Rabu, 28 Januari 2015

BARNEY GREENWAY YANG GREENCORE

" I understand Malaysia is Islamic country... do you know all this war and suffering in this world today happened because of religions? Well, today let's fuck religion on and on..
"The Kill".. pet!  lagu 2 saat
NAPALM DEATH pernah jadi wira kami semua di zaman sekolah menengah, mana tidaknya mereka telah mencipta satu genre muzik ganas terbaru iaitu grindcore. Teringat masa tu ada yang sebut genre ini ‘greencore’, ya lah pakat-pakat tak pandai bahasa Inggeris zaman tu.

Suatu ketika saya pernah terserempak seorang rakan pemuzik rock veteran di Perlis hanya beberapa tahun lalu, dari kumpulan glam rock (identiti dirahsiakan utk mengelak cacian..hehe) yang dah rakam 2 album pun, dia bercadang nak tubuh satu kumpulan underground katanya. Mahu cari ahli (mau umpan laa tu, tapi saya hanya senyum tanpa sebarang maklumbalas) dan katanya ingin buat kumpulan yang ganas, sebab dulu kami memang main muzik ‘greencore’. Syabas, terkeluarnya perkataan itu, automatik dia memang layak digelar old timer. Yerp.. banyak kami sebut greencore dulu, hingga beberapa ketika barulah tahu ia sebenarnya ‘GRIND’. Lawak kan?

Saya atau boleh saya kata, sesiapun rakan-rakan yang sebaya sangat familiar dengan album “Scum” hingga “Diatribes”. Malah saya menonton kedua-dua show ‘sold out’ mereka di Live Center, KL ketika mereka bersama dan tanpa mendiang Jesse Pintado.

Baru-baru ini telah jadi viral dikalangan metalheads apabila Barney menghantar satu surat terbuka kepada Presiden Indonesia, Jokowi untuk mempengaruhi keputusan mahkamah supaya meringankan hukuman mati kepada dua orang warga Australia yang teribat dalam pengedaran dadah. Bagi Barney, Jokowi sebagai peminat kumpulannya akan tunduk pada saranannya dan mungkin memberi satu senario baru kepada perundangan Indonesia. NAPALM DEATH bagi yang tidak tahu, adalah sebuah kumpulan politikal yang memperjuangkan hak asasi, kesaksamaan manusia dan anti-penindasan. Kononnyalah. 
“Dear Mr. Widodo,
“I am appealing directly to you to please spare the lives of Andrew Chan and Myuran Sukumaran, the two Australian citizens who are currently awaiting the death sentence in Indonesia for heroin smuggling. As a follower of our band Napalm Death, you would appreciate that our lyrics and ethos challenge the unbroken cycle of violence in the world, whether it comes from a state or as an individual. If these things are not challenged and ultimately changed, I believe we will never truly move forward as humankind.
“I understand that you are standing as a leader determined to change things for the better, and so I believe granting clemency would be a major step forward in this pursuit of betterment. I appreciate that heroin can be damaging on many levels, but I believe that this is a much deeper issue that cannot be changed or altered by simply taking away the lives of people.
“Again, I respectfully ask that you make a real difference and overturn these sentences.
“In hope and peace
“Mark ‘Barney’ Greenway (Napalm Death)”
Bagi anda adakah layak Barney menyarankan pendapatnya dalam urusan pentadbiran negara yang sedang dalam kegawatan ekonomi dan mengunakan solusi hukuman berat sebagai ancaman kepada pengedar dadah supaya masyarakatnya dan belia-belia tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah? Adakah aktiviti rasuah dikalangan penguasa kerajaan yang perlu ditangani terlebih dahulu? Apa pendapat anda dalam hal ini?

Pada 1hb September 2007, saya sempat melihat persembahan NAPLAM DEATH buat kali keduanya di KL untuk beberapa minit. Walaupun tidak sehebat kali pertama dahulu, ia agak meriah. Saya meninggalkan Live Center selepas beberapa lagu. Rasanya tiada apa yang menarik tentang mereka lagi, malah rasanya mereka bercakap tak serupa bikin. Mahu dihormati tetapi tidak mahu menghormati orang lain. Bagi saya Barney Greenway talks too much bullshit now.

Bila teringat apa yang Digby Pearson kata pada penyanyi yang diangkat sebagai salah seorang ketua paling berkarisma bagi band metal tahun 2014 ini. Kadang-kadang mungkin juga berasas, jika tidak masakan Digby cukup benci Barney. Kata Digby ( terjemahan loghat utara, padan muka hangpa!);

"Aku tak pernah rasa saat manis pun dengan penyanyi Napalm Death, Mark “Barney” Greenway ni. Kami duk sokong dia dan band dia lebih sedekad dah, melabur berkarung duit hok kami cari dengan linangan air mata demi karier dia. Tapi mangkok ni bukan sedaq tu semua, sebab pengurus dia Mark Walmesley yang urus tadbir semua hai bagi dia. Aku rasa, termasuklah keperluan kewangan harian dia. ( Amboi, penyanyi underground, anti kapitalis konon, - Penulis). Masalah hok paling utama, Barney bukan pun terlibat dalam 2 album pertama Napalm Death yang meletup-letup tu, jadi dia terlepas peluang rasa syok gila apabila sebuah band baru dan syarikat baru muncoi naik dari gelap bawah tanah. Dia takda rasa sikit punya sempoi mengenai aku ataupun Earache kerana dia dijemput masuk oleh band yang telah pun berjaya mencipta nama.

Ma nak kira, aku bukan mau sangat depa ambik dia, mulanya dia hanya krew angkut barang untuk band pi tour, kemudian dia jadi penyanyi BENIDICTION, tup-tup diangkat jadi penyanyi utama kumpulan yang terkenal, dan dipertanggungjawabkan untuk menandatangi kontrak yang tersedia ada, satu pun bukan kehendak dia. Barney tandatangani kontrak dengan Earache 2 kali pada tahun 90-an. Tetapi hangpa pakat taktau yang mereka dah hilang peminat-peminat di zaman groove-grind yang ternyata silap langkah dan terjun lubang, namun Earache tetap berkerja dibelakang tabir bagi mengelak Napalm Death dari berpecah, dibubar atau senang aku kata sekadar idup segan mati takmau. Barney pun masa tu lompat dari Napalm Death pi masuk ENT. Masa tu dan tahun-tahun selepas itu adalah zaman menyedihkan buat Earache. Permusuhan Barney terhadap Earache memang dah kira legenda sepanjang zaman dan dendam dia pun tak pernah padam, demi hal yang karut, dalam tempoh yang tak kunjung sudah”.

Barney disekitar 2002 pun pernah bergaduh dengan BOLT THROWER. Semua orang tau. Kes mulut lancang juga. Kata Gavin “Gaz” Ward dalam Digital Metal; "Yang aku kenai budak Barney ni memang p*ki. Aku tak muhong, memang pun. Dan aku tak bermaksud nak hina Napalm, tapi aku berpendapat depa band taik ayam. “Enemy of the Music Bussiness”? Ya Tuhan ku, padahai depa ni la perniagaan muzik. (betoi jgak, mai Malaysia pun minta duk Hilton Hotel, amboi macam K-Pop aihh! – Penulis) Pendapat peribadi aku laa, aku takmau laa ulas band orang. Bagi aku buat macam tu takda kelas – band ulas band. Makin jadi haru, kami hilang hormat pada Napalm. Depa ni band poser. Secara jujurnya hanya ada BOLT THROWER dan NAPALM DEATH dari pergerakan muzik bawah tanah U.K purbakala. Pelik kan?

Setakat yang kami sedari hingga kini, NAPALM DEATH telah mati. Mungkin depa ada lagi peminat di England, tetapi di Eropah, depa dah mampuih. Aku dengar tour terakhir mereka kat sebuah kelab kecik pun hancoq”.

Barney menjawab semua tomahan Digby dan Gaz di web rasmi mereka. Apa pun saya mahu tahu apa pandangan anda mengenai hukuman mati kepada pengedah dadah? jika seorang peminat muzik metal ditakdirkan menjadi Presiden negara majmuk seperti Indonesia, perlukah dia membina sebuah dreamland kepada metalheads dengan mengabaikan suara majoriti rakyatnya?

Sabtu, 17 Januari 2015

JAKET PERANG

Apa salahnya bercerita tentang sesuatu yang nostalgia pada malam ini walaupun ia hanya sekadar sehelai jaket buruk. Tetapi inilah jaket yang saya beli dengan titik peluh saya sendiri dan ia merupakan gaji pertama saya. Jaket US ARMY ini saya beli semasa berkerja di Kilang Gula Felda Perlis pada tahun 1998. Saya berkerja di unit Cane Payment sebagai pekerja kontrak mengasingkan sampah pada tebu bagi tujuan pembayaran bersih kepada peladang tanpa diambil kira sisa sampah. Jaket ini saya beli dari seorang pemandu traktor yang buat perniaaan sambilan menjual jaket dan seluar jeans. Harganya RM55 ketika itu, jika dilihat material dan design yang terkini, tidak jauh berbeza. Rasanya design yang terkini lebih cantik dan berkualiti kainnya. 


1. Patch MAYHEM “Wolf’s Lair Abyss” hakmilik Misanthropy Records 1998 ini saya beli dari booth Psyhic Scream di gig SIGH dan IMPIETY yang bertempat di Life Centre pada April 2000. Bagi saya album “Wolf’s Lair Abyss” adalah reformasi MAYHEM paling berjaya selepas kematian Euronymous. Walaupun permainan gitar Blasphemer lebih teknikal dan penuh tona, aura MAYHEM yang penuh kegilaan begitu terasa di dalam album mini ini.

2. Patch SODOM “Better off Dead” hakmilik EMP 1991 ini tidak dapat pastikan di mana saya perolehinya. Mungkin dari Nebiula Metal Shop, ketika itu saya bertekad untuk meletakkan hanya patch SODOM pada jaket ini. Namun kecewa kerana zaman itu agak susah untuk mendapat semua patch-patch SODOM. Impian itu berkubur.

3. Patch VENOM “Black Metal” dengan benang metallic itu saya turut perolehi dari gig SIGH bersama MAYHEM. Tetapi saya jahitkan di beg discman. Setelah discman yang berjenama Phillip itu rosak barulah saya koyak patch ini dah jahitkan dipoket jaket.

4. Saya memang mengidamkan patch MORBID ANGEL “Covenant” dan memburunya begitu lama. Ini kerana zaman tersebut adalah era kegemilangan black/death metal. Segala gambar yang menunjukan imej kesyaitanan lebih-lebih lagi memijak kayu salib adalah cool. Patch hakmilik Morbid Angel 1993 ini saya beli di Penang, mungkin di Rock World atau mungkin di Attitude Shoppe, Komtar. Saya sendiri dah lupa? Yang pastinya saya beli pada hari gig.

5. Sebelum terbitnya album “Lahir Dari Api”, Azmi Bahari telah menetapkan untuk mengunakan tulisan BLACKFIRE dengan font Old English sebagai logo rasmi kami. Jadi ketika sedang mencari restoran untuk makan tengahari di Subang Parade (ketika itu pejabat saya di SS15 Subang Jaya) saya terjumpa kedai sulaman yang boleh menyediakan patch segera. Maka saya tempah 5 keping. Hanya beberapa orang rakan dapat patch ini.

6. Kejadian berlaku ketika saya menempah patch BLACKFIRE di Subang Parade juga. Kebetulan ketika itu pada tahun 2006, Israel menyerang Lebanon dan semenanjung Gaza dengan ganas. Beberapa negeri di Malaysia juga dilanda bencana banjir. Kempen Malaysians For Peace begitu rancak dijalankan. Saya tanpa rela terjebak dan menurunkan tandatangan. Dapatlah lencana besi itu yang kekal dipoket jaket hingga ke hari ini.

7. Button MISFITS tersebut saya beli dengan harga RM1 disebuah kedai pengiklanan dan pencetakan yang baru beroperasi berhadapan pejabat saya di SS15. Saya dah lupa nama syarikat tersebut. Saya beli sekadar suka-suka.

8. Button VENOM tersebut dihadiahkan oleh Chainsore @ Syed dari DEVASTATOR kerana dia tahu saya begitu meminati VENOM.

9. Button KAAMOS dihadiahkan oleh gitaris KAAMOS sendiri, Konstantin Papavassilou yang merupakan sahabat pena saya sejak menyunting zine. Button ini diberikan bersama-sama CD beliau. Saya meminati death metal kejam bawaan KAAMOS sejak zaman demo lagi.

10. Saya beli melalui online dari sebuah kedai pakaian bundle. Ia merupakan lambang battalion Republic of Korea Army (ROKA). Battalion terbaik dari Korea ini digelar 'White Tiger'. Hebatkan!

11. Patch paling terkini dijahitkan pada jaket ini. Patch ini dibuatkan khas oleh Feudal Throne Records, Jerman dengan kebenaran Azmi Bahari sendiri atas permintaan peminat-peminat yang masih sukakan logo klassik yang dilukis oleh Subri, bekas pemain bass BLACKFIRE.

12. Patch SWEET CHARITY itu saya beli dari kedai Uncle, Campbell Complex. Satu-satunya kumpulan rock Melayu yang layak untuk diberi penghormatan di jaket ini. Saya agak kurang meminati kumpulan glam rock Malaysia kecuali BPR, IKLIM, ELLA AND THE BOYS dan beberapa lagi.


13. Backpatch SODOM “Agent Orange” hakmilik EMP 1990 saya beli dari SHBS pemain bass/vokal kumpulan black metal ZUBIRUN mempunyai sebuah distro ketika itu. ZUBIRUN sebuah kumpulan yang saya minati ketika itu walaupun banyak orang kurang memberi perhatian pada mereka kerana mereka sebuah kumpulan baru jika mahu dibandingkan dengan BRAINDEAD. Namun lagu-lagu mereka sangat berbeza dari kumpulan-kumpulan lain, malah persembahan live mereka cukup bertenaga dan ganas. Mereka juga kumpulan yang menitik beratkan imej. Bermula dari bermain Sado black metal mereka berubah ke black thrash metal dihujung nyawa mereka. Harapnya mereka akan bersatu kembali?

14. Patch MORBID itu adalah bootleg yang saya beli di Campbell Complex. Adakah patch original band purba yang telah berkubur ini? Saya bukanlah peminat tegar MORBID, lagipun mini album tunggal mereka “December Moon” (demo tape 1987 sebenarnya) biasa-biasa saja. NIHILIST lagi best. Namun penglibatan Dead Ohlin yang berhijrah ke Norway untuk menjadi penyanyi MAYHEM itu yang telah memberi impak besar pada dunia muzik lasak. Dead mempunyai karakter nyanyian yang kuat, membuatkan lagu-lagu Mayhem kedengaran begitu ngeri. Saya tabik pada nyanyian Dead, kerana pernah merasa seram pada vokal beliau. Itulah aura black metal yang telah hilang kini. Oleh itu, saya merasakan logo vintage itu perlu ada pada jaket ini kerana ia iconic. (cuba tengok bentuk kelawar itu seperti logo asal siri Batman).

Jaket ini pernah ditawarkan RM200 tunai oleh seorang mat motor. Saya tolak mentah-mentah. Kepada yang cuba-cuba nak tiru susun atur jaket ini, silakan. Tetapi jangan lupa bagitau dari siapa anda tiru!

Jumaat, 16 Januari 2015

JUS TIMUN GOUT KILLER

Ilustrasi dari James Gillray pada tahun 1799 mengaitkan kesakitan gout seperti perbuatan syaitan.
Dikatakan gout adalah ‘penyakit orang kaya’ sebabnya ia terjadi disebabkan pengumpulan asid urid dari kebanyakannya hasil makanan laut. Maknanya seorang yang tiap hari makan udang, ketam, sotong atau makanan asas kekacang, tak ke orang kaya namanya? Hehe. Gaut juga dinamakan the disease of kings bermaksud ‘penyakit diraja'.

Tetapi jika dikaji dari segi kesihatan, secara logikalnya ada organ tertentu yang menentukan kadar asid dalam darah gagal berfungsi dengan baik. Oleh itu senaman adalah cara terbaik untuk mengembalikan kefungsian organ-organ tersebut kerana tubuh manusia sepenuhnya dibina dari otot-otot yang harus berfungsi kecuali mati. Bukankah orang lain pun makan makanan laut dan kekacang dalam kadar seperti anda juga ataupun melebihi anda. Kenapa mereka tidak pun berlebihan asid urid? Oleh itu mulakan gaya hidup sihat mulai hari ini! 

Disini saya ingin memberi satu resipi yang dipetik dari Health.com yang berkesan untuk menyahkan kristal-kristal asid urid pada sendi-sendi, penyebab kepada gout. Jika selepas meminum jus ini, anda mula merasa sedikit sengal atau pedih pada sendi, usah risau. Itu menandakan proses penyembuhan sedang berlaku. Toksin yang termendap dalam tubuh anda sedang dihapuskan. Daun saderi dan halia digunakan untuk mengurangkan rasa kurang selesa tersebut. 


BAHAN-BAHAN:

1 biji timun saiz sederhana (lebih mudah gunakan timun ulam sebiji cukup untuk satu gelas)
2 tangkal daun saderi
1 inci halia
Sepotong limau 


CARA PENYEDIAAN:

Basuh semua ulaman tersebut.
Potongkan timun, halia dan masukkan kedalam juicer bersama saderi.
Masuk ke dalam gelas dan sejukan dalam peti sejuk.
Perah limau dan minum.
Minum ketika sejuk lebih sedap kerana jus timun turut membantu menurunkan haba panas dalam tubuh. Amalkan dan in shaa Allah ada petanda baik. Jangan lupa bersenam dan lebih baik kurangkan dahulu pengambilan makanan hasil laut, sayuran (yang kaya dengan purin) dan organ dalaman lembu sehingga kadar urid asid dalam darah anda kembali normal.

Amalan meminum kopi dan pengambilan hasil tenusu juga boleh mengurangkan risiko gout.

Selamat mencuba: Ahmad Ra1m1

Khamis, 15 Januari 2015

KAMPUNG BOY ‘YESTERDAY AND TODAY’ (MPH PUBLISHING)


The most original comic strips from one of the most genuine artist ever born in Malaysia; Dato’ Lat. I always have been a fan of his conservative works. Like Cronos with VENOM, Dato’ Lat never wimp-out! The strokes never change a bit, and the story-telling are often nostalgic and full of historical facts. The naked truth of village life. It make me happy to read this book, it recalling back all those fond childhood memories of mine. I was grown up in a village doing all the things mentioned in this book just like him. Almost 80% of scenario caricatured in this book I experienced it myself.

For those who about to visit Malaysia, I suggest you to check out for this book since it is also being distributed in most European countries. This is the best Malaysian brand!

tambahan: Terfikir juga, sepatutnya tiap-tiap band antarabangsa yang datang buat show di Malaysia harus dihadiahkan buku ini. Baru mereka faham dengan sosio-budaya masyarakat kita. Kan?

SUMPAHAN PUAKA SOICHI (GEMPAK STARZ)



Komik genre seram ini dikeluarkan oleh Anjung Taipan dengan kebenaran terjemahan ke Bahasa Melayu oleh Asahi Shimbun Publication, Tokyo. Saya bukanlah seorang pengemar manga atau anime, namun setelah meneliti sinopsis dan reka letak kulit buku ini yang menarik. Apa salahnya mencuba? Buku yang dilukisan dan ditulis oleh Junji Ito asalnya berjudul Soichi No Kattena Noroi ini mengisahkan seorang kanak-kanak ganjil bernama Soichi dari daerah Fukazawa. Dia yang merupakan anak bongsu keluarga Tsuji dan sangat obsess kepada sihir serta sumpahan-sumpahan pelik yang dipetik dari dogeng-dogeng dan filem-filem seram. Yang peliknya ia menjadi apabila dijampi atau diseru oleh Soichi.

Namun latarbelakang nenek Soichi yang merupakan seorang tukang tilik paranoid sebelum menghilangkan diri secara tiba-tiba juga menimbulkan misteri pada keluarga Tsuji. Soichi bagaimanapun seperti kanak-kanak biasa yang nakal dan hanya mengunakan sihirnya bagi tujuan remeh dan suka-suka. Namun perbuatannya telah menimbulkan huru-hara pada ahli keluarganya, seterusnya di sekolah dan akhirnya seluruh kejiranan. Jalan cerita kehidupan jelik Soichi memang unik dan berjaya diadaptasi dalam gaya komik yang berkesan. Saya menyukainya dan berharap lebih banyak lagi karya Junji Ito diterbitkan untuk pasaran Malaysia.

Junji Ito, 51 tahun merupakan seorang bekas doktor gigi yang diiktiraf sebagai mangaka genre seram terbaik di Jepun. Karya paling terkenal yang beliau hasilkan “Tomie” telah difilemkan pada 1999.

Isnin, 5 Januari 2015

KEMARUK ARTIS DAN AUTOGRAF (PART II)



Semasa BLACK SABBATH melakukan penampilan keramatnya di Singapura pada 27 October 2007, saya gigit jari kerana terpaksa menjualkan tiket tersebut kepada isteri Redza, (vox HEREAFTER) disebabkan kegagalan untuk menampung kos yang berlebihan akibat dipindahkan ke Kedah kerana pembubaran pejabat saya di Subang Jaya. Ozzy yang tidak bersetuju apabila Ronnie James Dio kembali bersama mereka telah membawa haknya ke mahkamah menyebabkan Toni Iommi terpaksa merubah nama BLACK SABBATH kepada HEAVEN AND HELL untuk tour tersebut. Apa pun saya terkilan kerana telah menduga ia adalah kedatangan terakhir Ronnie ke rantau ini kerana beliau kelihatan agak uzur ketika itu. Ronnie meninggal dunia selang beberapa tahun selepas konsert itu.

Saya penah berbual bersama Azmi Bahari, (vox BLACKFIRE) mengenai Ronnie James, mengenai kenapa beliau tidak mahu ke konsert berkenaan sedangkan Ronnie idola terutama baginya? Kata Azmi, diusia begini perbelanjaan dan urusan keluarga lebih penting daripada untuk berkorban buat SABBATH, tetapi kalau ada duit lebih apa salahnya? Walaupun jawabnya seperti tidak berminat, saya dapat rasanya beliau turut berharap dapat melihat bagaimana idolanya itu beraksi secara langsung. Saya bertanya…

“Kalau ada peluang mahu saudara bertemu dengan Ronnie?”

Azmi menjawab tegas “ Tak mahu. Jika saya terlalu minat akan seseorang dan begitu mengkaguminya, saya tidak akan jumpa orang itu. Saya tidak mahu apa yang kita fikirkan tentang dia mengecewakan saya apabila orang itu benar-benar berhadapan dengan kita. Biarlah dia kekal seperti yang kita anggap dia dalam ingatan”.

Dan benarnya kata Azmi. Saya sendiri melalui siri pengalaman yang mengecewakan apabila bertemu orang yang kita kagumi. Tetapi alhamdulilah saya juga turut bertemu mereka yang lebih hebat dari apa yang saya sangkakan. Saya teringat sebuah majalah Ancient Ceremonies (Portugal tahun 201) yang memuatkan temubual bersama John Ricci (gitaris EXCITER) mengenai Toni Iommi. Lantas saya selongkar almari buruk saya untuk saya paparkan disini:

“Well, because I’ve been playing guitar for so many years, it’s a lot of the 70’s guitarists, like Toni Iommi, Glen Tipton, K.K Downing and fast Eddie from Motorhead. Those guys really influenced me. Toni Iommi is my all-time favorite, because he’s the riff master. I was a little bit disappointed when I met him, when we opened for Sabbath, at the Exhibition in August ’82. “The Mob Rules” I don’t know if you know about that one, but that was our first, real big gig for us, and I met Toni Iommi backstage, because we had our own trailer, and it was beside their trailer. Toni Iommi was really a snob as he didn’t give me 2 minutes of his time. I just wanted to talk about guitars and amps, and I was really let down, because I looked up to him so much. You know, when you meet your idol, and he’s a fucking snob?”

Itu kisah John Ricci. Itulah risikonya. Kadang-kadang apabila manusia itu berada ditempat yang tinggi dia lupa diri. Dia terlupa siapa yang meletakkannya di situ. Mungkin bangga diri, atau terlampau kagum dengan kejayaan diri. Ya lah, kita tengok di Malaysia pun ramai artis popular dahulunya hanya mat kilang aja, bila dah glamor lupa diri kan?. (Bukan nak hina mat kilang, penulis dahulu pun pernah berkerja di 4 jenis kilang!).

Cee teka sapa?
Kembali pada tajuk. Kenapa kita suka ambil autograf artis? Saya salah seorang yang tidak ambil peduli tentang hal ini, namun saya mempunyai 2 autograf artis, satu di tiket gig dan satu lagi di kulit CD. Kenapa saya lakukannya? OK, bagi saya:

1 – Tiru-tiru. Seriously, orang buat macam tu, saya pun buat. Saya tak faham apa nilainya? Autograf tu boleh ditiru apa?band yang kita minat tu bukan Madonna pun, katanya nanti ada nilai kat ebay? Merapu aaa… saya tak nampak lagi orang mahu beli tandatangan Cronos dengan nilai yang tinggi?

2. Orang cakap kenang-kenangan. Boleh tunjuk kat kawan-kawan dan mengatakan saya pernah jumpa dia ni. Mungkin orang yang dia tunjukkan tu pun tak tahu sapa yang turunkan autograf tu? Jujur cakap saya lebih suka fotograf bersama orang yang kita minat tu. Kurang-kurang ia lebih nilai estetikanya, kurang-kurang kita dapat lihat fizikal diri kita atau artis tersebut dimasa depan dan bergelak ketawa mengenangkan betapa usia telah menjamah tubuh badan kita kini. Hahaha!

3. Yang paling betul. Modal untuk kita jumpa mereka. Bila bawak kulit CD, tiket, tshirt untuk autograf tu, umpama kita dah ada topik untuk ice-breaking. Ya tak? Nak sembang pasal segi teknikal muzik, sejarah muzik, falsafah, dah tak reti! Kan?

4. Token penghargaan. Bila kita tunjuk bukti pembelian karya mereka tu, cd, tiket, tshirt untuk ditandatangan. Mereka rasa dihargai. Saya penah merasakannya (walaupun band kampung sahaja) bila orang tunjuk karya kita dan minta tandatangan. Rasa dihargai tu membuatkan kita turut menghargai peminat. Tetapi ada juga yang terus jadi dewa! Ada juga! Terus rasa dipuja dan bongkak. Akhlak manusia yang patut kita tahu, sesiapa sahaja yang menyumbangkan rasa selamat, harmoni dan kegembiraan pada kita. Harus dipuji selayaknya bukan si artis keparat itu sahaja. Hahaha.

Jadi, itu sahajalah benda yang best tentang kumpul tandatangan ni yang dapat saya fikirkan. Saya tidaklah mengeji hobi ini, tajuk ini sebagai perbincangan sahaja. Lain manusia lain ragamnya. Tetapi jauh dalam hati, saya ada terfikir yang hobi ini dicipta oleh Hollywood sebagai satu kaedah pemujaan dan tetapan budaya untuk mengekalkan populariti artis dalam kegiatannya. Siapa yang mula-mula mencetuskan trend ini, dia dah berjaya. Dan mengumpul autograf boleh dikategorikan satu hobi klassik. Mungkin anda boleh kembangkan lagi topik ini?

Teringat pula temubual lama antara Chris Horton, Spastik Death zine (1999) bersama mendiang, Jeff Hanneman (gitaris SLAYER) yang telah saya muatkan dalam post sebelum ini. KLIK UNTUK BACA.

MENJAWAB 101 PERSOALAN TAUHID (GALERI ILMU)


Kelebihan ilmu tauhid adalah semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu berbanding ilmu-ilmu lain. Malah ia merupakan akar asal kepada segala ilmu-ilmu lain yang wajib diketahui oleh seseorang terutamanya mereka dalam bidang keagamaan. Ia mempunyai kedudukan istimewa kerana bahasanya berkaitan dengan Dzat Allah SWT dan para Rasul. Status ilmu tauhid adalah yang paling agung dalam hierarki pengetahuan ilmu Islam.

Buku ini adalah terjemahan daripada karya asal Kitab Al- Jawahir Al-Kalamiyyah karangan al-Allamah al-Ustaz al-Syeikh Tohir al-Jaza’iriy dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Dr. al-Ustaz Pauzi Haji Awang. Buku ini diterbitkan pada 2010, mengunakan pendekatan bahasa yang mudah difahami, tepat dan menarik. Disusun dalam enam bab secara soal jawab. Buku ini pernah dijadikan sumber untuk Ilmu Kalam bagi sekolah-sekolah pondok, masjid-masjid dan surau-surau setelah diterbitkan buat pertama kali oleh Angkatan Belia Islam Malaysia cawangan Kota Bharu pada 1978 namun gaya terjemahan mereka agak lemah. Atas kepentingan dan faedah dari ilmu didalamnya Galeri Ilmu menerbitkan semula buki ini dengan tajuk ‘Menjawab 101 Persoalan Tauhid’ ini. 


Buku ini dimulakan dengan penerangan takrif atau definasi tauhid, seterusnya pengertian ilmu tauhid, faedahnya, kelebihannya, permasalahan dan kaedah mencari penyelesaiannya.

Buku yang harus dimilik bagi mereka yang suka mengkaji tentang akidah Islamiah. HArga RM10 dan boleh didapati dikebanyakan kedai buku yang popular.

TANDA-TANDA KIAMAT (AL-HIDAYAH)


Saya mula berminat tentang buku ini setelah mendengar siri ceramah Ustaz Badli Shah Alauddin yang berpandukan kandungan buku ini. Ceramah beliau mengupas setiap bab di dalamnya dengan lebih perinci dan hebat, sayangnya siri tersebut terhenti sebaik memasuk bab Dajjal dan Yakjuj Makjuj yang secara teorinya akan bangkit dan menguasai dari kawasan yang sedang bergolak kini. Kejadian yang berlaku di Syiria, Russia, Iraq, Chechen, Palestin memberi bukti jelas bahawa kebanyakan petanda kiamat itu telah atau sedang berlaku.

Buku karangan Yusuf bin Abdullah bin Yusuf al-Wabil MA, diterjemahkan oleh Muhammad bin Abdul Latif dan disemak oleh Ustaz Syarin bin Jasah ini mengkelaskan setiap tanda-tanda kecil dan besar berserta penjelasan dari dalil al-Quran dan juga hadis. Manakala jika melalui ceramah Ustaz Badli Shah Alauddin, beliau turut mengemukan teori saintifik, fakta sejarah dan pandangan sarjana dari Kristian dan Yahudi. Saya amat berharap agar siri ceramah itu dijadikan DVD atau dimuatkan kedalam youtube sebagai salah satu sumber rujukan. 


Percaya akan kedatangannya hari akhirat adalah satu perkara rukun dalam iman, banyak orang mempersoalkan atau ragu-ragu tentang janji-janji Allah SWT mengenai kewafatan dunia ini. In shaa Allah, mungkin buku ini akan memberikan sedikit jawapan kepada hati anda mengenainya. Buku ini boleh didapati dari semua toko buku berdekatan dengan harga RM45. Antara buku yang harus dimilik oleh keluarga Muslim.

Ahad, 4 Januari 2015

ULANG TAHUN KE-11 PEPERANGAN DI PATANI DARUSSALAM


Saya percaya ramai yang kurang ambil pusing tentang penindasan ke atas saudara-saudara di Chechen dan Pattani yang sejak sekian lama. Bahkan, pencabulan kemerdekaan orang-orang Melayu Pattani bukanlah bermula pada 4 hari bulan Januari 2004. Jika dirujuk semula jauh dalam fakta sejarah, Kerajaan Islam Pattani yang mempunyai sistem pentadbiran sendiri itu cuba dijajah Thai sejak abad ke-19 sehinggalah kejatuhannya pada tahun 1785 dengan bantuan British.

Sekian lama, Barisan Revolusi Nasional telah melancarkan kempen pembebasan secara tersembunyi yang diwarisi dari generasi ke generasi dengan wadah yang jelas demi menuntut hak mereka yang dirampas. Hak tersebut adalah pemerintahan sendiri yang berdaulat.

Pada 4 Januari 2004, konflik orang Melayu Pattani dan Kerajaan Thailand memuncak apabila pejuang pembebasan berhasil merampas 413 senjata dari kem battalion tentera Thai sekaligus memberi petanda pengistiharan perang menuntut kembali hak ketuanan Melayu dinegeri tersebut telah meletus. Barisan Revolusi Nasional yang bergerak secara gerila telah mengusarkan kerajaan Thai yang sebelum ini mendakwa mempunyai pasukan tentera yang terkuat di dunia.

Sepanjang 11 tahun cetusan gerakan bersenjata oleh orang Melayu Pattani telah menyaksikan 6286 orang terkorban dan 11366 orang cedera akibat peperangan tersebut sehinggalah Barisan Revolusi Nasional akhirnya diumumkan sebagai organisasi rasmi pada 28 Februari 2014 melalui perjanjian damai yang ditandatangi bersama pihak Thailand disaksikan oleh kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur. Namun ia tidak bertahan lama dan dilihat sebagai tiada kata penyelesaian. Tujuh orang Perdana Menteri Thailand gagal memberi jalan penyelesaian konflik ini.

Sabtu, 3 Januari 2015

MAWLID AL-NABI 2015


Sheikh al-Fawzan حفظه الله said,
❝The first who introduced the celebration of Mawlid were the Shi’ah Fatimids. It was then adopted by some of the people who ascribed themselves to the Sunnah thinking it to be good based on their intention of showing love to the Prophet ﷺ (But) this is not from the [act] of loving him. For indeed, love is in following him ﷺ (i.e. sticking to his authentic sunnah) and not in innovating.❞
at-Ta’leeqaat al-Mukhtasirah ‘ala matn al-Aqeedah at-Tahawiyyah, (Page: 176)

 
It is reported by Humaid by al-Hassan that Abu ad-Darda' said: "Be a scholar, or a learner, a lover or a follower and do not be the fifth so you may not perish!".
He said: I asked al-Hassan: "who is the fifth?" He replied: a heresiarch!
Ibn Battah in al Ibanah (1/134, no.210)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...