Rabu, 23 November 2016

THE WARRIORS GATE (2016)


Saya bawa anak angkat saya menonton filem ini sempena cuti sekolah yang lalu. Dia sendiri yang memilihnya. Selesai menonton filem ini saya lihat wajahnya girang, puas hati dengan pilihannya. Lebih lagi watak budak hero dalam filem ini rapat dengan jiwanya. Seorang yang sering dibuli di sekolah, anak kepada ibu tunggal yang ada masalah kewangan, gemar video games dan semestinya sering impikan keadaan akan berubah menjadi baik suatu hari nanti. Filem ini bukan sahaja hiburan, tapi fantasi yang diangankan oleh kanak-kanak sepertinya.

Filem kanak-kanak persis Disney yang diterbitkan sempena cuti sekolah ini adalah terbitan EuropaCorp, dengan jalan cerita dan skrip oleh Luc Besson (pengarah tersohor genre sci-fi) adalah menghiburkan dengan dialog-dialog yang lucu dan selamber. Mengisahkan seorang remaja, Jack (Uriah Shelton) yang merupakan penggila games pertarungan dan juga pekerja sambilan sebuah kedai antik. Suatu malam, melalui bakul purba pemberian taukey nya, seorang lelaki dengan pakaian panglima (Mark Chao) tiba-tiba muncul bersama seorang gadis ala diva (Ni Ni) meminta pertolongan. Panglima itu mendakwa gadis itu adalah puteri China yang sedang dilindunginya dari pemberontak yang diketuai oleh Arun the Cruel ( Bautista). Maka jadilah kisah romantis, Jack menjaga si puteri tanpa pengetahuan ibunya namun pihak pemberontak berjaya menculiknya di dibawa kembali ke dinasti purba untuk menjadi maharani Arun. Jack mempertaruhkan dirinya dengan turut terjun ke dalam bakul ajaib bagi bergabung dengan satu-satunya pahlawan maharaja dan seorang dukun (Francis Ng) untuk menyelamatkan Puteri Su Lin. Pengembaraan pun bermula. Jack berjaya menyelamatkan Su Lin bahkan dapat membunuh Arun dengan tangannya sendiri setelah belajar beberapa langkah kung fu semalaman. (ini memang tak logik tapi yalah fantasi kanak-kanak kan? Layan ja laa).

Dengan bantuan dukun, Jack berjaya kembali ke tahun 2016, walaupun sedih kerana terpaksa meninggalkan puteri yang jelita, Jack akhirnya mengabadikan pengembaraannya dengan memprogramkan sebuah video game berjudul Warrior’s Gate dan berjaya menjualnya kepada sebuah syarikat besar disaat-saat rumah mereka hampir dilelong. Ibu Jack sangat gembira, tapi Jack lagilah gembira bila suatu hari tuan Puteri Su Lin datang dari jauh semata-mata mahu makan ais krim bersamanya. 

And they live happily ever after…

Boleh bagi anak-anak tonton. Lucu dan GCI kira pun OK lah… Jalan cerita ringkas dan tipikal.

Ahad, 20 November 2016

SEMAK STATUS HADIS


Pagi tadi secara tidak semena-mena satu page berbayar masuk mencelah dalam newsfeed saya. Memandangkan profile picture yang ada perkataan 'sunnah' saya terus layari untuk singgah. Mungkin anda perasan akhir-akhir ini penyebaran hadis palsu di media sosial makin merebak seterusnya merancakkan pengamalan ibadah reka-rekaan, bahkan hingga menganggu teras akidah kerana percaya pada kisah dusta dan panglipur lara. Maka wujudlah satu golongan yang sangat risau pada situasi ini dan berkempen agar setiap status hadis yang di forward kan kepada kita. Disemak, dan dipastikan kesahihannya sebelum disebarkan. Tiada apalah kepentingan dalam kempen ini selain mahu ketulenan agama itu terjaga.

Adakah anda nampak ini sebagai sesuatu yang mengarut? bodoh atau membuang masa?

Ok, page yang saya lawat ini hadir dengan kempen "Semak Diri Sebelum Semak Status Hadis" demi untuk menangkis kempen Semak Status Hadis. Mereka siap buat flyer yang mirip di atas dengan kenyataan Semak Diri itu. Bukanlah pendapat saya bahawa semak diri sendiri itu sesuatu yang tidak perlu. Bahkan kita dituntut untuk sering muhasabah diri.

"Dari Syadad bin Aus r.a, dari Rasulullah SAW, bahwa beliau berkata, "Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT". (HR. Imam Turmudzi).

Sekarang saya mahu bertanya, Bagaimana anda boleh berfikir buruk kepada orang yang mahu menjaga agama dan tidak mahu pendustaan kepada nabi berleluasa? Kenapa sampai anda terfikir hadis sohih hanya perlu untuk orang yang alim, tulus dan suci? Kenapa disekat dan adakah ilmu agama yang tulen ini tidak berhak buat mereka-mereka yang kamu fikir tidak membuat semakan diri? Adakah sampai begitu eksklusif agama Islam ini, sampai kemudahan untuk menyemak status hadis begitu mudah zaman ini tetapi dihalang hanya kerana tidak tahu status diri baik atau jahat?

Kamu dan kumpulan kamu hadir dengan kempen untuk mengajak orang kepada kamu... diri kamu. Bukan kepada Tuhan.

Rabu, 16 November 2016

MANSAU ANSAU (KARYARAYA PUBLISHING)


Saya fikir Henry Rollin benar-benar mempengaruhi dan memberi impak kepada dunia penulisan buku-buku punk. Kini kita boleh lihat dan dapat begitu banyak buku-buku dari bermacam-macam haluan dibawah naungan luas doktrin punk. Jujur saya nyatakan, saya belum pernah mendengar lagu-lagu kumpulan Con-Damn the Corruptor yang merupakan kumpulan penulis buku ini iaitu saudara Benny Pangazou. Tetapi saya percaya, CTC mempunyai pengaruhnya yang tersendiri sehingga mereka berjaya membuat gig jelajah Malaysia yang bermula di Kota Kinabalu, ke Penang, Ipoh, KL dan berakhir di Johor Bahru.

Setelah membaca buku ini, saya memberi tabik kepada Benny kerana mengarapnya dengan agak terperinci, menarik serta santai. Gaya bahasa yang digunakan pula mengikut dialet orang Sabah membuatkan seolah-olah dia sedang bercerita secara bersemuka dengan anda. Kadang-kadang saya tersenyum bila membacanya, terkenang pula rakan-rakan di Sabah sana. Penulisan seseorang itu lebih-lebih lagi mengenai pengembaraan dan pengalaman mengambarkan pemikiran dan latarbelakang seseorang itu. Kita mampu kenal seseorang itu melalui tulisannya mengenai dunia dihadapannya. 

Saya rasa, jika Benny seorang pemuzik muda dari Semenanjung Malaysia yang menulis tentang keadaan yang ‘normal’ buat dirinya sini sudah tentu komentar-komentar dalam buku ini mengenai suasana sesuatu tempat itu akan hambar dan membosankan.


Dapatkan buku ini melalui Nizang dengan harga RM20. Anda boleh juga beli dari saya. Kuantiti terhad! (Whatsapp: 0192281979)

Selasa, 15 November 2016

LUPA

* foto dari Google maps 3 tahun lalu. Ini cerita rumah kayu buruk sebelah studio itu.


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُولَ اللهِ ﷺ قَال: «إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي: الخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ» حَدِيْثٌ حَسَنٌ رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ وَالبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُمَا.

Daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah memaafkan umatku ketika dia tidak sengaja, lupa, dan dipaksa.” (Hadis hasan, Hadis riwayat Ibnu Majah no. 2045, Al-Baihaqi VII/356, dan selainnya).

Dalam hadis Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ketika turun firman Allah Ta’ala:

لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.” (QS. Al-Baqarah: 286). Lalu Allah menjawab, "Aku telah mengabulkannya.” (Hadis riwayat Muslim, no. 125).

Lupa sering dianggap satu sifat lemah. Lupa juga adalah antara nikmat yang Ilahi kurniakan. Andai sesaat pun kalian tidak dapat melupakan sesuatu musibah bilamana hilangnya maruah, harta, darjat atau nyawa insan tersayang.. hiduplah kalian dalam kegundahan dan berat hati sepanjang hayat. Namun syukurlah sampai ketika Tuhan akan mencabutnya jua pergi menjadi kenangan silam.

Semuanya pasti berlalu.. bahkan kenangan pun akan lenyap nanti.


Ahad, 13 November 2016

DEATHGASM (2015)

Poster yang reject lagi ganas. Lucah.

Produk dari New Zealand ini boleh dikatakan filem komedi remaja yang sempoi walaupun idea dan jalan ceritanya hanya kitar semula. Namun penulis selaku pengarahnya telah memperincikan banyak aspek menjadikan ia mengatasi filem ‘heavy metal’ yang pernah dihasilkan sebelum ini.

OK, cuba ambil Pick of Destiny (2006) untuk dialog jenakanya, ambil Lord of Salem (2012) untuk jalan ceritanya, dan gabungkan Brain Dead (1992) untuk aksi ganas/ngeri dan make-up nya. Walla! Anda dapat Deathgasm!

Mengisahkan seorang remaja anak yatim bernama Brodie yang diberi hak penjagaan kepada bapa saudaranya setelah ibunya dimasukkan ke institut pemulihan mental. Brodie yang meminati muzik black/death metal mengalami kesukaran apabila sering dibuli oleh sepupunya yang tampan dan sering di dakwah untuk kembali kepada ajaran Kristian oleh pak ciknya.

Hidup Brodie berubah apabila mengenali seorang remaja samseng yang juga pengemar muzik black metal disebuah kedai LP. Mereka sama-sama memilih LP Autopsy ketika itu. Setelah sumpah setia ‘Brotherhood of Steel’, mereka pun menubuhkan band death metal bernama Deathgasm atas cadangan Zakk. Dalam masa yang sama Brodie menyimpan perasaan pada seorang gadis di bernama Medina yang merupakan rakan sekelas di sekolahnya.

Medina dan kapak nya

Kisah menjadi menari apabila pada suatu hari Zakk mengajak Brodie memecah masuk rumah seorang pemuzik metal old school bernama Daggers. Dari situlah mereka mendapat komposisi lagu disebuah kertas using yang dipanggil “The Black Hymn”. Tanpa pengetahuan mereka yang lagu tersebut digunakan untuk menyeru setan. Deathgasm pun mula memainkan lagu tersebut dalam sesi latihan mereka. Mereka juga tidak tahu dalam masa yang sama ada sebuah organisasi ajaran gelap turut giat mencari kertas using itu.

Dalam kelas Bahasa Latin purba, Brodie Berjaya menterjemahkan lirik The Black Hymn yang dikatakan mampu memberi kuasa dan benda yang dihajati. Setelah dibuli dan dipukul oleh sepupunya serta dilarang untuk berkawan dengan Medina, Brodie mengambil keputusan untuk memainkan The Black Hymn hingga akhirnya satu pecan Greypoint kerasukan (tapi tak semua? Tak tahu pulak kenapa ada yang tak kena sampuk?) Bermula pada malam itu orang ramai mula berbunuhan sesama sendiri. Brodie dan Zakk mula mencari jalan penyelesaian dengan bertanya kepada seorang tukang tilik bernama Abigail yang turut terbunuh selepas itu. Menurut Abigail, untuk menghentikan huru-hara dan kedatangan raja setan, Aeloth adalah dengan cara memainkan semula riff-riff The Black Hymn dengan cara mengundur sebelum pukul 3 pagi.

Namun Brodie gagal menyebabkan Aeloth merasuk dalam badan Zakk manakala ahli kumpulan Deathgasm yang lain terbunuh kecuali Medina. Akhirnya dalam keadaan sedar dan terasuk, Zakk meminta agar Brodie mengelar lehernya agar dia tidak dikuasai Aeloth.

Beberapa bulan selepas itu, Brodie dan Medina telah menjadi pasangan kekasih. Babak terakhir menyaksikan Zakk berinteraksi dengan Brodie dari alam barzakh melalui piring hitam. Zakk memberitahu alam roh sangat menyeronokkan kerana dapat bertemu Ronnie James Dio, Kurt Kobain, Jon Bonham dan paling seronok dapat jumpa the true..true MAYHEM. Haha!

Filem ini dihiasi dengan seleksi runut bunyi oleh BULLETBELT, SKULL FIST, PATHOLOGY, NUSLAUGTHER, MIDNIGHT, GOATESQUE, EMPEROR dan banyak lagi. Dan katanya ia diilhamkan dari kisah hidup sebenar pengarahnya Jason Lei Howden yang merupakan remaja bermasalah dan peminat black metal ketika remaja.

Saya tonton melalui youtube aja…

4/5 bintang. (sebab berani guna corpse paint, sebut banyak nama band black metal dan guna lagu mereka. Hahaha!)

Rabu, 9 November 2016

ALLAH MELARANG MEMBODOHKAN AKAL (KEMILAU PUBLIKA)



Buku ini menghimpunkan soal jawab bersama Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Pensyarah Kanan UPSI merangkap ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis. Isu-isu yang dibawakan memang menarik walaupun bagi mereka-mereka yang telah bergelumang dalam ‘scene’ salafi Malaysia sudah tentu amat terbiasa dengan persoalan-persoalan yang boleh dikatakan telah dijawab oleh tokoh-tokoh salafi sejak berdekad-dekad tanpa jemu-jemu demi kefahaman umat. Kali ini kit abaca penghujahan Dr. RORA pula. Buku ini bagus bagi mereka yang ada elergik kepada kitab karangan misalnya Dr. MAZA, Dr. Abdul Basit (Abu Anas Madani) atau Maulana Asri Yusuf. 

Cuba Dr. Rozaimi!

Kaedah penerangan beliau memudahkan pemahaman orang awam dengan gaya bahasa tersendiri jika sebelum ini banyak tokoh lebih gemar menterjemah secara langsung fatwa-fatwa imam-imam besar terdahulu. Tetapi Dr. RORA banyak mengolah dengan caranya namun tetap menukilkan nas & dalil serta nama kitab untuk rujukan. Pada bahagian isu hadis, Dr. RORA lebih memperincikan huraiannya mungkin disebabkan kecintaan dan kepakaran beliau pada ilmu tersebut.

Buku ini antara 10 bestseller di kedai buku Popular. Saya sendiri mengalami kesukaran mencarinya setelah dipesan oleh seorang rakan dari Kuantan. Ia wajar dimiliki kerana saiznya yang comel dan mudah untuk dibawa sebagai sumber rujukan pantas sebelum dicari kitab induk yang dinyatakan jika ada sebarang isu yang tidak jelas atau berpanjangan.

"Sesungguhnya ubat kepada kebodohan adalah bertanya (kerana kejahilan itu seumpama penyakit)" (Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad). 

Sabtu, 29 Oktober 2016

KOPIAH DAN SOLAT


30 minit yang lalu saya ke kedai barang haji paling popular di Seriab utk beli songkok. Disebabkan saya tidak pernah mempunyai songkok sejak sekolah dulu. Saya pun minta bantuan pekerja (ada 3 pkerja, semuanya perempuan) bagi mendapatkan saiz dan bertanya tentang keselarasan memakainya. Jujur saya beritahu. Saya memang tak tahu dan sememangnya tak mahu lagi pakai songkok, ini pun disebabkan syarat program di UUM esok hari.

Dengan nada terkejut, pekerja wanita itu kata "ha! tak penah pakai songkok. Ni tak pernah sembahyang apa?". Dia ketawa.

Tawa nya disahut 2 lagi rakannya di kaunter pembayaran. Saya pun senyum. Dalam hati saya malu. Mujur tiada pelanggan lain ketika itu. Mentang-mentang saya pakai seluar pendek camo tentera dan tshirt Scorpions 'Blackout -World Tour 1983' (saja nak bagitau.. huhuhu). Mereka beranggapan begitu.

Sambil mencuba beberapa songkok, dan melihat cermin, saya pun balas " Adik tau tak dulu Dato Harussani penah marah Dr Maza maaaaaacam adik kata kat saya sekarang. Adik rasa pakai songkok ni syarat sah solat? Adik rasa ini pakaian Islam? Dato Harussani kata dulu-dulu Tok Imam halau makmum yang datang solat jemaah tak pakai songkok."
(fyi: Dato Harussani marah semata-mata kerana Dr Maza seorang tak pakai songkok dalam rombongan mufti-Mufti ke Australia. Ada video ceramah tu kat YouTube)

Masa tu suasana kedai tiba-tiba jadi hening. Orang kata malaikat lalu...

Saya tambah lagi.. "Adik tahu kopiah ni asal dari India. Orang Melayu pakai tanjak. Ketayap tu asal daripada orang Cina.."

"oh ya ka" jawabnya. Dua orang lagi masih diam membisu.

Saya ambil saiz 22, bayar RM19.10 dan berlalu.


Rabu, 26 Oktober 2016

KU BUNUH MU


Sedar tak sedar dah genap 5 tahun lagu ini ditulis. Terimalah lagu ini dari ku, selamat bermurung..


Ku Bunuh mu
Muzik/Lirik: Ra1m1, October 2011
Kali pertama direkodkan untuk single 2012. 

Hari-hari berlalu tanpamu 
Waktu terasa suram dan kaku 
Engkaulah warna dalam hidupku 
Duniaku gelap tanpa kasihmu 

Cintakan dia tiada lainnya 
Ku telan derita kernanya 

Ku bunuhmu 
Bersama jiwaku yang kaku 
Ku benam mu 
Ke jurang mati 
Berapi 

Kau hanya mempergunakanku 
Dan humbanku ke dasar yang dalam 
Cintakan dia tiada akhirnya 
Ku gengam derita kernanya 

Ku bunuhmu 
Bersama jiwaku yang kaku 
Ku benam mu 
Ke jurang mati 
Berapi

Isnin, 24 Oktober 2016

BANGKIT! ZINE (ISU 2.5)


Isu ini diterbitkan bersempena KL Zine Fest pada 8 Oktober lalu. Walaupun hanya 28 mukasurat anda yang telah membelinya sudah tentu setuju ia padat, ketat dan penuh infomasi. Sepertimana Pedal To The Metal zine memperkenalkan mascot rasminya, Haspiddy. Kini Bangkit! Zine turut mempunyai mascot nya sendiri bernama Kibota yang menghiasi kulit depan zine ini dan ia ditulis oleh saudara Adi Herman dari Bintulu.

Isu 2.5 ini memuatkan ulasan-ulasan terperinci dari Pyan yang kita kenali keseriusan penilaian beliau namun positif & tidak pernah merendahkan sebarang karya pemuzik dan pemuzik haluan kiri. Turut menampilkan kartunis, Aku Napie yang menyumbangkan komik pendek (saya terkejut kerana Haspiddy turut muncul dalam tu!), dan Pyan turut menyiarkan sajak-sajak karya beliau sendiri yang mengejutkan rakan-rakan yang mengenalinya. Boleh tahan juga! Dari sini saya Berjaya mengesan blog ‘transit’ yang menyiarkan karya-karya beliau. Sila ikuti: http://transit-seni.blogspot.my

Bangkit! Zine turut pantas menemuramah Ben Pangazau yang baru sahaja melancarkan buku punk travelog beliau yang berjudul Mansau Ansau, kumpulan AYAM HITAM, MEDIA SKEPTIC dan artikel pendedahan MISSGIVE, serta turut memuatkan ulasan Pedal To The Metal isu perdana dari saya. Terima kasih Pyan!

Hubungi veteran metalhead yang kini menyunting zine punk yang matang!

Pyan: 018-9189212

Selasa, 18 Oktober 2016

EKSPLOITASI SUNYI ZINE (ISU # 1)


Asraf adalah orang pertama yang memaklumkan untuk merasmikan isu pertama beliau di Perlis Zine Fest. Bila saya mula membaca dan menyelak satu demi satu muka surat zine ini, serius! Saya ingat ia digarap oleh kenalan wanita penulis, Si Najiha Amran itu. Sebaik sampai ditengah barulah saya tahu, separuh bahagian pertama milik Asraf manakala yang selebihnya barulah kepunyaan Najiha.

Boleh dikatakan keseluruhan isi zine ini mengkisahkan tentang keadaan dua jiwa yang kesunyian. Kenalah dengan tajuk zine ini sebagai eksploitasi 'rasa' sunyi itu sendiri. Mungkin jua dua jiwa ini boleh disatukan?

Bagi para remaja yang mengemari puisi melankolia/romantika yang menghantui kenangan cinta hati. Anda perlu dapatkan zine ini. Bagaimanapun pada slot Najiha, adakalanya dia turut menyelitkan foto-foto bagi mewakili baris katanya dan ada juga seni tulisan tangan yang comel mencoretkan isi hatinya.

Kadang-kadang  ada terdetik difikiran saya strategi Asraf cukup iluminati-nya! hahaha! Jika kena gayanya naskah ini boleh membawa hati bertemu hati.

Tiada maklumat seperti tarikh, nombor mukasurat, bold dan itallic untuk perkataan tertentu, alamat surat menyurat, email, yang ada pun nama mereka di media sosial. Saya seorang yang tidak begitu pandai dalam menilai haluan puisi sebegini, namun saya merasakan karya mereka seterusnya pasti bombastik jika ditambang timbangan berat dan diwarnai lebih gelap.

Facebook: Asrap Mohamad

Isnin, 17 Oktober 2016

CATATAN PINGGIRAN ZINE (ISU # 1)


Saya kenal penulis zine ini melalui kembara berbasikal menjelajah Pulau Langkawi pada Ogos lalu. Saya ingat lagi malam itu di Pantai Cenang dia memperkenalkan dirinya sebagai 'groupie' sahaja. Sekali berborak sudah mesra. Bermula dari situ kami sering berseloroh fasal air gamat, minyak serai dan berbagai-bagai benda lagi. Orang suka jenaka tetapi masih dalam radius ilmiah.

Zine ini boleh dikatakan perzine - personal zine, yang mencatatkan anekdot, kisah pendek dari pengalaman-pengalaman penulis sejak zaman kanak-kanak, zaman remaja hinggalah ke dewasa ini yang merangkumi situasi bervariasi itu dan ini. Jujur sekali penulisan beliau dan penuh dengan lakar ayat yang menyentuh emosi. Saya sebenarnya tidak meletakkan harapan yang tinggi pada Catatan Pinggiran Zine kerana terlalu banyak zine/editor yang menyiarkan kisah peribadi mereka yang bodoh disamping susun kata yang membosankan. Tetapi sebaik menyusur "Air Rumput", "Budak-Budak La ni", "Kenangan di SMSTSP (Waxing)", jadi tak sabar sabar pula nak baca kisah seterusnya dan seterusnya dan seterusnya. Dari penulisan kreatif ini, kita tahu dia seorang penulis berbakat dan berpengalaman luas. Baris-baris ayatnya pendek. Tapi jelas maksudnya walaupun adakala puitis, adakala sinikal. Jika kita tengok zine budak-budak sekarang displin menaip pun dah gagal. Lepas noktah, langsung dia tak letak 'space'. Karut punya zine!

Namun jika mahu dibandingkan penulisan perzines tempatan yang lain dengan Jazli yang telah lama menguruskan blog, pernah mengarah dan menulis skrip untuk siaran TV sudah pasti tidak adil. Jazli turut berpengalaman luas dalam kitab jawi klasik menerusi syarikat kerja kreatif pertamanya dahulu, Klasik Media. Mungkin harga RM8 bagi zine 40 mukasurat termasuk kulit ini agak mahal buat pasaran bawah tanah, tetapi setelah mengkhatam isinya anda pasti faham kandungan berupa kisah hidup penulisnya adalah lebih mahal harganya. Ia khanazah! Mungkin Jazli boleh bergabung dengan Osman Ali untuk satu filem tentang kehidupan? hehehe.

Hubungi: hangtera.prod@gmail.com

Ahad, 9 Oktober 2016

KONTRADIKSI ZINE (ISU PUDURAYA)


Pertama sekali saya ingin mohon maaf kepada editornya, saudara Khairul M. Zain kerana saya gagal cam beliau walaupun sudah disapa dan diberi naskah zine ini. Beliau lebih kacak di dunia nyata berbanding foto-foto di FB.

Menurut prakata zine ini ( yang khas diedarkan sempena KL Zine Fest 2016 ) editornya pernah menyunting berbagai-bagai lagi penerbitan bawah tanah antaranya Kebebasan Insan, Boycott Manifesto, Harapan Insan dan yang terkini adalah Kontradiksi.

Fokus isu kali ini adalah tentang memoir penulis dan rakan-rakan beliau mengenai Stesen Puduraya. Satu perkongsian, perbincangan mengenai fakta dan kenangan yang begitu tinggi nilai sentimentalnya. Apabila membacanya, saya sendiri tersenyum dan seolah-olah dibawa semula ke zaman 'dark & ambient' itu. Ia deejavu apabila perkongsian masing-masing mirip pengalaman saya sendiri. Saya suka membaca kisah Sayap Anonymous, tulisan seorang perempuan dalam bab memori lain macam, kerana dalam banyak hal fakta yang dirakam, wanita akan menulis isi emosi mereka yang penuh warna itu.

Ada ruang seperti forum Whatapps yang dipelopori editor seperti Hermyth zine tetapi penulis mengunakan medium facebook untuk membawa topik Puduraya ini. Agak menarik kerana mereka-mereka yang memberi maklum balas turut menceritakan kisah-kisah lucu, seram, sedih di pusat pertembungan budaya itu. Akhirnya zine ini dilengkapkan dengan 4 puisi mengenai tapak sejarah di Kuala Lumpur tersebut.

Hubungi: terminalogik@gmail.com

Khamis, 15 September 2016

ORANG ASING YANG MENGGENGGAM BARA API


“Allah telah memutuskan untuk menghancurkan dunia ini sebelum Dia menciptanya” kata Maulana Nasaie sebagai mukadimah kuliahnya yang berjudul Orang Asing yang mengenggam Bara Api melalui Kembara Ilmu siri Ogos yang dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Perlis. Boleh dikatakan ia juga antara kata pembuka kegemaran Maulana dalam siri-siri kuliahnya.

“Maka beruntunglah bagi orang-orang asing” (HR Muslim)

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW ditanya “Wahai Rasulullah siapa yang asing itu?. Rasulullah SAW bersabda “Yaitu orang-orang yang mengadakan pembaikan di tengah manusia yang berbuat kerosakan”

Dalam lafaz yang lain, Rasulullah SAW: “Mereka adalah orang-orang yang memperbaiki sunnahku yang dirosak manusia”.

Dari ibnu Umar r.a berkata “Rasulullah SAW memegang bahuku seraya bersabda “Hiduplah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara” Ibn Umar berkata “Jika engkau ada pada waktu petang maka jangan menunggu waktu pagi hari. Jika engkau ada pada waktu pagi jangan maka jangan menunggu petang hari. Manfaatkanlah sihatmu sebelum sakitmu dan manfaatkanlah hidupmu untuk bekalan matimu” (HR al-Bukhari, Ibn Hibban, al-Baihaqi)

Rasulullah SAW memberikan pelajaran agung melalui hadis ini. Pesan baginda agar seorang mukmin sentiasa perlu menganggap dirinya sebagai orang asing atau orang sedang bermusafir sahaja. Orang asing tidak memiliki tempat tinggal. Negeri tempat ia berada bukanlah kampung halamannya. Negeri itu sekadar tempat ia menyelesaikan hal keperluannya dan kembali ke kampung halamannya. Begitu juga orang yang mengembara, dia singgah sebentar untuk berteduh dan mencari bekal kemudian dia pun berlalu menuju destinasi keinginannya.

Sedang jiwa ini begitu asyik memahami erti kata-kata sang Rasul ini. Tuhan memberi jawapan dengan pantas. Saya mendapat arahan ditukarkan ke Gombak serta-merta. Walaupun dikurniakan rezeki yang lebih, jiwa saya berat. Namun saya berangkat juga…

Di negeri sini saya ada kediaman sendiri, walaupun rumah teres dan jauh dipinggir bandar,
Kalau makan di kedai. Kedai milik rakan-rakan baik,
Takda duit nak makan. Kawan-kawan belanja,
Ada kereta walaupun buruk, ia milik sendiri,
Tiada isteri, tapi saya ada ibu ayah dan adik-adik,
Bila kenderaan rosak. Mekanik pun rakan baik.
Ada koleksi CD, kaset, piring hitam, homestudio, mampu juga dibeli dan dikumpul
Tomoi, kasuh basikal, camping, ada saja masa terluang untuk itu
Ada mufti yang dianggap guru kami semua
Cara beragama, selesa dengan cara salaf
Kerja di pejabat, kerja dengan kawan-kawan baik
Ada haiwan kesayangan yang dah menjadi sebahagian dari keluarga
Nak bermuzik, gig, kenduri, kuliah, semua bersama kawan-kawan baik
Selesa nak berkarya.. menulis, melukis, bermuzik

Siapa yang tak sedih apabila semua ini, diambil dengan tiba?. Segala hal yang sebelum ini tidak pun saya anggap sebagai nikmat. Hari ini saya dihantar ke daerah yang asing, tanpa sesuatu harta, hiburan, tempat tinggal dan saudara-mara.


Cuaca di sini paling panas.. suhu yang tertinggi di Malaysia. Tapi dengan kemarau itu kami ada harumanis... Panas itulah yang saya rindu kini.

Maulana Nasaie juga sebaik pulang dari kembara ilmu di Perlis terus bermusafir ke Jordan. Benar katanya, sesetengah manusia Allah SWT jadikan dengan kekuatan fizikal dan kecerdasan aqal untuk menimba ilmu yang padanya menjadi khazanah. Manakala ada manusia, Allah jadikan dihidup sebagai rakyat biasa, orang awam yang dari khanazah golongan pertama tadi dia mengambil agamanya.

Doakan saya agar dapat menempuh hari-hari sebagai orang asing di Hospital Orang Asli Gombak.

Selasa, 6 September 2016

HERMYTH ZINE (ISU #7)


M. Azman telah merubah format zine ini kepada A5 agar mudah diuruskan dan kelihatan comel. Beliau masih mengekalkan reka letak gaya ‘gunting dan lekat’ namun kali ini lebih kemas dan mesra mata memandang. Pemilihan font saiz yang sesuai menjadikan zine ini mudah dibawa kemana sahaja untuk ditela’ah. Saya suka kecekalan yang ada pada M. Azman yang berusaha mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan rasmi zine ini walaupun broken se-broken broken-nya. Meskipun kadang-kadang bunyinya lucu, ia boleh membawa zine ini ke peringkat global. Jangan main-main!


Hermyth zine kali ini membawa temubual bersama Blazt Promotion, NYMPHOLEPSY, MILITANT ATTACK, DIRE CROWN, EXISTENCED DENIED Zine, ulasan-ulasan album, dan forum bersama ikon-ikon muzik bawah tanah tempatan. Anda perlu miliki zine ini dan teruskan menyokong beliau!

HERMYTH ZINE (ISU # 6)


M. Azman telah berjuang cukup lama bersama Hermyth zine yang boleh dikatakan otai penerbitan bawah tanah dari Melaka. Ini adalah isu yang terakhir Hermyth yang dihasilkan dalam format A4. M. Azman terus berkarya dengan cara tradisional ‘gunting dan lekat’ sebagai reka letak di setiap muka surat zine ini. Menampilkan wawancara bersama VELHALLA dan HANATOR dari Borneo, RAKAZ, REHEARSE dan banyak lagi. Ada juga ulasan rakaman-rakaman dunia underground dan paling menarik ada forum yang diwujudkan oleh M.Azman membangkitkan isu-isu tertentu untuk dibahas oleh individu-individu ternama dalam scene. Forum whattapp ini adalah sesuatu yang unik ideanya. Ilustrasi kulit zine ini dihasilkan oleh sahabat saya, Mika Rot sang editor kepada Discarnage zine.


M. Azman, Lot 941 Jalan Setulang Daeng, Pulau Gadong, 75200 Melaka.

Isnin, 5 September 2016

BANGKIT! ZINE (ISU # 2)


Saya memang hormati kemampuan Pyan dalam menulis dan menyunting zine. Ulasan-ulasan beliau juga mengambarkan jatidiri, ilmu dan pengalaman yang ada didadanya. Seperti label indie yang diuruskannya, Blazt Promotion, Pyan tidak memilih band atau individu untuk ditemuramah berdasarkan kriteria yang membuatkan zine beliau laris dek kerana populariti band atau individu tersebut. Tetapi ia berdasarkan etika, dan ‘keperluan’ yang kuat untuk memperkenalkan kumpulan-kumpulan tersebut kepada penyokong scene UG tempatan yang masih percaya dengan penerbitan zine. Pyan juga bertindak lebih progressif kali ini dengan menampilkan kulit keras glossy dan kualiti xerox yang bagus. Susunan reka-letak yang kemas dan padat. Saya suka Bangkit! kerana ia mengekalkan standard zine underground 90’an yang hebat. Saya seperti tidak sabar untuk memiliki isu selanjutnya nanti.

Isu # 2 ini menampilkan temubual bersama THE BOLLOCK, KAH KAH CELAKA, SHITNOISE BASTARDS, NO DISTANCE, PIG-KRUST/BAKTERIA, SHARON STONED, SECRET IN DEFENSE, TANRANTULAH, BRAINCELL, UPTOSIXTEEN dan TERSSALAHH. Turut menampilkan ulasan produk UG, berita zine fest dan sebagainya dalam 60 mukasurat. Berbaloi!


Blaztpromotion.blogspot.my



facebook.com/blaztpromotion

HIKAYAT AMIR HAMZAH (DBP)


Saya jumpa buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka cetakan pertama 1969 dalam sebuah bengkel usang tetapi keadaannya masih baik. Naskah yang terkenal di alam kesusasteraan Melayu ini ditulis oleh seorang penulis Parsi dengan judul Qissa’i Emir Hamza, dibawa oleh pendakwah dari India ke Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka (1511 Masehi). Kononnya ia disalin dengan tulisan tangan oleh penulis istana raja Melaka yang mengambil masa selama 15 tahun. Padahal tak lah panjang mana hikayat ini? Namun dari kata pengenalan dalam buku ini, naskah ini diterjemahkan S. A Dahlan dari karya penyelidikan 2 orang Arab-Mesir. Oleh itu ia agak berbeza dari naskah-naskah dari zaman purbawara. Hikayat Amir Hamzah merupakan antara hikayat yang disebut dalam Sejarah Melayu, ketika pertahanan Melaka dari serangan Portugis mula goyah, hikayat ini disebarkan bagi menaikan semangat pahlawan Melayu.




Hikayat Amir Hamzah mengandungi 30 tajuk, mengisahkan keberanian dan kegagahan Sayyidina Hamzah mengepalai tentera Islam dalam peperangan menentang tentera-tentera kafir. Membaca hikayat ini sedikit sebanyak memberi penjelasan bagaimana Parsi mengembangkan pemikiran mereka melalui seni kesusasteraan yang begitu utuh di bumi Melayu. Jika anda sedar rupanya, orang Melayu sudah terdedah dengan hujah agama melalui mimpi melalui dogeng-dogengan hikayat sebegini. Bahkan status perwira sentiasa dikaitkan dengan wali-wali, nabi Khaidir dan juga penguasaan alam jin. Kadang-kala perjuangan Amir Hamzah mirip atau lebih hebat dari nabi lagaknya. Awas, terbiasa dengan kisah mimpi-mimpi yang dianggap hujah agama, anda akan mudah didekati tarekat-tarekat aneh yang sudah menular dalam masyarakat. Kata seorang pengkaji luar Hooykaas, “Hikayat Amir Hamzah” sangat terpengaruh oleh suasana Syi’ah. Aliran syiah merupakan aliran (fahaman sesat atas nama Islam) yang paling awal masuk ke Nusantara yang berasal dari Gujarat, India. Dengan demikian, sastera aliran Syi’ah merupakan satu kesusateraan klassik dunia Melayu.

S.A Dahlan sebagai seorang yang menjunjung kebenaran turut menerangkan pada kata pendahuluan, bahawa Amir Hamzah bin Abu Mutalib yang berusia 180 tahun seperti yang ditulis penulis itu tiada kebenarannya, sebaliknya Amir Hamzah bin Abu Mutalib, atau bapa saudara nabi kita itu menurut sejarah Islam hanya hidup hingga berusia 59 tahun dan hanya dua tahun lebih tua dari Rasulullah saw. Buku ini harus dibaca dengan pengetahuan bahawa ia bukan buku sirah yang sahih, bahkan hanya hiburan yang diambil dari aspek seninya. Saya bersependapat dengan ilmuan seperti Dr. Ph. S. Van Ronkel.

Berdasarkan penelitian Hikayat Amir Hamzah yang ada di Leiden, naskah A (1697) dan naskah B (1698), Van Ronkel menyimpulkan bahawa Hikayat Amir Hamzah bukan berasal dari bahasa Arab seperti yang dikatakan oleh peneliti lain, tetapi terus dari bahasa Parsi.

Van Ronkel juga berpendapat bahwa Hikayat Amir Hamzah adalah dari kumpulan “cerita dongeng” yang memuliakan agama Islam dan pahlawan-pahlawan Islam.

Khabarnya PTS sedang berusaha untuk memodenkan karya ini?

Khamis, 1 September 2016

Khamis, 25 Ogos 2016

KISAH ROTI CANAI


Semasa darjah 5-6 (1989-90) dahulu, saya dah ke sekolah dengan menaiki basikal. Ada ketikanya saya keluar awal untuk singgah restoran mamak Al Jami untuk beli roti canai. Ketika itu harga roti canai sebiji 30 sen. Wang saku yang ayah bagi ke sekolah 50 sen, jadi ada lagi baki 20 sen. Boleh beli air sirap. Bagaimanapun semasa beli roti canai ini, saya takut sangat kalau terselisih dengan ayah. Kalau dia nampak, pasti saya akan dimarah, katanya saya 'breakfast macam orang taman. Lagak orang kaya-kaya'. Oleh itu saya kadang-kadang saja berani beli roti canai, sedangkan ada kawan-kawan lain sarapan roti canai tiap-tiap hari. Bagi saya ia mewah dan sarapan istimewa yang jarang-jarang dapat rasa.

Dahsyat nilai wang dulu, bila difikirkan 30 sen boleh tampung kos roti canai, plastik kuah kari, kertas bungkus roti dan plastik beg!

Keluarga saya tidak mengajar untuk mengambil breakfast, antara penyebab hingga kini saya tidak gemar bersarapan di awal pagi kerana perut kurang selesa untuk makan pagi. Akhirnya saya tidak lagi membeli roti canai sebaik masuk sekolah menengah kerana lebih selesa makan pada jam 10 pagi.

Al-Jami masih wujud hingga sekarang walaupun kurang hygiene dan kini dikenali sebagai Restoran Ismail. Hari ini saya imbas kembali nostalgia itu setelah sekian lama banned kerana kes tikus dalam kari. Ternyata roti dan kari hitam mereka kekal asli. Rasa sama sejak dahulu!

Tafsiran roti canai mengikut Gregory Han:
" In Malaysia, it's the roti canai (rho-tee chan-ai) that graces breakfast plates. Conjured from flour, water, clarified butter, with a touch of condensed milk, the dough is flipped, flattened, folded, and slapped down like a '90s Bell Biv Devoe ditty onto a hot oiled griddle to proudly puff. Roti canai is prepared with mesmerizing efficiency, and it's obvious why it's commonly referred to as "flying bread.""¨

Roti canai's origins are often connected to the influx of immigrant laborers from India's Chennai region (still commonly known by its colonial name, Madras) across the South Asian sea. Along with their manpower the South Indians brought over the layered flatbread, parotta. Cheap and easy to make, the thin bread quickly gained popularity and can now be found at food stalls and restaurants all over Malaysia, enjoyed plain or sprinkled with sugar, with new variations even offering fillings like Nutella or mayo-spiked salads of chopped cabbage and carrots. But most often roti canai is traditionally accompanied by a small bowl of potato coconut curry for dipping."¨

Khamis, 18 Ogos 2016

KITA KAWAN (AKU SEMPOI STUDIO)


Berdasarkan komik ini diulang cetak dua kali pada September tahun lalu, saya kira ia mendapat permintaan ramai. Komik indie, d.i.y, hentam buat sendiri atau apa pun yang anda namakan ini dilakar dan diterbitkan oleh Aku Napie, seorang kartunis kelahiran Perlis. Beliau turut memberikan khidmatnya kepada Pedal To The Metal zine sejak isu # 1.


Kita Kawan adalah produk mesra pelanggan, yang merupakan komik berpasangan dengan anekdot bagi memperjelaskan sesuatu senario yang beliau bincangkan didalamnya. Walaupun penerangan saya nampak macam terlalu ilmiah, komik ini sebenarnya santai, sindiran dan teguran sinis dari Aku Napie. Sebanyak 30 babak sarat dimuatkan dalam 64 mukasurat dan kualiti cetakan yang bagus.

Dapatkan Kita Kawan dengan berhubung Aku Napie melalui pautan dibawah. Beri sokongan kepada artis bebas seperti beliau:
Twitter

Khamis, 11 Ogos 2016

THE NICE GUYS (2016)


Poster dengan rekaan vintage menarik minat saya untuk melihatnya, tambahan saya tidak pernah melihat Russell Crowe berlakon watak unik yang tidak mempamerkan susuk tubuh sasa, maskular dalam filem “buddy” komedi ini, walaupun beliau gemar membelasah orang tanpa belas kasihan. Saya suka filem-filem suasana retro Hollywood kerana mereka hebat dalam memperincikan prop, pakaian, kenderaan dan kesan-kesan khas termasuklah runut bunyi yang diselitkan.

Filem ini digambarkan berlaku di Los Angeles pada tahun 1977 dimana industri pornografi sedang berkembang pesat dan menjadi rebutan golongan kapitalis dan politikus. Ia bermula dengan babak kematian pelakon porno, Misty Mountains yang berkaitan dengan kehilangan seorang gadis bernama Amelia. Penyiasat persendirian, Holland March (Ryan Gosling) diupah oleh seorang wanita yang mendakwa terlihat Misty setelah insiden yang meragut nyawanya itu. Melalui siasatan itu, Holland mula menjejak Amelia kerana dia ada hubungkait dengan Misty dalam sebuah filem porno. Manakala Jack Healy (Russell Crowe) pula diupah oleh Amelia untuk menyiasat dan membelasah orang yang mengekorinya, iaitu Holland. Setelah menjalankan tugasannya, Healy telah diserang di rumah oleh 2 orang hitman menyebabkan dia sedar, Amelia terlibat dalam konspirasi yang lebih besar dan bergabung dengan Holland untuk menyelesaikan kes itu. Maka, jadilah ia kisah 2 rakan penyiasat penuh ragam lucu dan retro. Tetapi Russell Crowe tidaklah selucu mana pun, kerana bahagian bertarung memang kebolehannya.

Healy, Holland dan tambahan watak Holly, anak perempuan kepada Holland menjalankan siasatan untuk menjejak Amelia dan akhirnya mendedahkan yang Amelia merupakan anak perempuan kepada Judith Kutner, seorang pengawai tertinggi dalam US Department of Justice. Judith Kutner menyatakan beliau seorang yang tegas membenteras industri filem porno oleh kerana itu anaknya mengalami delusi, dan apabila terbabit dalam filem porno, Amelia menjadi paranoid dengan menyangka ibunya mengupah orang untuk membunuhnya. Judith seterusnya mengupah pula Healy dan Holland untuk menjejaki Amelia.

Setelah berjaya menjumpai Amelia, Healy dan Holland akhirnya mendapat tahu Judith Kutner memang menghantar pembunuh-pembunuh upahan untuk membunuh anaknya sendiri kerana beliau adalah antara dalang yang menguasai industri pornografi Detroit. Manakala Amelia sebenarnya membuat sebuah filem/dokumentari mengenai pornografi untuk mendedahkan jenayah ibunya kepada awam melalui satu acara auto show. Bagi Amelia, polis dan media yang dikuasai kerajaan tidak akan menyebelahi dirinya.

Filem ini agak menarik jalan ceritanya. Walaupun ada banyak watak kanak-kanak dan mesejnya positif dan tiada adegan seks. Ada juga babak memperlihatkan Holly menonton porno bersama orang dewasa, beberapa dialog kotor dan suasana yang kurang sesuai bagi kanak-kanak.

3/5

Isnin, 8 Ogos 2016

LIGHTS OUT (2016)


Mangkok manalah yang kata ni filem James Wan dan lebih menakutkan dari Conjuring 2? James Wan hanyalah salah seorang dari pemberi modal kepada terhasilnya filem ini setelah melihat sample (short film) dari David F. Sandberg. Ini adalah hasil kerja perdana dilayar perak yang pertama oleh Sandberg.

Mengisahkan seorang budak perempuan bernama Diana yang mempunyai penyakit kulit aneh dan berkemampuan memanipulasi fikiran orang lain. Dia telah dimasukkan ke sebuah pusat pemulihan mental dan memanipulasi Sophie agar menganggap mereka sebagai sahabat karib. Namun Diana mula cemburu apabila melihat Sophie semakin pulih, tetapi tragedi telah menimpa Diana dalam satu proses rawatan arus elektrik menyebabkan Diana mati dan menjadi hantu. Namun peliknya Diana memerlukan Sophie menjadi gila dan menganggap Diana masih hidup sebagai hubungan untuk dia kembali ke dunia. Jadi hantu Diana akan menghalang Sophie mengambil ubat PSY agar dia dapat mendampingnya, dimasa sedar dan normal Sophie meminta agar Diana tidak menganggu keluarganya.

Tapi itulah bodohnya, yang hantu Diana ni dok pi kacau anak dan membunuh suami Sophie apabila mereka mula mempersoalkan kewarasan dan watak Diana yang sering diucapkan Sophie. Ketika minit tersebut, saya dah tahu Sophie mesti akan bunuh diri atau minta orang bunuh dia untuk putuskan data-connection Diana bila dia mula kacau anak-anaknya. Hahaha! Memang betul pun!


Cerita ini memang pendek gila. Mudah dibaca plot-plot nya, kesan khas (lampu padam ada kelibat) pun telah banyak orang troll kat youtube malah dalam iklan maxis pun ada. Tetapi dalam pawagan memang ramai lagi yang jerit-jerit ketakutan walaupun dah tahu trick ni. Rebecca (Teresa Palmer) anak sulung Sophie memang hot macam biasalah, syok tengok cara dia berpakaian, sentiasa dengan boots dan anda tentu perasan dalam bilik dia ada poster kumpulan occult rock, GHOST. Adik dia, Martin (Gabriel Bateman) agak hambar sebagai budak yang selalu kena kacau hantu. Mungkin jika adik perempuan lebih sesuai. Conjuring 2 sememangnya lebih kuat garapan dari Lights Out, tetapi pengemar filem seram begitu menyokong karya yang ada nama James Wan hingga mampu mengaut keuntungan mencecah USD87 juta walaupun budjet filem ini hanya USD5 juta.

Go Teresa Palmer!
Hantu macam Freddy Krueger + Goblin + Mortiis pun ada! haha!

2/5

THE LEGEND OF TARZAN


Kisah Tarzan kali ini ada sedikit pusing supaya lebih menarik, malangnya ia tetap ditahap biasa -biasa sahaja. Dibintangi oleh aktor Sweden, Alexander Skargård sebagai John Clayton II, dari keluarga bangsawan Greystoke, beliau telah lama meninggalkan bumi Afrika dan gelarannya sebagai “Tarzan”. Clayton II kini hidup mewah di London. Kisah Tarzan sudah pun menjadi lagenda.

Bagaimanapun John Clayton II telah dijemput kembali Ke Boma, Congo oleh King Leopold untuk membuat laporan mengenai pembangunan di Congo, walaupun menolak jemputan tersebut, seorang wakil dari Amerika, iaitu Washington Williams (Samuel Jackson) telah menyakinkan John Clayton II untuk kembali ke Congo kerana difahamkan pihak Belgium masih memperhambakan penduduk Congo untuk kerja-kerja buruh kasar. Washington Williams mahu menyiasat perkara tersebut. Pihak British tidak tahu, jemputan King Leopold tersebut dipalsukan oleh Leon Rom (pegawai tentera Belgium) yang bertujuan untuk menangkap dan menyerahkan John Clayton II kepada ketua suku, Chief Mbonga yang berdendam untuk membunuhnya. Sebagai upah Chief Mbonga sanggup memberi Leon batu-batu permata yang akan digunakan oleh Leon untuk membiayai tentera upahan bagi menakluk wilayah Congo dan merampas hasil mereka. Mbonga tidak tahu hal tersebut.

Apabila sampai saja di Boma, Cayton II terpaksa berdepan tentera upahan Leon yang menyerang dan menculik isterinya. Kembali menjadi Tarzan, dia dengan bantuan Washington Williams menjejaki Leon, bertarung dengan beruk Mangani (yang telah membuangnya sebagai keluarga), Mbonga dan tentera pimpinan Leon demi menyelamatkan Congo.

Walaupun sinopsis ini dengarnya seperti menarik, ia taklah sehebat mana, kesan khas juga menjadikan aksi-aksi pertarungan dan akrobatik seperti kartun sahaja. Bagi saya Washington Williams lebih hebat dari Tarzan kerana handal dengan senjata api dan boleh juga mengejar/bersaing kudrat Tarzan walaupun baru 2 hari hidup dalam hutan Boma! Kalau dia yang lahir dan dibesarkan oleh beruk, mungkin Washington Williams adalah Super Tarzan!

2/5

Rabu, 13 Julai 2016

PERLIS ZINE FEST & STREET ART DAY 2016


Saya dan rakan-rakan bercadang untuk menganjurkan Perlis Zine Fest 2016 di Kangar pada 15 Oktober 2016 ini. Setelah berbincang dengan beberapa orang rakan, seorang rakan (bukan dari dalam UG scene) memberi cadangan untuk saya membuat ‘Kertas Cadangan’ ke Jabatan XXX untuk sumbangan dana. Katanya in shaa Allah boleh dapat. Saya gembira. Namun setelah dinyatakan terma dan syaratnya. Saya mula rasa ralat. Begini:

KEBAIKAN
Saya mempunyai label sendiri, oleh itu lebih mudah untuk urusan Kerajaan untuk membuat pembiayaan. Dan saya dikatakan boleh mendapat geran dari RM1K hingga ke RM5K. ( Dengan dana tersebut, kami dapat buat banting yang grand, menyediakan token-token makanan, cenderahati mungkin t-shirt, buttons, stickers, patches atau sebagainya kepada yang hadir menyokong, kami mampu menyediakan tiket flight bagi cadangan klinik dram/atau gitar kepada sifu dram/gitar, kami boleh membiayai sewa PA sistem untuk deklamasi puisi, persembahan muzik, baiyai krews, cetakan flyers dan banyak lagi), kami juga tidak perlu gusar tentang sewa dewan sebab mereka bagi guna fasiliti kerajaan, bekalan elektrik, tandas percuma. Kerusi & meja percuma boleh buat sesi bedah buku. Dengan penganjuran ditempat sebegitu, mungkin editor/penulis boleh untung. Ada prestij.

KEBURUKAN
Dalam dunia Melayu yang penuh korupsi ini, saya difahamkan perlu memberi saguhati (rasuah) separuh atau lebih dari geran yang diperolehi. Mengikut rakan saya, jika RM1K saya perlu bagi RM500, jika RM5K saya perlu bagi mereka RM3K. Jadinya saya akan ada RM500 atau RM2K untuk beroperasi. Kelebihan apabila dah beli maruah mereka ini walaupun mendapat dana duit kerajaan, saya tidak perlu mengaitkan jabatan XXX dalam program ini, mereka tak kisah untuk datang lihat atau cetak logo jabatan pada banting dan sebagainya. Cukup dengan laporan program itu berjaya dan gambar (barangkali). Keburukan yang lainnya, kita sebagai pendokong kerja-kerja DIY dengan etika-etika jalanan dan bebas telah menjebakkan diri dengan korupsi yang kita kecam selama ini. Yang kononnya tidak diperlukan oleh Ugders seperti kita. Kalau tak rebel kita tak terbitkanlah zine... kita buat magazine!

Bagi orang yang bukan berlaluan bawah tanah, mereka menganggap ini perkara biasa. Urusan menjual beli maruah adalah lumrah kehidupan. Semua orang korup dan asal dapat wang dah kira cukup bagus. Tiada apa yang penting, duit adalah pemangkin segalanya bagi mereka.

ALTERNATIF
Kami anjurkan PERLIS ZINE FEST dalam skala kecil, sebagai beginner dan sebagai aktivis underground orthodox ditempat rekreasi secara bebas dan percuma. Tiada bekalan elektrik, nak masuk tandas bayar sendiri, open-air busking, dan tak dapat nak buat klinik gitar atau bedah buku. Walaubagaimanapun kalau diikutkan rekod, team KUKOQ NYOK, telah berjaya mengadakan program buku jalanan mereka mencecah ke 3 siri rasanya. Siap ada persembahan didgeridoo, deklamasi sajak dan busking. Sesuatu yang mengkagumkan. Saya turut ikut serta dan jualannya cukup memberangsangkan juga. Tempat berpotensi yang dipelopori mereka adalah di Denai Larian Pengkalan Assam dan di Gua Cenderawasih (sebelah kompleks ADUN). Mungkin boleh belajar dari mereka. 

Saya minta tolong rakan-rakan bagi pandangan? Terima kasih.

Rabu, 6 Julai 2016

VIRUS


VIRUS
Ahmad Ra1m1, 10 September 2014

Kenangan membuatkan aku ingin terus mencintaimu,
Kenangan yang membahagiakan,
Ingatan akan aku pernah bahagia,
Di suatu ketika aku pernah bahagia.

Aku tidak perlukanmu,
Aku telah membunuhmu,
Tetapi ingatanku terhadapmu tidak pernah padam,
Ia virus dalam sistemku
Menganggu gugat perjalanan nadiku

Pepijat saraf yang belum ada imunisasi,
Belum ada imunisasi.


Selasa, 5 Julai 2016

SELAMAT MENYAMBUT EID FITR

Sempena hari raya eid fitri ini, saya ingin memohon maaf jika ada sebarang kesilapan atau kekasaran bahasa dan blog ini. Sedikit kaedah ucapan para salaf dalam menyambut hari lebaran:

Dan disebutkan dalam kitab Fathul Bari (2/446) : Diriwayatkan kepada kami dalam Al-Muhamiliyat dengan sanad yang baik dari Jubair bin Nufair berkata : Dahulu para sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam apabila mereka bertemu pada hari raya sebahagian mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain "Taqabbalawahu minna waminkum".

Manakala, Syeikh Utsaimin rahimahullah pernah ditanya: Apa hukum ucapan selamat hari raya? Dan apakah ada ucapan tertentu?

Maka beliau menjawab: “Ucapan selamat hari raya dibolehkan, dan tidak ada ucapan selamat yang khusus, tetapi apa yang biasa diucapkan oleh manusia dibolehkan selama bukan merupakan ucapan dosa”.

Dan beliau juga berkata: “Ucapan selamat hari raya telah diamalkan sebahagian sahabat radhiallahu anhum, seandainya hal tersebut tidak pernah dilakukan oleh sahabat, namun hal tersebut kini telah menjadi perkara tradisi yang biasa dilakukan manusia, dimana sebahagian mengucapkan selamat kepada yang lain apabila tibanya hari raya dan sempurnanya puasa dan qiyamul lail”.

Dan beliau rahimahullah juga ditanya: Apa hukum berjabat tangan, berpelukan dan ucapan selamat hari raya setelah solat Ied?

Beliau menjawab: Perkara-perkara ini tidak mengapa dilakukan, karena manusia tidak menjadikannya bentuk ibadah dan taqarrub kepada Allah Azza wa Jalla, namun hanya menjadikannya sebagai tradisi, memuliakan dan menghormati, selama tradisi tersebut tidak ada larangannya secara syarie maka dasarnya adalah boleh”. Majmu Fatawa Ibnu Utsaimin (16/208-210)

Isnin, 4 Julai 2016

ARUS TAJDID (KARYA BESTARI)


Buku terbitkan Karya Bestari ini dicetak pada tahun 2007 dijual dengan harga RM2 dan saya bertuah memperolehinya dari Marhaen Litera, Guar Cempedak Kedah. Buku ini sebenarnya adalah teks ucapan Dr. Maza sempena Forum Tajdid II, di UIA pada tahun 2006. 

Bagi yang masih ketinggalan, seruan tajdid telah berlaku sejak sekian lama moga-moga anda membuka mata dengan gerakan yang semakin mendapat tempat dihati golongan muda mutakhir ini. Gerakan mengembalikan agama kepada ajaran al-Quran dan sunnah walaubagaimanapun mendapat tentangan hebat dari golongan yang mendaftarkan diri mereka sebagai Aswaja. Sesuatu yang pelik, namun dilihat sebagai wira bagi Islam acuan nustantara. Bagi mereka yang sedar akan perlunya mengekalkan 'ketulenan' agama sepertimana yang dibawa Rasulullah SAW hingga ke zaman salaf, mereka sedar ancaman pada agama bermula dari hal bida'ah yang dianggap kecil dan diabaikan. 

Hujah-hujah dari imam yang agung seperti Ibn Jauzi, An-Nawawi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dikemukan dengan terjemahan tepat oleh Dr Maza di dalam buku ini. Buku untuk pendokong wahabi, kata geng Aswaja. hahaha!

* At-tajdid menurut bahasa, bermaksud menghidupkan, membangkitkan dan mengembalikan. Makna-makna ini memberikan gambaran tentang tiga unsur iaitu keberadaan sesuatu kemudian hancur atau hilang kemudian dihidupkan atau dikembalikan. Kata "Tajdid" diambil dari bahasa Arab yang berkata dasar "Jaddada-Yujaddidu-Tajdiidan" yang ertinya memperbarui. Kata ini kemudian dijadikan istilah kepada gerakan pembaruan Islam agar terlepas dari bid'ah, tahayyul dan khurafat.

Ahad, 3 Julai 2016

HADIS PALSU DAN KESAN NEGATIFNYA (MAIPS)


Dr. Maza, Mufti Kerajaan Negeri Perlis konsisten dalam usahanya mengekalkan manhaj salafi di Perlis dengan berbagai-bagai kaedah, antaranya program kampung sunnah, penerbitan risalah dan buku-buku ilmiah. Dan ini adalah diantara usaha gigihnya, dan buku cetakan berkualiti tinggi ini diedarkan secara percuma. Jadi menjelang syawal yang mulia ini, saya cadangkan anak-anak Perlis yang pulang ke kampung ambil peluang dapatkan buku ini dari Jabatan Mufti Negeri Perlis. Ini baru yahanana... kita untung!

Buku yang bertajuk penuhnya 'Hadis Palsu dan Kesan Negatifnya Terhadap Imej Islam' setebal 50 muka surat ini padat dengan pengenalan erti hadis maudu', nas-nas larangan hadis palsu, hukum menyebarkan hadis maudu', kepentingan sanad dan kesan-kesan negatifnya iaitu:

- merosakkan akidah yang murni
-menjatuhkan nilai kewibawaan Islam
-menjadikan nas-nas Islam bercanggah
-menjadikan hadis bercanggah dengan realiti dan akal yang waras
-punca percambahan pemikiran sesat
-memundurkan dan menyusahkan urusan umat
-menjatuhkan imej tokoh-tokoh umat
-memalingkan manusia dari sunnah yang sahih
-menghilangkan ketulenan agama

Bagi yang pernah membaca penulisan Dr Maza pasti arif bagaimana beliau menyusun fakta, dalil dan hujah. Turut disenaraikan seluruh rujukan fatwa di penutup buku ini. Moga semua mufti rajin seperti ini dalam memberi kefahaman kepada masyarakat. Jika Dr Maza baca ini, terima kasih tuan. Kami sayang kamu.

MENCARI SUCI (ITBM)


Karya ini dinobatkan sebagai novel Anti-Syiah yang pertama di Malaysia. Namun ia bukanlah idea yang tulen kerana Pitri al-Fateh terlambat beberapa tahun untuk mencabar Marco Ferrasse melalui novelnya ‘Nazi Goreng’. Jika dalam Nazi Goreng, Marco menceritakan tentang anak muda dari Kedah bernama Asrul dari latarbelakang agama yang akhirnya terjebak dengan haluan “Malay Power” dan neo-Nazi serta bergelumang dengan jenayah, Pitri pula menceritakan tentang anak muda dari Kedah, bernama Fazrul yang sedang berada dikemuncak bersama kumpulan punk rock nya, Parasite, namun musibah melanda ketika mereka dalam siri gig menjelajah Malaysia menyebabkan semua anggota kumpulannya terbunuh. Fazrul kembali mendekati agama setelah peristiwa itu namun didekati oleh pendokong fahaman syiah dan dia terbelit. 

Bezanya tulisan Marco adalah fiksyen dan digarap melalui penceritaan rakan-rakan punk di Malaysia. Tetapi tulisan Pitri jika dibaca oleh mereka-mereka dari dalam scene, kita setuju ia benar-benar terjadi dan sering berlaku pada undergrounders yang ingin kembali kepada jalan tauhid. Disebabkan kejahilan dan keinginan untuk bertaubat yang merodong kuat, mereka terbabas apabila didampingi orang yang salah, menjadi ghuluw, dan memusuhi ahlus sunnah tanpa sebab yang konkrit.

Di dalam novel ini, Pitri benar-benar mempamerkan penguasaan bahasa yang baik, dan juga kefahaman beliau tentang aliran sesat itu. Dua kualiti yang membuatkan novel ini perlu dibaca dan perlu dinilai sisi ilmiahnya. Guar Cempedak sekali lagi menjadi lokasi cerekarama, digambarkan dengan baik malah diperincikan lanskapnya membuatkan anda mampu melihat panorama yang sedang diceritakan ketika itu. Paling saya suka, Pitri berjaya mengarap novelnya menjadi hujah dengan mendedahkan modus operandi syiah satu per satu, seperti tidak menamakan aliran mereka sebagai ‘syiah’ sebelum mereka benar-benar kuat dalam sesuatu komuniti, mengkultuskan habib yang mana agama hanya diterima jika diambil dari ahlul bait, memainkan fitnah keluarga Rasulullah saw dianiaya para sahabat, atau lebih tepat lagi mereka hadir dengan jenama tarekat-tarekat yang memberi haluan istimewa untuk bertaubat, bertemu Tuhan dan nabi. Konsep pentaksuban imamiyyah dan pentadbiran revolusi Iran turut didedahkan oleh Pitri ketika Fazrul sudah mula menerima konsep serta riwayat yang dipetik dari kitab-kitab Syiah. Kepakaran Pitri dalam menyelit anekdot-anekdot supaya pembaca memahami senario yang sedang berlaku dalam proses dakyah syiah.

Ada kebenaran juga apabila, Naim yang membawa Fazrul ke ‘mahzab ahlul bait’ mendakwa masjid-masjid kampung dan negeri kebanyakan hanya menumpukan pada hal furuk. Manakala tarekat-tarekat menawarkan sesuatu yang lebih ajaib dan dirasakan penuh aura ‘ketuhanan’. Jika tidak masakan perniagaan agama seperti air 30 juzuk, ayam sunnah, kopi sunnah, capal nabi, meraikan kubur mendapat tempat di hati masyarakat. Ini kerana mereka dikaburkan dengan kempen taksub. Masyarakat akhirnya lupa Rasulullah saw datang dengan kempen akhlak, ibadah dan syariat.

Pitri al-Fateh Zainon kembali dengan karya yang serius melalui novel ‘Mencari Suci’ yang juga terdapat sedikit drama-drama romantis dan lucu didalamnya. Anda perlu dapatkan novel ini, cumanya kenapa bila sebut karya punk, Dr. Martens perlu menjadi hiasan kulit?

FACEBOOK MARHAEN LITERA

Dipetik dari Pedal To The Metal Zine isu # 3

Selasa, 28 Jun 2016

ROCK IN AND SHELL OUT

Kami di kem Pedal To The Metal malam ini menganjurkan shell out sahur untuk rakan-rakan bagi meraikan bulan Ramadan al-Mubarak ini. Tak tahulah dari mana asal makanan macam ni dipanggil "Shell out"? Rasanya di Malaysia aja, sebab kalau dari erti ungkapan dalam Cambridge pun 'shell out' bermaksud "bayar". Apa pun ia merupakan makan malam yang 'trending' kini. Ini resipi kami kalau nak cuba:

1kg Ketam Bunga
1kg Sotong
0.5 Udang
200g Bracoli
4 biji tomato
2 batang timun ( penting untuk neutral asid urid)
300gram mentega ( ikut kadar untuk membuat pes yang diinginkan)
6 ulas bawang putih (dipotong halus)
separuh bawang besar (dipotong halus)
1/2 paket serbuk kari 
2 sudu besar cili giling
1 sudu mixed herb
2 sudu besar sos tiram
1 besar pes tom yam
2 sudu besar gula



Rebus segala macam ketam, sotong, udang. Sejatkan apabila masak. Simpan air rebusan itu.


Tumiskan bawang putih, bawang besar, mixed herb dengan mentega. Bila dah wangi, masukkan cili giling dan goreng hingga sedikit hangit (penting hangit tu agar tak sakit perut nanti). Masukan serbuk kari dan seterusnya sos tiram. Apabila dah mesra masukan air rebusan ketam/udang tadi ikut kehendak sendiri. Apabila mendidih masukan pes tom yam dan gula sesedap rasa.




Seterusnya masukan makanan laut yang telah direbus tadi serta bracoli dan tomato. Gaul hinga sekata dibawah api sederhana. Apabila siap, tabur timun dan sedia untuk disajikan.


Walla.. selamat mencuba!