang tiada apa yang menariknya tentang filem ini. Tetapi saya jangka persembahan watak yang baik dari Nicolas Cage walaupun ia sekadar kisah kekampungan dan secara lisannya ia produksi berbudget kecil (USD4 juta). Joe disunting dari novel dengan tajuk yang serupa. Dan tanpa disangka-sangka filem yang berkisar mengenai bekas bantuan bernama Joe (lakonan Nic Cage) ini sarat dengan mesej sosial dan realiti kehidupan masyarakat yang penuh keji dan ketidakadilan. Filem ini tidak bertolak ansur dengan elemen fantasi dan romantik. Ia adalah genre drama berat dan penuh emosi. Kadang-kadang saya ketawa kuat, kadangkala saya marah dengan babak-babak sedih dan penderaan didalamnya. Seolah-olah saya terlupa bahawa ia hanya filem. Sebaik memainkan DVD ini, pada minit pertama saya dah jangka watak Joe pasti mati dihujung cerita.

Jika anda penah melihat filem seperti GUMMO (1997), BLACK SNAKE MOAN (2006), mungkin anda dapat sedikit gambaran. Joe Random seorang lelaki berusia 48 tahun adalah seorang penyelia operasi meracun pokok disebuah kampung di Texas. Walaupun disenangi oleh semua krew nya yang terdiri dari nigga, Joe seorang samseng kampung yang sering bermasalah dengan undang-undang. Joe pernah dipenjarakan kerana memukul anggota polis. Walaupun hanya satu babak pergaduhan Joe dan polis dimuatkan dalam filem, selebihnya secara naratif, ia sudah cukup untuk mengambarkan keganasan watak Joe. Babak-babak seperti cara Joe mengasah pisau, mencuci luka tembakan, menangkap ular, melapah rusa, melanggan pelacur, berlaga anjing hingga mati, sangat bijak digarap dalam keadaan selamba dan menguatkan watak Joe.

Suatu hari ketika Joe bersama krew nya sedang meracun pokok dihutan, seorang remaja bernama Gary datang meminta kerja. Gary baru berpindah ke kampung tersebut bersama keluarganya yang pincang disebabkan bapanya seorang kaki botol dan pendera, ibunya seorang penagih dadah, manakala adik perempuannya OKU.

Kagum dengan kerajinan Gary menjalankan kerja di hutan. Joe bersetuju untuk mengambil Wade aka G-Daawg ( lakonan Gary Poulter) ayah kepada Gary untuk berkerja. Namun Wade seorang yang pemalas serta mendatangkan masalah kepada krew yang menyebabkan Joe menghentikan mereka serta merta. Ketika menghantar mereka berdua pulang ke rumah. Joe melihat sendiri bagaimana Gary dipukul dan dirampas semua wang gajinya. Pada malamnya Gary datang ke rumah Joe meraju untuk terus bekerja bagi menyara keluarganya kerana ayahnya langsung tidak pedulikan mereka sekeluarga dan lebih suka merayau-rayau di pekan, mencuri, menyelongkar tong sampah untuk makan, malah sanggup membunuh seorang gendelangan demi untuk merampas sebotol wine.

Gambaran golongan nigga kelas buruh, pelacur-pelacur kampung, petani, playboy kampung, semuanya digarap dengan sempurna. Malah berbagai-bagai pelat dan dialog yang unik dan lucu memberi suasana santai dan penghayatan yang sempurna bagi setiap watak. Buat kali pertama saya langsung tidak mampu kritik watak siapa yang paling tidak hidup. Semuanya hebat hingga ke pelakon tambahan. Paling saya hairan bagai mana Gary Poulter dapat menghidupkan watak Wade sebagai kaki botol dan pendera dengan begitu sempurna. Saya mendapat tahu dari Wikipedia, Gary Poulter adalah seorang gendelangan sebenar dan penagih alkohol yang dikutip David Green (Pengarah) untuk menjiwai watak tersebut. Walaupun kebanyakan penerbit meragui Poulter yang mungkin sukar untuk menerima arahan dan bermasalah. Pouler berjaya memberikan yang terbaik, malah dikatakan menjalani rakaman hanya 1st take terhebat dalam sejarah dunia perfileman. Ironinya, Gary Poulter melakonkan watak mirip dirinya sendiri dan ditemui mati dalam air beberapa minggu selepas shooting. Keadaan beliau mati juga mirip filem ini! 


Joe pada mulanya hanya simpati pada Gary tetapi bertukar kepada menyayangi Gary seperti anaknya. Malah Joe memberikan trak lamanya kepada Gary walaupun asalnya bersetuju untuk menjual pada harga USD900. Hubungan mereka makin akrab kerana Gary seorang budak yang rajin dan tetap hormat pada ayahnya walaupun Gary mampu untuk membunuh bapanya. Gary pernah membelasah seorang lelaki hingga lembik kerana menghina adik perempuannya.

Klimak kisah ini berlaku apabila, Wade merampas trak pemberian Joe kepada Gary dan membawa anak perempuannya untuk dilacurkan kepada 2 orang lelaki dengan hanya bayaran USD60. Gary mendapatkan bantuan Joe yang akhirnya berjaya menyelamatkan adik perempuan Gary dan membunuh mereka. Wade membunuh diri sendiri dengan melompat dari jambatan sebelum sempat Joe menembaknya. Bagaimanapun Joe turut cedera parah ketika berbalas tembakan. Joe mati di situ. Joe tidak menyesali tindakannya dan menganggap dengan membantu Gary dia telah menebus kesalahannya yang lalu. Gary bukan sahaja mewarisi harta Joe sebaliknya pekerjaan Joe.

Pernah dengar anak Nic Cage yang merupakan seorang penyanyi kumpulan black metal? Dalam filem ini cuba anda tumpu pada minit ke 20-22. Nic Cage memandu traknya dengan memainkan lagu band simfonik black metal! Mungkin Eye of Noctum? Semasa mencuci luka dia dengan sengaja cuba mempamerkan 2 tatoo kepala syaitan dibahunya dan memakai tshirt PANTERA bagi menyatakan beliau menyokong scene metal tempatan!

Tonton Joe. Best.

4/5 bintang

Selasa, 23 Disember 2014

PIRING HITAM BERKEMBAR BLACKFIRE "LAHIR DARI API"


Feudal Throne Record (Jerman) berkenan mengirim 3 unit lagi piring hitam berkembar kepada saya yang tiba pagi tadi dalam keadaan sempurna. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya, boleh hubungi saya. RM130 (termasuk Pos Laju). Terhad.
Paypal: dethcrowned@yahoo.com

Sabtu, 20 Disember 2014

THE SALVATION (2014)



Nampak saja DVD ini di kedai tempoh hari saya terus sambar. Mana tidaknya, Eric Cantona jadi koboi cik oii!! Walaupun sebelum ini saya hampir insaf bila menonton lakonan Mads Mikkelsen sebagai Viking bisu bermata satu dalam Valhalla Rising. Mads sebagai watak utama hanya diam sepanjang cerita dan akhirnya bertemu dengan tentera Salib yang dalam perjalanan ke Jerusalem. Bosan tahap epik filem tu! Harap hiasan kulit saja lawa.

Filem Denmark ini (biasalah, bagi yang belum arif dalam genre ini, memang pengarah-pengarah dari Eropah lebih bijak buat kisah cowboys dari Amerika) mengisahkan seorang bekas tentera bernama Jon yang menyambut kedatangan isteri dan anaknya dari Denmark bagi memulakan kehidupan baru di Amerika. Malang buat Jon dan keluarga, dua orang koboi turut menaiki kereta kuda yang menjadi pengangkutan awam ketika itu untuk ke rumahnya. Jon dan adiknya, Peter yang juga bekas tentera baru sahaja membina rumah mereka di hulu kampung. Namun ketika dalam perjalanan, dua orang koboi tersebut telah mengugut untuk membunuh anak Jon dan memaksanya terjun dari kereta kuda. Mereka merogol dan membunuh isteri dan anak Jon di sebuah belukar yang mana Jon telah mengejar dengan hanya berlari dan berjaya membunuh koboi-koboi tersebut. Apa yang Jon tidak tahu koboi tersebut adalah adik kepada Delarue (lakonan Jeffrey Dean Morgan)yang merupakan taikun hartanah dan samseng di situ.

Kecewa dengan kejadian itu, Jon dan Peter mahu meninggalkan kampung tersebut. Manakala didalam pekan kekecohan telah berlaku oleh kerana pembunuhan tersebut. Delarue telah membunuh orang-orang yang tidak bersalah sebagai ganti dan menaikkan cukai perlindungan pekan tersebut disebabkan penguasa gagal mengesan pembunuh adiknya. Dia juga berjanji akan membunuh penduduk lagi sehingga pembunuh adiknya ditangkap.


Apabila penduduk melihat Jon dan Peter membawa barang-barang untuk berpindah dan menjual tanahnya. Mereka mula mengesyaki Jon dan melaporkan penghijrahannya kepada Sheriff Mallick. Jon diberkas dan diserahkan kepada Delarue. Mereka semua sedar Jon teraniaya namun mereka takut dibunuh Delarue oleh kerana Mayor Keane juga turut bersekongkol bersama pakatan Delarue.

Jon diseksa namun berjaya dilepaskan oleh adiknya Peter yang akhirnya terbunuh ketika melarikan Jon yang tidak mampu berlawan lagi. Sebaik pulih, Jon kembali dengan bantuan seorang remaja penjual senjata api yang turut berdendam pada Delarue kerana membunuh neneknya. Jon berperang dengan seluruh pasukan Delarue seorang diri. Eva Green melakonkan watak Madelaine, adik ipar Delarue, seorang wanita bisu yang dipotong lidahnya oleh red Indian, namun setelah kematian suaminya, Delarue menderanya secara seksual dan mental. Madelaine cuba melarikan diri namun tidak berjaya dan dijadikan hamba seks konco-konconya, Jon datang tepat pada masanya sebelum sempat Madelaine dibunuh.

Filem ini memang sangat tipikal cowboys seolah-olah anda pernah menontonya berkali-kali. Baik filem spaghetti western era 50-an, filem Samurai, Hindustan, P.Ramlee, ia jalan cerita yang sama cuba situasinya berbeza, dimana dalam The Salvation, digambarkan petroleum baru ditemui di Amerika maka kegiatan perlombongan minyak cuba disembunyikan dan didominasi oleh golongan tertentu sahaja.

Lagenda bola sepak MU, Eric Cantona melakonkan watak The Coriscan, orang kanan Delarue yang boleh tahan juga samsengnya. Mungkin rating yang tinggi diberikan pada filem ini oleh kebanyakan pengulas kerana adanya beliau dalam filem ini. Tetapi saya tetap mengatakan The Salvation hanya biasa-biasa sahaja.

2.5/5 Bintang

Khamis, 18 Disember 2014

DRACULA UNTOLD (2014)

The Origin Story Of The Man Who Become Dracula

Bermaksud ‘permulaan kisah seorang lelaki yang menjadi drakula’. Akhirnya saya ada kesempatan untuk melihat filem olahan terbaru mengenai Vlad Tepes atau Vlad the Impaler atau Vlad The Lord Impaler atau Vlad (ke-3) Son of Dracul. Tepes bermaksud ‘penyula’.

Apa yang nyata dalam filem ini ada dua sahaja, Pertama: ia tetap tidak lari dari adaptasi kisah khayalan pengarang yahudi Bram Stoker mengenai Pontianak pada 1897. Stoker tidak penah pun melawat Romania tetapi pernah membaca scroll sejarah Vlad III. Kedua: Oleh kerana Vlad dianggap wira tentera Salib di Eropah, Hollywood seperti biasa mula menabur fitnah agar Kristian dan Islam bercakaran dengan merubah fakta sejarah dan menghitamkan pentadbiran Kerajaan Khalifah Uthmaniah walaupun Vlad III seorang yang kejam. Hollywood dengan pembiayaan missionary mampu mengambarkan syaitan pun lebih mulia dari Islam. Malah Vlad III digarap sebagai seorang pencinta sejati, romantis, patriotik, mempunyai kuasa sakti yang diperolehi dari syaitan, gagah berperang ribuan tentera Turki hanya seorang diri, berjaya membunuh Sultan Mehmet II dan dipihak yang tertindas. Kasihankan? Kerja missionary seringkali mengunakan elemen simpati untuk mengembalikan ‘iman’ umat-umat mereka. Tidak percaya? Nah buktinya. Anda tahu dalam beberapa minggu pertama selepas terbitnya filem Passion of Christ (2004) gereja-gereja di USA penuh sesak dengan jemaah yang kembali beriman setelah simpati terhadap pengorbanan Jesus yang dicoretkan dalam filem itu? Sejarah tidak mungkin berubah. Hah! Itu kata-kata lapuk, Yahudi mampu merubah sejarah dan fakta. Lihat sahaja filem Dracula Untold ini, walaupun ia tidak mampu membohongi golongan intelek tetapi ia bakal menjadi satu rujukan filem sejarah dan akan memberi impak dalam mungkin 10 tahun lagi.

Apa pun anda harus tonton filem ini. Dari situ anda cuba lihat fakta sejarah yang langsung TIDAK dimuatkan dalam lipatan sejarah Romania ini;

1. Vlad Ke-3 adalah putera kepada Vlad Dracul Ke-2 raja Wallachia, negeri di selatan Transylvania. Vlad II mendapat gelaran Dracul (bererti ‘naga’) dari sayap pertahanan sebuah biara di Nuremberg yang mendapat peruntukan dari maharaja Rom, Sigismund. Kumpulan militan itu bernama Order of the Dragon ditubuhkan untuk memerangi tentera Uthmaniyah.

2. Wallachia adalah lokasi berdarah berabad lamanya kerana merupakan titik temu antara tentera Kerajaan Uthmaniah untuk memperluaskan kuasa ke Eropah, manakala kemaraan tentera Salib untuk menakluk Baitulmuqaddis, Palestin.

3. Vlad II Dracul telah ditahan pada 1442 ketika mengadap Sultan Murad II untuk rundingan diplomatik, kerana Wallachia dibawah pentadbiran Kerajaan Uthmaniah yang diwajibkan membayar cukai. Vlad II Dracul dibebaskan dan dibenarkan kembali memerintah Wallachia, manakala kedua puteranya Vlad III dan Radu dijadikan tahanan politik di istana Turki sebagai perjanjian damai. Vlad III dan Radu diberi didikan sewajarnya sebagai putera raja di Turki. Pada usia 13 tahun Vlad III telah diajar membaca al Quran, kemahiran perang, ilmu falsafah, matematik, ekonomi, dan bahasa Turki.

4. Vlad III dirakamkan sering memberontak dan sangat mencemburi adiknya Radu yang lebih pintar, mempunyai akhlak yang mulia serta lebih kacak darinya. Dalam lipatan sejarah mencatatkan, Vlad III dicemuh dan sering didenda kerana perangai buruknya itu. Manakala Radu, mendapat gelaran Radu III the handsome atau Radu yang Kacak oleh pihak istana. Bagi yang tidak tahu adik Vlad III ini memeluk Islam dan terus menjadi pembesar dalam Kerajaan Uthmaniyah.


5. Dalam filem Dracula Untold juga langsung tidak ditonjolkan nasib ayahnya dan abang sulung Vlad III bernama Mircea yang lebih malang. Pada 1447 Vlad II Dracul disingkir sebagai raja oleh pahlawan-pahlawan Wallachia sendiri yang digelar boyar dan dibunuh mereka. Manakala abangnya, Mircea diseksa dan ditanam hidup-hidup. Pakar sejarah menyatakan ia antara penyebab Vlad III menjadi pendendam selain tekanan perasaan yang dihadapi semasa dibesarkan di Turki.
6. Simpati dengan nasib keluarganya, Sultan membebaskan Vlad III untuk kembali ke tanahairnya dan diberi kebenaran memerintah Wallachia dengan membayar cukai. Namun Vlad enggan membayar, sebaliknya mengistihar perang terhadap Kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Istanbul atau Constantinople. Vlad juga menghadapi peperangan dalaman negerinya sendiri untuk merebut tapuk pemerintahan. Oleh itu Vlad menjemput ratusan boyars yang membuat konspirasi bagi mengulingkannya untuk satu majlis banquet dan menyula mereka semua dalam majlis itu.

7. Bukan itu sahaja Vlad turut menyula sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan boyar, termasuk peniaga-peniaga Saxon.

8. Tidak seperti dalam filem yang menunjukan rombongan diplomatik Turki begitu ganas dan merisaukan Vlad ketika mereka hadir untuk meminta cukai dan 500 orang rekrut ( dalam filem 1000 orang kanak-kanak) untuk berkhidmat sebagai tentera. Hakikat sebenar rombongan tersebut dibunuh dengan memaku serban di tengkorak mereka hanya disebabkan mereka tidak membuang serban ketika mengadapnya.

9. Direkodkan Vlad III membunuh hampir 100,000 orang. Pernah dia bersama tenteranya menyula 20,000 orang di bandar Targoviste hingga menyebabkan Sultan Mehmat II kembali ke Istanbul setelah melihat pemandangan yang ngeri itu.

10. Vlad III dalam filem digambarkan sebagai mangsa, sebaliknya beliau turut menganggu gugat daerah-daerah dibawah pentadbiran Uthmaniyah dan membunuh orang-orang kampung yang tidak berdosa. Dalam suratnya yang popular kepada pegawai tentera Uthmaniyah Vlad menulis ‘ Beta telah membunuh petani-petani, lelaki dan wanita, tua dan muda, yang tinggal di Oblucitza dan Novoselo, di mana Danube mengalir ke laut… Kami membunuh 23,884 orang Turki, yang tidak diambil kira berapa yang kami bakar rumahnya atau dipenggal oleh tentera Kami.. Dengan itu wahai Tuanku, ketahuilah beta telah merosakkan kedamaian’.

11. Kejadian itu membuatkan Sultan Mehmet II bertindak balas dengan menghantar bala tentera dipimpin jeneral Mahmut Pasha dan dibawah arahan adik Vlad III sendiri Radu the Handsome. Pemerintahan Vlad III selama 3 dekad tumbang apabila Kerajaan Uthmaniyah menguasai Semenanjung Balkan. Radu sendiri menakluk istana Poenari milik Vlad III dan dilantik menjadi pemerintah Wallachia. Vlad mendapat perlindungan kerajaan Hungary.

12. Pertahanan kental tentera Vlad III diraikan oleh Rom sehinggakan Pope Pius II pun bangga. Namun, penyulaan dan sifat sadism beliau mula diperkatakan di seluruh Eropah.

13. Vlad III mula kehabisan wang tajaan Rom untuk membiayai tentera-tentera upahannya(mercenaries). Atas perebutan untuk mendapat nama di mata maharaja Rom, Vlad III difitnah dan ditangkap oleh orangnya sendiri Matthias Corvinus mengatakan Vlad III sebenarnya adalah sekutu Turki. Dipercayai juga tindakan Matthias itu untuk menghentikan peperangan Salib yang dipimpin Vlad III. Vlad dipenjara di Oratea Fortress, Hungary.

14. Pada 1466 Vlad dibebaskan dari penjara, dicatatkan Radu sebagai adik Vlad dan pemerintah Wallachia ketika itu mengunakan pengaruhnya untuk membebaskan Vlad. Seterunya Vlad berkahwin dengan IIona Szilagyi.

15. Apabila Radu mangkat, pada 1475 Vlad mulakan kempen untuk menakluk Wallachia semula dengan bantuan Istvan Bathory dari Transylvania. Wallachia ketika itu diperintah oleh putera Turki, Basarab. Kempen Vlad berjaya dan Putera Basarab melarikan diri meminta bantuan. Vlad III hanya sempat jadi raja 2 bulan sebelum tentera Turki datang ke Wallachia menyerang dan membunuhnya.

16. Terdapat beberapa kisah mengenai pembunuhan Vlad III, ada yang mengatakan Vlad dibunuh ketika melakukan seks di istana, ada yang mencatakan dia dibunuh oleh orang-orangnya sendiri. Antonio Bonfini dan sarjana Turki mencatatkan kepala Vlad dipenggal, diawet dalam madu dan dibawa ke Istanbul. Kepala Vlad dipersembahkan kepada Sultan Mehmet II sebagai bukti Vlad III telah tewas. Manakala tubuh Vlad dikebumikan tanpa sebarang upacara oleh Putera Basarab di sebuah biara yang dibina oleh Vlad pada 1461 yang terletak di Comana.

Tambahan:
Sula atau penyulaan adalah satu kaedah seksaan dan pembunuhan yang kejam dengan menusuk tiang kayu atau besi samada dari belakang atau menegak melalui dubur atau vagina hingga keluar melalui tengkok atau mulut mangsa. Tiang itu kemudian didirikan sebagai pameran kesengsaraan yang ditanggung mangsa. Ia mengambil masa berjam-jam atau beberapa hari untuk mangsa menemui ajal.


Kumpulan muzik yang begitu mengkagumi Vlad adalah CRADLE Of FILTH, MACABRE, IMPALER, ICED EARTH, . Manakala kumpulan MARDUK dari Sweden juga pernah menghasilkan sebuah album konsep yang merujuk kepada sejarah Vlad Tepes berjudul “Nightwing”.