Sabtu, 17 Disember 2011

MERANTAU (2009)


Ketika sedang mencari dvd Rocky III, Harry dengan tidak sengaja bertanya ‘Hang dah tengok filem Indon Merantau?'. Dia memberitahu itu adalah filem aksi yang menyamai filem Ong Bak. Maka dengan tidak membuang masa saya membelinya kerana kebetulan filem itu ada di kedai yang sedang kami selongkar ini. Speedy Video merupakan pengedar sah filem ini di Malaysia.

Dari ilustrasi kulit dvd sudah terpapar pengaruh Ong Bak dalam filem ini. Kisahnya, kononnya di Minangkabau, barat Sumatera setiap anak muda yang telah lengkap ilmu di dada perlu melalui satu proses ‘merantau’ menanam ‘modal insan’ dalam kehidupan. Hehehe! Maka pelajar Silat Harimau,( kalau di Perlis ada pengamal  Silat Cekak Harimau, mungkin aliran yang sama) yang bernama Yuda ini memilih Jakarta untuk merantau mencari pengalaman dan memasang angan-angan untuk mengajar Silat di sana. Sampai di Jakarta, Yuda tiada tempat tinggal dan pekerjaan kerana rakannya telah berpindah dan nombor telefon yang diberikan sudah tidak digunakan lagi. Yuda tinggal di stor barang binaan sahaja, sehinggalah akhirnya ketika sedang makan dompet beliau dicuri seorang budak bernama Adit. Ketika mengejar Adit, Yuda bertemu pula kakak Adit, Astri yang sedang bergaduh dengan pemilik sebuah pub dan akhirnya mengheret Yuda ke dalam konflik perdagangan manusia. Pemilik pub tersebut merupakan pembekal gadis-gadis Indonesia kepada ketua sindikit pelacuran Eropah yang bernama Ratger.

Dan apabila mereka turut mahukan Astri untuk diperdagangkan, Yuda tampil membantu. Klimaks cerita ini Yuda dibunuh oleh Ratger begitu juga Yuda yang sempat membunuh Ratger sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kehebatan cerita ini adalah sinematografi yang menawan, terutama plot-plot di kampung dan guna aksi kejar mengejar yang persis Ong Bak yang mana kamera juga turut berlari dari atas dan sisi. Seterusnya menampilkan kareografi dari team Silat Harimau sendiri, dapat dilihat gerak-gerak Silat banyak dipamerkan terutama diawal filem. Lainnya, menjadi seperti Ong Bak juga yang mana hanya sebahagian gerak Tomoi sahaja dipamerkan selebihnya di cedok dari pelbagai gerak dari seni mempertahankan diri yang lain agar kareografi nampak lebih cantik dan lasak.


Sedikit logikal diterapkan dalam filem ini apabila Yuda tewas apabila bertarung dengan penjahat melebihi 4 orang. Namun diakhir filem, beliau lawan penjahat satu dozen juga seperti Rajnikanth. Peliknya, setiap kali pertarungan seperti ini (tak kira filem apa pun!) penjahat pasti datang menyerang membabi buta seolah-olah menyerah diri untuk ditaboh. Dan bila kena taboh terus K.O. Jika sedar semula, boleh bangun pukul curi  semasa hero bercinta diakhir babak? Hehehe.

Kelemahan filem ini, tidak langsung mempamerkan aspek spiritual silat. Dalam erti kata lain, gagal. Yuda tidak pernah solat semasa merantau, Ibu Yuda turut memberikan tangkal syirik kepada Yuda agar tangkal itu menjaganya diperantauan, Yuda pun tidak sempat melafazkan syahadah sebelum mati. Namun memandangkan filem ini ditulis oleh G.H. Evans memang releven dia tidak tekankan aspek tersebut.

Penjahat tiada pistol. Hanya dua orang dalam satu dozen yang ada pistol. Itu pun sia-siakan peluru. Ketua penjahat pun tiada pistol, malah dia memilih untuk berlawan silat. Memanglah ketua jahat mat salleh tu pun hebat. Tetapi beliau lihat sendiri Yuda belasah semua orang kanan dia dihadapan mata sendiri. Baik tembak aja?! Lakonan ketua penjahat boleh disifatkan agak memberangsangkan.

Eh, ada juga penjahat naik motor!. Namun tewas dengan sehelai kain tuala seorang penduduk setinggan hendak ke tandas. Agak original. 

Pengaruh sinetron juga tidak ketinggalan diakhir babak yang mana setelah ketika Yuda berjaya menewaskan Ratger dan membuka pintu kontena. Semua gadis-gadis berlari keluar meninggalkan kontena itu, manakala Astri kononnya trauma, tetapi seperti hendak bercinta pun ada. Terlalu lama Astri duduk dalam kontena entah apa yang dia teringatkan? Mungkin saat indah dirogol Ratger sebelum dibawa ke dalam kontena agaknya? Dan akhirnya Ratger bangun semula dan menikam Yuda.

Tiada polis di Jakarta. Astri pun apabila Yuda minta ditinggalkan dan bawa pulang tangkal syiriknya kembali ke kampung. Astri pun berlalu begitu sahaja. Kenapa dia tidak hubungi ambulans atau polis? Mungkin Yuda masih boleh diselamatkan? 

Astri dan adiknya ke Sumatera dan tinggal bersama keluarga Yuda. Filem ini tidak begitu tulen dan mencabar seperti Ong Bak, namun membawa sedikit perubahan dalam industri perfileman Indonesia kerana mengetengahkan seni Silat Harimau, ( beg sandang Yuda siap dijahit patch logo Minang Silat Harimau), wiranya mati ditangan penjahat, dan pesilatnya tidak lagi bertarung dengan jin atau penunggu atau mak lampir.

Bintang: 2.5/5

Jumaat, 9 Disember 2011

POCONG MANDI GOYANG PINGGUL (2011)



Sasha Grey? Biar betol? K2K Productions sekali lagi memasang strategi kotor untuk menarik perhatian penonton dengan filem yang kotor. Jika sebelum ini mereka mengundang Tera Patrick, kali ini Sasha Grey pula menjadi pilihan. Tidak seperti Tera Patrick yang memiliki segalanya bersaiz XXX, Sasha bertubuh kecil, memiliki kejelitaan asli dan seringkali muncul dengan aksi porno berkumpulan serta ektrim. Dia juga digemari penerbit filem porno yang membabitkan negro-negro berzakar raksasa. Namun itu tiada masalah bagi seorang aktress porno professional seperti Sasha Grey. ( klik sini untuk kenal siapa Sasha Grey)

Saya sendiri turut teruja dengan keayuan Sasha berbanding Tera Patrick. Mereka yang penah berfantasi liar mengenai Sasha Grey pasti kelam kabut hendak mendapatkan dvd ini. Hahaha!

Saya pasti produksi filem Rintihan Kuntilanak yang lalu telah mengajar mereka suatu kaedah untuk mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan. Oleh itu, kali ini mereka memilih untuk mengupah Sasha membuat shooting di Hollywood, USA sahaja ( mungkin di kediaman Sasha sendiri ) dan selebihnya di Indonesia. Pastinya untuk menyara aktress porno dari USA berminggu-minggu di Indonesia akan menjejaskan budjet filem. Jadi pelakon-pelakon dan peminat Sasha di sana pastinya gigit jari kerana tidak dapat bermesra dengan beliau. 

Jalan ceritanya agak OK dari Rintihan Kuntilanak Perawan. Berkisar tentang seorang pemuda bernama Ferdi yang ditimpa kemalangan jalanraya sewaktu pulang dari kelab malam. Selepas pulih, dia mengabaikan teman wanitanya ( seksi bangat! Susu genteng-genteng!) kerana dilamun cinta dengan seorang gadis dari Amerika Syarikat bernama Sasha. Jadi inilah sahaja watak Sasha iaitu berbual mengunakan webcam dengan aksi-aksi manja berbikini, dan berbaju tidur. Dialog Inggeris yang diucapkan Ferdi langsung tidak romantis dan dalam slanga yang tidak boleh difahami. Sasha selamba namun terpaksa mengucapkan skrip-skrip yang sama setiap kali sesi webcam. Dalam masa yang sama, Ferdi asyik diganggu bayangan pocong dirumahnya. Rasanya 4x kot? Hehehe. 


Akhirnya ibu Ferdi mengupah seorang penyiasat untuk mengetahui latarbelakang Sasha. Maka terbongkarlah, bahawa Sasha telah meninggal dunia sebulan yang lalu. Dan Ferdi lah yang melanggar Sasha yang waktu itu datang bercuti di Indonesia bersama kakaknya Grey. Mereka bersependapat bahawa ‘roh’ Sasha (seperti biasa elemen tahyul. Malaysia suka tiru ni!) gentayangan. Maka Ferdi pun ke kubur Sasha melalui alamat yang diberikan Grey untuk memohon maaf dan meletakkan sejambak bunga. Ferdi kembali kepada teman wanita ber-susu gebu dan hidup aman damai.

Plot menarik, pastinya ketika Sasha sedang webcam dan rakan Ferdi yang tertidur di rumah Ferdi mimpi digangu pocong pondan. Sinematografi yang dipamerkan adalah seperti filem dari studio Jalan Ampas tahun 60-an. Maksudnya jika plot itu babak berkumpulan, kedudukan kamera adalah statik dan saya amat pasti hanya satu kamera digunakan untuk satu-satu babak. Mudahkan? 

Bagi negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan rata-rata sukakan hiburan yang ringan seperti dangdut. Tidak mustahil filem seperti ini laris dan menjadi box-office. Bagi peminat Sasha Grey mungkin anda beronani sambil menonton filem ini. Oh ya! Hampir terlupa, saya terus membeli dvd ini tanpa melihat tajuknya sekadar melihat tulisan Sasha Grey dan pocong. Saya terkejut dan ketawa sampai sakit perut bila melihat tajuk sebenarnya! Nilai filem ini = sampah.

Bintang: 1/5

Selasa, 6 Disember 2011

VALHALLA RISING (2009)


I bought this dvd simply because of the title and the excellent cover illustrations. Well, This is English-language Viking film by Nicolas Winding Refn known for remarkable works in Pusher series. The film takes place in 1000 AD and follows a mute Norse warrior named One-Eye and a boy named Are. None of the other characters have any names.

Like Conan, One-Eye (Mads Mikkelsen) is held captive up above in misty highlands by a Chieftain (Alexander Morton), where he is forced to fight to the death until he’s been sold but managed to breaks free, slaughters everyone except for the boy slave went back to Chieftain camp and slays him too.

He fled with the boy, and meet a band of Scottish Christian Crusaders ready to embark on a crusade to Jerusalem. The General (Ewan Stewart), asks One-Eye to join him. He reasons that, live or die, One-Eye may cleanse his soul of sin by committing to the Crusades.

On their way to Jerusalem using Viking boat, the crew is broken, thirsty and hungry, and with no wind for several days, a thick fog shrouds them constantly, they lost and arrive to a mysterious place with vast forest and mountains. Not Middle East they hoped for.



The film ends with One-Eye kills them all, and the native of that land possibly kill One-Eye. Maybe? The story ended up with groups of tribal warriors surround him and ready to attack.

The graphic and various shots in this movie are superb with the novel plots kind of story-telling. The fights are brutal and gory. But I suffered to finish off this movie. A drunken metalhead listening to Bathory will love this film.

“Those bastards, these people…the followers of the white Christ, bastard. A much traveled man tells me, they eat their own god, eat his flesh, drink his blood. Abominable. They want us dead..” - Cheiftain
 
 
Rate: 2/5

Rabu, 30 November 2011

RINTIHAN KUNTILANAK PERAWAN (2010)


Saya tidak pernah berminat mengikuti sebarang perkembangan dunia perfileman Indonesia. Namun saya akui turut mengemari filem-filem tahyul dan kepahlawanan Indonesia era 80-an dan awal 90-an kerana dipengaruhi oleh ibu. Saya masih dihantui oleh filem seperti Rahsia Ilmu Iblis, Jaka Sembong hingga ke hari ini.

Tetapi kali ini ada sesuatu yang menarik apabila saya membelek-belek ruangan dvd Indonesia di sebuah kedai. Sebuah filem seram yang menampilkan wanita yang sangat popular di dalam industri pornografi antarabangsa dan juga dunia penjenamaan tema Rock dan Heavy Metal iaitu Tera Patrick. Klik sini untuk mengetahui siapa beliau dengan lebih lanjut.

Untuk apa K2K Productions mengundang Tera Patrick bagi membintang filem ini sudah pastinya untuk mengaut keuntungan dalam memanipulasi aset tubuh dan nama Tera. Mungkin juga, untuk memperdagangkan Tera kepada hartawan-hartawan di sana yang terliur untuk mengomol tubuh montok Tera sempena kedatangan beliau ke Indonesia. Itu mungkin agenda tersembunyi.

Tera sangat kaku dan hampir gagal sepenuhnya menjiwai watak di dalam filem seram ini. Kononnya Tera (Alice) adalah saudara kepada Angel Lelga ( ini pun dah nampak merapu) telah diperdaya oleh sebuah kumpulan rock yang ingin popular mengunakan ilmu hitam. Tera telah menjadi mangsa mereka dalam satu pemujaan di rumah usang, darah Tera digunakan sebagai bahan pemujaan. Kumpulan itu berjaya meraih populariti manakala Tera pula dirasuk oleh entiti gelap hingga menjadikannya kutilanak yang membunuh lelaki-lelaki selepas di ajak ke ranjang.

Lebih merapu, Tera akhirnya di selamatkan oleh seorang kiyai ( macam biasa cerita Indonesia, ada kiyai datang entah dari mana, dan dalam banyak-banyak kes dia nak selamatkan Tera Patrick juga!). Kumpulan rock yang popular itu juga lingkup apabila Tera dibebaskan dari cengkaman Kutilanak.  


Cerita ini boleh dikategorikan antara cerita paling bodoh pernah saya lihat dan beli. Saya tidak menyesal kerana menontonnya kerana ingin tahu bagaimana pemikiran pembuat filem di Indonesia. Cerita ini dihasilkan tanpa plot  yang menarik, pengunaan kamera tanpa kemahiran, hanya dikuatkan dengan sogokan elemen seks dan seks dan seks. Tidak perlu ditonton dan tidak sesuai untuk hiburan keluarga. Nilainya = sampah.

Bintang: 1/5

Ahad, 27 November 2011

THE REAPING (2007)


This film was pulled out by Carey and Chad Hayes, the guys who did House Of Wax and most people said it was inspired by the combination of The Ten Commandments and The Omen. To me, if you like The Unborn, Case 69, you will dig this film. If not, this would be just another piece of crap from Hollywood.

Katherine Winter (Hilary Swank) used to be an ordained priestess she was so convinced of her purpose in life that she followed a calling and took her daughter and husband to a remote, and deeply cultic, African village to serve as a missionary. During her stay the region experiences a severe drought and the locals sacrifice Winter’s family to appease their gods. Her faith shattered, Winter rejects the idea that there is a God and launches into a lifelong mission defying God’s miracles with scientific and logical answers.

One day, while she’s giving a lecture to her college class a man named Doug from the tiny town of Haven shows up and asks for her help. Haven is beginning to experience what some of its painfully zealous citizens believe is a revisitation of the Biblical ten plagues and he needs someone to figure out what’s really going on. With her religious associate Ben (Idris Elba), Winter sets out to prove that a river of blood, infestations of various pests, and the mysterious death of healthy cattle all have a perfectly logical explanation.


The director manages to find gloomy and gory places to shot this film. And plots twist at the end of the story is quite interesting but not so original. If you are into Christian myths of end of the world prediction craps, this might scare the shit out of you. The filmmaker already talked about making The Reaping 2.

Rate: 3/5

Jumaat, 4 November 2011

BRYAN ADAMS “THE BEST OF ME” (2005)



Dvd ini merupakan antara koleksi kesayangan aku yang paling sesuai untuk riadah pada malam hari terutamanya bila tidak dapat melelapkan mata. Turut didatangkan bersama adalah 2 cd lagi iaitu Live at the Budokan dalam format audio dan The Best Of Me yang menghimpunkan koleksi-koleksi lagu terbaik dari beliau.

Rasanya tidak perlu lagi saya perkenalkan siapa Bryan Adams (jika tidak kenal juga rujuk sini), semua orang sekurang-kurangnya pasti ada satu lagu kegemaran yang dinyanyikan oleh beliau. Beliau antara salah seorang artis yang mempunyai ketulenan tersendiri, lagenda yang menguasai arena Ballard, Pop Rock, Sentimental dan juga Hard Rock. 

Dvd Live at The Budokan, Tokyo dirakamkan pada tahun 2000 yang menampikalkan Keith Scott sebagai gitaris dan Mickey Curry ( suka makan kari nih!) sebagai pemain dram, B.A (gelaran beliau) sebagai pemain bass merangkap vokalis. Ya! Memang sukar untuk mencari pemain bass yang turut boleh menyanyi dalam genre ini. B.A dan Keith pun tidak galas gitar dan bass di dada macam kumpulan pop rock yang lain! Dalam konsert ini B.A and the gang pakai serba putih, t-shirt putih, seluar putih, kasut putih, bass putih, gitar putih, dram set putih, amp Marshall stack pun semuanya putih! 

Rasanya B.A dah sedia maklum dengan peminat-peminatnya di Jepun yang hadir untuk layan muziknya sahaja bukan untuk mendengar bebelan beliau. Mereka pun pasti tak faham! Hampir semua peminat kelihatan masih memakai baju pejabat seolah-olah baru balik kerja. Jadi, B. A naik ke pentas dan terus mempamerkan kehebatan beliau menghayati note dan lirik. B.A memang perfectionist, tiada cacat cela pun permainan mereka, kesan bunyi yang sungguh mantap, ( tetapan bunyi boleh dipilih antara DTS 5.1 Surround atau LPCM Stereo), visual juga jelas kerana kurang permainan cahaya. 


Selepas lagu ke-5, baru B.A memperkenalkan diri, My name is Bryan Adams, this is my drummer, this is my guitarist. Kemudian terus memberikan persembahan bertenaga dan memukau sehinggalah lagu ke 10, B.A membuat sedikit kesilapan memilih peminat untuk menyanyikan lagu “When You’re Gone”. Bukan sahaja gadis tersebut tidak dapat menyanyi, malah menari ala poco-poco. Tetapi rasanya, B.A minat tuh!.. kalau tidak, sebab apa dia pilih gadis berkenaan.

B.A seterusnya memainkan lagu berhantu beliau “Have You Ever Really Loved A Woman”, Keith memainkan into yang berbeza dari versi rakaman membuatkan B.A marah. Ini sekadar gimik dan jenaka konsert. Nasib baik peminat-peminat Jepun faham dan ketawa. Lagu yang mencapai status cult ini disampaikan dengan penuh penghayatan oleh B.A. Teringat ketika zaman aktif berhubungan dengan editor majalah Ancient Ceremonies, Nuno Santos. Beliau bercerita Moonspell pernah cover lagu ini dalam suatu gig di Portugal, bila mereka main sahaja lagu ini semua penonton mengamuk dan ramai-ramai blah! Hehe!

B.A memainkan 22 lagu di The Budokan. Tiada satu lagu pun yang mengecewakan. Lagu-lagu B.A sentiasa memberikan satu macam perasaan bila mendengarnya. Nostalgia, kenangan manis, romantic, jiwa keremajaan. Dengarkan lagu “18 till I Die”, “Cloud Number Nine”, “Summer 69”  atau “Into the Fire”. Lagu terbaru untuk runut bunyi filem Guardian lakonan Kevin Costner berjudul “Never Let Go” pun terlalu hebat bagi saya. 

Dvd ini masih kelihatan dalam semua kedai muzik dan dvd dengan harga RM59.90. Dapatkan sebelum terlambat.

Selasa, 1 November 2011

HITLER: THE RISE OF EVIL (2003)


Saya ceroi jika mendakwa mengagumi Hitler, tetapi tidak mengetahu sedikit sebanyak mengenai beliau. Saya mengagumi beliau bukan berdasarkan fahaman, revolusi, reformasi, atau populariti, saya menghormatinya kerana karisma yang beliau ada. Sejarah dan mitos mengenai Adolf Hitler telah diriwayatkan oleh Yahudi dan Amerika mengunakan tinta berdarah. Beliau telah digambarkan sebagai seorang diktator yang sangat kejam dan gila. Tiada siapa yang berani mencabar hakikat kebenaran sejarah itu dipersada dunia kecuali Ahmadinejad. Saya sendiri hanya mengunakan flatform blog yang mempunyai 53 orang pengikut dan menulis dalam bahasa Melayu. Saya pun takut digelar Nazi.

Kata pepatah, untuk mengetahui kebaikan seseorang itu tanyalah pada musuhnya. Jadi tele-movie yang diterbitkan oleh Yahudi dan dilakonkan oleh banyak aktor-aktor Yahudi ini mungkin memuatkan beberapa faktor tepat. Tetapi apa yang saya dapat lihat, seperti kebanyakan filem Nazi yang lain, paparan simpati terhadap Yahudi ditonjolkan sebaik mungkin. Cuma bezanya, ia lebih menjurus kepada keperibadian Hitler itu sendiri. Yang mana filem lain memaparkan aksi peperangan. Jika anda ingin lihat Nazi berperang, ini bukan filem anda.


Filem ini sebenarnya adalah siri TV yang memenangi berbagai anugerah. Dihimpunkan dalam satu pakej 3 keping vcd yang berdurasi 4 jam. Saya telah menontonnya sebanyak 3 kali dan masih kagum dengan kerja-kerja produksi dan lakonan cemerlang Robert Carlyle sebagai Hitler. Hasil CGI untuk babak-babak perhimpunan, pemandangan bangunan lama era Nazi, kenderaan, semuanya nampak realistik. Dan ya, Hitler dan semua orang Jerman cakap bahasa Inggeris dalam filem ini. (wtf!).

Sejarah Nazi sebenarnya telah mendidik kita semua bahawa penyatuan ummah (masyarakat) berteraskan semangat kebangsaan tetap akan menempuh kehancuran, melaiankan berteraskan satu syariat. Kerana akidah mengatasi bangsa, adat, budaya, muzik, ekonomi, sosial, atau falsafah.

Di dalam filem ini digambarkan Hitler seperti seorang yang gila dan kering emosi sejak dari kecil. Beliau mengikuti kelas seni lukis di Academy of Visual Arts, Vienna di usia remaja namun bakatnya tidak dihargai dan terpaksa menganggur serta hidup melarat. Dicoretkan bermula dari kehidupan yang sukar itu dan kali pertama mendengar ucapan datuk bandar Vienna, Karl Lueger mengenai pertualang golongan Yahudi di Jerman membakar semangat anti-Yahudi dalam dirinya.

Berani saya cakap, tiada orang yang lebih cintakan tanahair dan bangsanya melebihi Hitler. Hitler seterusnya menjadi tentera sehingga beliau dianugerahkan dengan medal Iron Cross. (Rujuk blog saya yang lalu disini mengenai Iron Cross). Akhirnya beliau mendapat peluang untuk berpidato buat pertama kali di majlis perjumpaan Parti Buruh Jerman yang pada asalnya beliau dilantik untuk menjadi pengintip oleh pihak tentera untuk memantau keadaan di situ.

Hujah Hitler memukau semua yang hadir, termasuk Ernst Hanfstaengl yang akhirnya menjadi penasihat beliau. Di atas pandangan beliau Hitler membentuk imej tersendiri, - membuang misai tepi dan hanya menyimpan dibawah hidung. Hitler yang pandai melukis juga melakar sendiri logo parti Nazi. Ketika kali pertama mempamerkan logo Swastika yang dilukisnya kepada hadirin di suatu majlis makan malam di rumah Ernst, mereka bertanya apakah maksudnya?

Hitler menjawab “The Unconquerable”.

Saya yang menonton filem yang telah ditokok tambah ini pun, kagum. Apatah lagi jika berhadapan dengan beliau! Kejayaan Hitler dari satu tingkat ke satu tingkat adalah berkat persahabatan dan kepercayaan yang diterima dari rakan-rakan sekelilingnya. Antaranya Ernst Röhm, ketua Storm Trooper yang dikenali sebagai Brown Shirts yang sentiasa melindungi dan menganas dibawah arahannya. Namun kemaraan Hitler tetap melalui rintangan dari Perdana Menteri Jerman pada ketika itu, beliau cedera ditembak dalam satu serangan, ditangkap dan dihukum penjara 5 tahun. Walaupun begitu, hampir separuh rakyat Jerman tetap setia bersama Hitler dan menantikan kepulangan sosialis tersebut.

Ketika di dalam penjara itulah, beliau menulis buku “Mein Kampf”. Apabila dibebaskan, Hitler bertambah popular, ceramahnya semakin hebat, pengikutnya semakin ramai. Hitler malah boleh menguasai sesiapa sahaja termasuk Presiden. Digambarkan Hitler seperti seorang yang sakit jiwa, kadang-kadang Hannibal Lecter nampak lebih siuman dari Hitler. Hehehe!


Antara kebaikan Hitler yang digambarkan didalam filem ini, beliau seorang yang pandai melukis, tidak meminum alkohol, menyanyangi kanak-kanak ( contra nya di akhir cerita dikatakan lebih 1 juta kanak-kanak terbunuh kerana tindakannya?), sangat patriotik, membenci golongan homoseksual, menghargai muzik, tegas, displin, komited, berani mati dan suka ketulenan.

Hitler menurut sejarah mereka, seorang yang tiada toleransi, menutup hak kebebasan bersuara, menyita media cetak, dan menyekat kebebasan individu (Yahudi). Tetapi anda tidak hairankah mengapa Hitler bersetuju membantu Mufti Besar Baitulmuqqadis, Imam Amin Al-Husseini untuk mewujudkan Waffen SS bernama Hanzar bagi menyekat penindasan terutamanya terhadap umat Islam di Bosnia dan Croatia? Mengapa Hitler boleh bertoleransi dengan membiarkan Waffen SS, Hanzar bebas mengamalkan ajaran Islam? Malah Imam Amin tidak pernah memakai medal Iron Cross yang dianugerahkan kepadanya. Lebih hebat di dalam division Hanzar pimpinan Imam Amin terdapat 21,000 orang tentera beragama Kristian Katolik.

Ini tiada dalam filem. Saya bangkitkan untuk berkongsi titik sejarah yang dilupakan. Tidak beberapa lama dahulu, pernah isu ini dibangkitkan dalam forum IIS ( Islamic Information Services, Malaysia). Ada pihak mendakwa Hitler dikatakan membaca al Quran, merupakan seorang yang sangat menghormati Islam dan menyokong perjuangan rakyat Palestin yang semakin ditindas Yahudi. Maka, dia wajar diberi penghormatan? Secara ilmiah perbincangan isu ini berakhir dengan Islam sentiasa menolak keganasan, peperangan adalah jalan terakhir dan lebih bersifat pertahanan. Islam tidak menjajah. Hitler pula adalah seorang penganut Kristian Katolik, namun tidak pernah kita terbaca beliau warak didalam agamanya. Perjuangan beliau bersifat kebangsaan, gambaran mengenali personaliti beliau masih kabur, penuh mitos, dan ditokok tambah. Jadi adalah tidak wajar untuk kita terlalu taksub kepadanya.

Hampir semua orang di dunia mengatakan Hitler akan ke neraka. Amerika mengelarnya dajjal. Namun, adakah Hitler akan ditempatkan di neraka? Saya tidak tahu. Adakah Hitler akan ke syurga dengan penuh kemuliaan? Saya tidak tahu. Adakah benar beliau membunuh diri atau dibunuh? Saya juga tidak tahu.

Hitler digambarkan tidak siuman kerana mendakwa Yahudi dalam proses mendominasi dunia ketika itu. Hakikatnya, Yahudi benar-benar menguasai dunia kini.

Tema filem ini adalah "The only thing necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing" yang diucapkan oleh ahli falsafah, pejuang hak asasi manusia, ahli parlimen British bernama Edmund Burke. Cuba lihat propaganda mereka, Burke tidak pernah pun melalui zaman Nazi atau mengenali Hitler, malah dia hidup ratusan tahun sebelum Hitler dilahirkan.

Mengapa mereka tidak ambil sahaja ungkapan-ungkapan dari Hitler seperti “Pride is a weapon”, jika mereka sendiri berpendapat beliau seorang pemidato yang ulung?
 
Seig Heil!

Bintang: 4/5

Isnin, 31 Oktober 2011

AL-QADR


Kembali kita menanti malam al-Qadr pada tahun ini, berbagai-bagai kehebatan telah aku perlolehi kalau hendak diikutkan kata tok guru mengaji Quran yang mengimamkan kami solat tarawikh. Pahala seperti para nabi, dapat mahligai dari cahaya, dapat bidadari dan sebagainya telah dibacanya didalam tazkirah yang dicetak dari portal internet ntah pa nama?! Hendak ditegur itu bukan hadis sahih, rasa diri ini pun serba kekurangan. Jadi aku hormatilah dia berdasarkan umurnya, walaupun fatwa di Perlis dah masuk 2 tahun melarang penyebaran fadzilat tarawikh dan beriman dengan nas tersebut. Larangan terbaru dari Mufti Terengganu.

Apa yang aku faham pabila kehadiran Ramadhan adalah permohonan sebenar-benar pemohonan, kita kepada Allah s.w.t iaitu permohonan keampunan. Tiada benda lain yang paling terutama ( dan ultimate) yang sangat-sangat diharapkan oleh kita selain keampunan Nya. Jadi syurgalah tempatnya bagi orang-orang yang mendapat keampunan. Jadi, apa yang serabut sangat? 
Bercakap mengenai al-Qadr adalah bercakap mengenai rahsia Allah. Berkemungkinan bagi orang-orang yang melihatnya, Allah s.w.t sedang menyingkap hijab Nya. Tiada nas yang menjelaskan perkara aneh seperti pokok sujud dan air membeku pada malam al-Qadr dan seharusnya ia tidak disebarkan kepada orang lain. Terdapat sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah pernah bersabda “Pada pagi malam al-Qadr, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinaran terik), seakan-akan bejana, sehinggalah ia meninggi”. Namun hadis ini mengambarkan selepas berlakunya al-Qadr.  Ia bukan panduan untuk mencari malam itu. Bagi kita perkara yang utama perlu difokuskan pada malam tersebut adalah memohon keampunan dari Nya. Hal ini seperti yang doa yang diajarkan Rasulullah s.a.w kepada kita jika merasakan kita temui malam itu:
Allah humma innaka’afun tohibbul afwa fa’afu ani
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka kepada pengampunan, maka ampunilah aku

Sesetengah pendapat mengatakan waktu berharga untuk pengampunan pada malam al-Qadr hanya seketika sahaja iaitu beberapa saat sahaja. Pendapat itu harus diperbetulkan kerana Allah s.w.t menyatakan  keberkatan malam itu adalah sepanjang malam hingga terbitnya fajar. Firman Nya “Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar” (Surah al-Qadr, ayat 5).

Terdapat persoalan lagi mengenai kebenaran bagaimana Al-Quran itu diturunkan pada malam al-Qadr. Bagaimana al-Quran itu turun pada satu malam sedangkan Rasulullah menerima wahyu sepanjang 23 tahun? Benar, bahawa turunnya al-Quran yaitu pada malam Lailatul Qadar. Allah menurunkan al-Quran sekaligus dari Lauh Mahfudz ke Baitul Izzah (di langit dunia) kemudian dari situ Jibrail menurunkannya secara beransur-ansur dan berperingkat sesuai dengan berbagai peristiwa selama 23 tahun kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam.

Jumaat, 28 Oktober 2011

MENJEJAKI MASJID AL-HUSSAIN, KUALA PERLIS



Tengahari Jumaat ini aku, Ustaz Jeffri A. Mukhti dan Zainuddin ambil kesempatan solat dan buat tinjauan di Masjid al-Hussain, yang baru beberapa minggu dirasmikan berdekatan jeti Kuala Perlis. Masjid terapung yang dibina dengan kos RM12 juta sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf mempunyai binaan yang menarik, kemudahan-kemudahan kelas pertama, dengan kubah yang dihiasi rukun Islam dalam berbagai-bagai bahasa, imam-imam muda, dan pemandangan yang indah.


Kubah tersebut diperbuat daripada dua lapisan aluminium dan diselaputi dengan lapisan polyvinvyl double fluoride (PVDF) yang diimport dari Jepun. Masjid terapung tersebut memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon atau segi enam pertama di dunia. Seni bina tersebut adalah simbolik bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa. Dari dataran masjid, pengunjung pasti terpesona melihat dinding masjid yang tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles.

Diharapkan dengan wujudnya tempat ibadah ini, warga Kuala Perlis akan mengimarahkannya dan menjaga keharmoniannya. Buang imej masyarakat pemusnah, jadi masyarakat yang amanah.

Cantik tandasnya. Entah sampai bila ia akan berkekalan begitu? Halaman luarnya juga indah dan dipenuhi si hawa yang indah-indah juga. Adakah perlu letak papan tanda zon tutup aurat?